Monday 3 December 2012

HARAPAN UNTUK BANGKRUP


HARAPAN UNTUK BANGKRUP

Perhimpunan Agung Umno 2012 telah melabuhkan tirainya pada 1Hb Disember yg lalu penuh dengan semangat dan sokongan yg luar biasa. Walaupun pun Perhimpunan Kali ini tiada pertandingan Jawatan tetapi adalah Perhimpunan yang terakhir sebelum Pilihanraya yang ke 13. Rata-rata rakan yg  hadir sebagai perwakilan mahu pun sebagai Pemerhati menyatakan bahawa Perhimpunan kali ini amat meriah dan lebih bersifat kekeluargaan di antara Ahli Umno yg hadir dari seluruh pelusuk Negara. tak banyak berita yg saya perolehi hali ini kerana sepanjang Perhimpunan saya tidak hadir langsung kerana tidak mendapat Pass seperti tahun-tahun yg lepas. oleh itu banyak mendapat maklumat dari rakan-rakan blogger yg membuat liputan di sana. 
Hanya yang menarik perhatian saya apabila Ketua Pergerakan Pemuda YB Khairy Jamaludin membawa Usul agar di berikan peluang kedua kepada para bangkrup yg berjumlah 120,000 (mungkin hanya melayu) telah membuatkan saya bingkas duduk dengan tegaknya apabila mendapat tahu usul ini akan di bawak ke persidangan Pemuda.. Bertalu-talu Sms serta segala medium yang ada oleh rakan-rakan bertanyakan berkenaan isu ini yg di bawa Oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia kerana semenjak beberapa tahun ini saya amat aktif mencarikan solutions bagi membantu golongan BANGKRUP dan Blacklist CTOS. Dengan penuh kesyukuran saya menadah tangan kerana akhirnya Isu ini dapat di bawak secara Official ke pentas yg sesuai iaitu di Perhimpunan Agung Umno yg menjadi wadah perjuangan orang-orang melayu di malaysia. Jutaan Terima kasih kepada YB Khairy Jamaludin Serta Barisan Exco Pemuda Beliau yg membawa isu ini. Beberapa Exco pemuda memang tahu akan perjuangan saya ini. Termasuk la Naib-Naib Presiden Serta Menteri-menteri yg banyak membantu di ketika saya membuat Kajian di luar negara pada tahun lepas.. 


Ucapan Usul oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia berkenaan Para Bangkrup seolah di jatuhkan hukuman mati Mandatori adalah amat bertepatan sekali kerana para bangkrup di larang untuk membuka syarikat, membuka akaun bank semasa  (hanya akaun simpanan sahaja di benarkan utk menerima Gaji), tidak di benarkan keluar negara, tidak boleh mendapat apa-apa pinjaman, tidak boleh menjadi penjamin dan berbagai lagi sekatan. Dengan sekatan tersebut hampir mustahil untuk para bangkrup untuk mencari wang bagi membayar hutang puitang mereka, berbeza dengan byk negara maju yg masih memberikan pinjaman kepada para bangkrup jika cadangan perniagaan mereka amat bagus serta berdaya maju. tetapi di malaysia kerajaan amat melindungi pihak Bank dan institusi kewangan. jika seseorang itu bangrup sebanyak RM 40K dengan kerja dengan gaji sebanyak RM2500 bila la agaknya hutang tersebut boleh di lunaskan.. oleh sebab itu banyak di antara para bangkrup amat aktif menjadi broker bagi projek-projek serta skim-skim yg belum di ketahui kejayaan nya. yang akhirnya membuatkan mereka terus menerus diselubungi kemelut hutang.

PETIKAN BUDGET 2011

Isu berkenaan memberi peluang kedua kepada bangkrup ini sebenar telah di sebut di dalam Budget 2011 oleh Perdana Menteri yg akan mengabungkan Akta Syarikat dengan Akta bangkrup. semenjak hari itu saya amat aktif menghubungi pihak yg berkaitan pengubalan undang-undang tersebut bagi mengetahui progress perkara ini.  memandangkan sesi parlimen sudah tamat maka tak banyak yg boleh di lakukan di peringkat Kementerian yg berkaitan bagi membantu para bangkrup buat masa ini. 

Permasaalah yg di hadapi pengubal undang-undang adalah apabila pihak yg berwajib di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak memberikan kerjasama untuk mengabungkan kedua-dua akta tersebut kerana bagi mereka tanpa akta penggulungan syarikat (winding-up act) dan beberapa akta lagi,Pihak SSM seolah-olah tidak mempunyai taring dan hanya menjadi agensi yg mendaftarkan Perniagaan/Syarikat sahaja. Atas alasan itu sehingga kini cadangan Kerajaan untuk mengabungkan Akta tersebut bergerak dengan perlahan sekali sehinggakan tidak dapat di bawa untuk di bacakan dan di luluskan di Parlimen untuk tahun 2012...

Pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2012 kami menunggu Ucapan Pengulungan oleh Presiden Umno. di penghujung ucapan beliau akhirnya beliau bersetuju untuk memberikan peluang kedua kepada para bangkrup untuk meneruskan hidup baru serta dapat membantu memeriahkan ekonomi negara. Dengan penuh kesyukuran saya dan rakan-rakan merasakan bahawa suara kami telah di dengar oleh pihak pimpinan serta kerja keras yg di lakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

UCAPAN PRESIDEN UMNO DI PAU2012

Setelah mendengar Ucapan Presiden Umno saya berpendapat tidak banyak yg boleh di lakukan oleh pihak yg berkenaan buat masa ini melainkan di bawak ke Parlimen untuk di wujudkan Akta baru. walaupun begitu pihak kerajaan masih lagi boleh membantu ramai orang dengan membuat sedikit perubahan di peringkatDasar di Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dengan membuat perubahan berkenaan masa/tempoh 5 tahun yg akan mula di kira dari tarikh si bangkrup itu di jatuhkan hukuman bangkrup oleh mahkamah. Buat masa ini kebanyakan Pegawai di Jabatan Insolvensi membuat perkiraan bermula dari tarikh si bangkrup hadir di pejabat Insolvensi. Sebagai contoh seseoarng itu telah di jatuhkan bangkrup pada tahun 2000 tetapi hanya sedar akan kebangkrapan tersebut pada tahun 2012 apabila ingin membuat passport untuk keluar negara..  maka beliau bergegas ke jabatan Insolvensi untuk membuat permohonan untuk keluar negara.. disini beliau terpaksa melalui satu proses kelulusan yg mengambil masa serta di kehendaki membayar sejumlah wang kepada Jabatan Insolvensi yg akan di simpan (Estate Account) yg berperanan sebagai tabungan bagi membayar hutang kepada pihak yg membangkrupkan beliau. (Biasanya Penjamin RM 1,000, simpanan Estate RM 2,000 dan ansuran RM 100 sebulan)  dan pada tahun 2017 baru la beliau boleh memohon untuk di keluarkan dari kebangkrapan (discharge) (Masa 5 Tahun di kira bermula dari tarikh bangkrup hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi yg menjaga kes beliau.)

Setelah pihak Insolvensi berpuas hati bahawa si bangkrup tersebut telah memberikan kerjasama serta membuat ansuran bayuaran bulanan maka pihak Jabatan Insolvensi akan mencadangkan nama mereka kepada ketua pengarah untuk di berikan Surat Perlepasan Ketua Pengarah Di bawah Sek. 33A yg memberi kuasa kepada Ketua pengarah untuk melepaskan di bangkrup. selain dari itu tak banyak yang boleh di lakukan oleh pihak kerajaan melainkan membuat Pindaan Undang-Undang Bangkrup Di Parlimen.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP serta PROGRAM BEKERJA DI LUAR NEGARA yg kami cadangkan masih tetap yg terbaik buat masa ini.. isu zakat juga ada di sebut oleh KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIAtetapi bagi golongan miskin.. miskin bandar dan miskin di kampung amatlah berbeza sekali. oleh itu saya menyeru pihak Kerajaan dapat membuat sesuatu dengan menaikkan pengiraan HAD KIFAYAH yg menentukan jumlah bantuan serta takrif asnaf...

Kepada mereka-mereka yg berkenaan saya memohon agar terus menyokong rancangan kami ini serta bantu lah mereka-mereka yg kesusahan untuk mengeluarkan mereka dari kemelut kesusahan di bumi Malaysia yg amat kita sayangi... Jasa-jasa Anda Semua Hanya Allah Ta'ala yg dapat membalasnya....


@dinogombak

Tuesday 28 August 2012

Open House Sana Sini

Dr Khariman ketua unit Penyelidikan Bersama Tun Mahathir Dan Tun Siti Hasmah



Datuk Seri Ismail Sabri -Menteri Kpdnkk


Datuk Seri Ismail Sabri dan Unit Media Elite


Dato Saifuddin Abdullah -Timbalan Menteri


Dato Saifuddin Abdullah Bersama Warga Elite



Dato Mukhriz Mahathir




Thursday 23 August 2012

TAHNIAH YG ARIF DATUK KARIM

Tahniah di ucapkan kepada bekas Ketua Pengarah Insolvensi Yang Arif Datuk Karim Bin Abdul Jalil yg telah di naik kan pangkat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Pada 1 Ogos yang lalu.Segala kerjasam dan bantuan semasa Yag Arif Datuk Karim menjadi Ketua Pengarah Insolvensi amatlah di hargai selamanya.

semoga Yang Arif Datuk terus memberikan khidmat kepada negara kita..


Wednesday 15 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Di petik dari Blog www.dinogombak.com



ikesempatan ini saya bagi pihak PERSATUAN USAHAWAN ELITE KUALA LUMPUR DAN SELANGOR menyusun 10 jari memohon Ampun Dan Maaf sekiranya selama saya berblog dan berkawan ada melakukan kesalahan serta menguris perasaan rakan-rakan serta mereka-mereka yg berkaitan. saya juga memohon ampun dan maaf kepada Pemimpin-Pemimpin yg sering di ganggu oleh saya dengan SMS serta  surat-surat memohon sokongan walaupun saya tahu surat tersebut amat menggangu serta di buang ke tong sampah. walaupun begitu saya tidak akan berhenti memohon serta berdoa agar semua mereka-mereka yg telah membantu perjuangan saya ini mendapat keberkatan serta di limpahi kurnia oleh allah ta'ala.
Majlis Berbuka  Puasa Bersama MARA -Tq Boss
Walaupun saya bukan seorang blogger politik tetapi kebanyakan rakan-rakan saya adalah blogger penyokong kerajaan yg tegar. bersama mereka lah saya belajar erti persahabatan dankeikhlasan. Terima Kasih semua.. ada blogger yg bekerja sepenuh masa sebagai blogger yg tegar mempertahankan dunia maya dari di perkotak katikkan oleh blogger tertentu. blogger part-time adalah mereka yg mempunyai pekerjaan yg tetap dan hanya hadir di majlis yg besar sahaja. ramai yg berjaya menjadikan blogging sebagai punca pendapatan yg membuatkan menjadi ikutan !
Majlis Berbuka Puasa Imigresen - Tq Boss
Memandangkan saya bukan lah blogger kepada mana-mana kumpulan maka peluang untuk di jemput ke majlis berbuka puasa amat lah terhad. para pemimpin hanya menjemput kumpulan-kumpulan blogger yg bekerjasama dengan mereka yg di panggil pengamal media sosial. tahun-tahun dahulu saya di bawa oleh beberapa rakan untuk bersama kumpulan-kumpulan mereka maka dapatlah serpihan undangan ke majlis berbuka puasa dan yg paling best adalah mendapat duit raya dari pemimpin tersebut.. tetapi tahun ini saya dan Unit Media Elite bergerak dengan sendiri bagi memperjuangkanPROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP yg telah di rancang.   Tetapi alhamdulilah kami masih juga mendapat undangan ke majlis berbuka puasa. yg terpenting majlis berbuka puasa ketiga-tiga Naib Presiden Umno berjaya kami hadiri walaupun tidak mendapat Angpau seperti blogger politik.. selaku pimpinan tertinggi parti keramat orang melayu UMNO, mereka la yg saya harapkan untuk membantu perjuangan kami kecuali Perdana Menteri Dan Timbalan Perdana Menteri yg bekerja keras untuk kejayaan dan kemakmuran negara kita.

Majlis Berbuka Puasa  Bersama KBS - TQ Boss
Kali terakhir saya ke Australia adalah pada 27 Jun yg lalu bagi memutamadkan peluang pekerjaan sebagai pemetik buah di ladang strawberry.. dan kami juga telah berjaya mendapatkan sedikit sumbangan dari beberapa pemimpin untuk membiayai kos Visa bekerja untuk 3 orang sahaja. kos-kos lain masih di perlukan dan masih berharap akan mendapat sumbangan untuk 3 orang lagi. kami bercadang untuk bekerja di sana selepas hari raya Adha sekiranya Pilihanraya Umum tidak di buat pada bulan

syawal. masa untuk mendapat kelulusan mengambil masa selama 2 hingga 3 bulan. semakin hampir kami kepada tarikh tersebut semakin sukar mendapatkan sumbangan dan sokongan. rata-rata mengeluh kerana tiada budget serta dana yg terhad. bantuan mereka adalah atas peribadi mereka. amat lah saya bersyukur kerana saya tidak sesekali akan memohon baudget dari kementerian mereka kerana takde kena mengena.. yg ada kena mengena adalah Bah.Agama islam kerana wang zakatnya tetapi malangnya tiada KABEL... kalau setakat surat toksahlah bermimpi.. tetapi kenapa Menteri-Menteri kanan senang di dekati dan di hubungi melalui media sosial? tu lah persoalannya..  Pihak kerajaan sepatutnya membuat S.O.P bagi segala urusan rasmi surat menyurat supaya di jawab dalam masa 3 hari agar pengutus surat tersebut tidak perlu menunggu lama dan menjadikan jabatan tersebut lebih berdaya maju.. tetapi kalau tak salah kebanyakan Kementerian mendapat pengiktirafan ISO???celah mana lah ISO tersebut  di perolehi kalau surat-menyurat susah nak di jawab?? KABEL?

Boleh jadi Menteri pun tak tau wujudnya surat tersebut.. ini lah permainan pegawai-pegawai di pejabat menteri terbabit... TOLL GATE? boleh jadi jugak. entah lah. sebagai orang yg berjuang demi anak-anak watan saya berpendapat perkara seperti ini tak sepatutnya terjadi. yg merapu dan yg mencuri proposal orang senang-senang saja mendapat kelulusan serta DANA. kalau ada kekawan amat lah mudah sekali mendapatkan kelulusan.. pada yg FRONT DOOR seperti saya terpaksa la melalui segala macam proses dan tapisan.. kalau adaKABEL mungkin boleh terus sampai ke meja MENTERI untuk di pertimbang untuk kelulusan... agaknya la!! itu semua perkara yg bermain di minda saya sejak kebelakangan ini. Saya bersyukur kepada Allah Ta'Ala kerana di pertemukan dengan pegawai-pegawai Menteri yg membantu serta memahami perjuangan ini. Walaupun ada di antara mereka ini di marahi kerana mengemukakan surat-surat serta kertas cadangan saya kepada Menteri Terbabit. Yang paling terharu adalah apabila ada Pegawai terbabit menyumbang menggunakan Duit poket dia sendiri atas dasar bersama saya dalam perjuangan ini.  Jasa Anda Semua hanya Allah Ta"ala saja yg dapat membalasnya. Sehingga saat ini saya telah berjaya mendapatkan satu surat sokongan dari seorang Menteri Kanan yg di harapkan menjadi tunggak kepada sokongan yg lain.. Insya Allah.

Ramai yg bertanya apa yang akan mereka perolehi sebagai ganjaran sekiranya membantu PROGRAM ini? saya tiada jawapan kepada soalan itu? kerana itu lah agaknya kami susah untuk mendapatkan sumbangan !. apakah sudah hilang sifat dermawan orang islam melayu di negara kita ini? sekiranya sumbangan mereka itu mendapat liputan meluas baru lah ingin menyumbang?  

Sebahagian Dari Ahli Jawatankuasa
Kekuatan saya terletak kepada sokongan padu  Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur Dan Selangor yg tetap teguh bersama saya memperjuangkan Nasib para Bangkrup Dan Blacklist. Mereka ini lah yg menjadi Nadi Perjuangan Saya yg mengalir di dalam sanubari persahabatan yang penuh keikhlasan dan harapan. tidak akan saya berhenti berjuang sehingga setiap dari mereka ini berjaya keluar dari kemelut kebangkrapan dan senarai hitam dan mereka pula yang akan membantu rakan-rakan yang lain.. Perjuangan ini di ibaratkan seperti Air yang mengalir. walau di halang akan tetap mengalir sehingga tembok yang menghalang akan runtuh juga akhirnya..Insya Allah.

Kesukaran untuk mendapatkan maklumat di Luar Negara sehingga kan kami terpaksa membuat lawatan kajian ke negara Australia tempoh hari telah membuat kan kami berganding bahu dengan semua rakan-rakan  di luar negara untuk mewujudkan satu komuniti Malaysia di luar negara yang lain dari yang wujud hari ini. Mendapatkan sokongan dari segi maklumat dan pandangan amatlah sukar sekali. jabatan-jabatan kerajaan di luar negara sepatutnya menjadi satu tempat rujukan serta tempat mendapatkan pandangan.. tetapi amatlah malang kerana kami merasakan adanya mereka di sana sebagai memenuhi syarat sahaja.. sehubungan dengan itu Persatuan Usahawan Elite telah menubuhkan KELAB1MALAYSIA di beberapa negara sebagai alternatif bagi membantu mana-mana rakyat malaysia di luar negara untuk mendapatkan bantuan dari segi maklumat dan pandangan. harapan juga pernah di suarakan di dalam blog  di  http://puteraklasik.wordpress.com/2011/09/02/malay-town/  Ahli-ahli Kelab1Malaysia di anggotai oleh rakyat malaysia yg tinggal di negara negara terbabit. Australia Dan United Kingdom sedang dalam proses mendaftarkan kelab tersebut sebagai satu entiti NGO yg berdaftar di negara terbabit. Rakan Kita di New Zealand, Jepun dan Kanada sedang dalam proses mendapatkan maklumat berkaitan.. Alhamdulilah kami juga mendapat sokongan di timur tengah dan beberapa negara lain di Europa. Penubuhan Kelab ini di lihat tepat pada masa nya selaras dengan hala tuju Perdana Menteri Kita yg tersayang. jika bangsa tiongha boleh bergantung kepada China Town untuk mengadu nasib yg berada di seluruh dunia tidak mustahil Kelab ini boleh menjadi perintis kepada wujudnya Malay Town pulak di seluruh dunia..

Saya dengan ini menyeru sokongan dan bantuan dari semua pihak agar perancangan dan harapan kami ini menjadi kenyataan.. insya allah


@Dino Gombak

p.s. mohon baca sms boss... 

Sunday 22 July 2012

Majlis Sepetang Bersama Pesara-Pesara Kanan Kerajaan





Majlis Sepetang Bersama Pesara-Pesara Kanan Kerajaan berjalan dengan jayanya.Terima Kasih Diucapakan Kepada Penganjur yang bersusah payah menjayakan program ini.






Friday 20 July 2012

Program Terakhir Sebelum Ramadan

Hari rabu yg lalu pihak persatuan telah berjaya membanti seketeriat bagi menjayakan program penerangan untuk pesara-pesara kerajaan di parlimen gombak. Program anjuran Kelab Umno Pesara-pesara Kanan Kerahaan Malaysia ini ada lah bagi memberikan penerangan kepada semua pesara kerajaan berkenaan hala tuju dan peranan kerajaan dalam pembangunan Ummah serta peranan yg boleh di ambik oleh pesara-pesara.

Penyelaras Program Dato'Mohamd Bin Yasin telah di berikan tanggung jawab untuk memgadakan program tersebut bersama-sama ahli jawatankuasa beliau yg rata-rata adalah Pesara kanan kerajaan yg mempunyai pengalaman luas di dalam mentadbiran kerajaan.



Friday 15 June 2012

Reducing time for bankrupts to be discharged


 Pihak kami menyeru semua para bangkrup agar hadir ke mana-mana pejabat insolvensi negeri bagi memudahkan pihak jabatan untuk memberikan penerangan dan penjelasan serta membuat beberapa keterangan berkenaan hutang-hutang yg tertunggak. dengan berkerjasama dengan pihak insolvensi peluang untuk para bangkrup di lepaskan sekiranya pindaan undang-undang yg berkaitan dapat di bentangkan di parlimen dan di luluskan. 

 

Reducing time for bankrupts to be discharged

KUALA LUMPUR (June 14, 2012): The government is looking into the possibility of reducing the time for bankrupts to be discharged under a review on current insolvency laws.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said existing provisions under the Bankruptcy Act 1967 allows the director-general to issue a certificate to discharge a bankrupt.
The law also provides for a bankrupt to apply to the court for an order of discharge.
"There is already sufficient mechanism in place for a bankrupt to be discharged within a short time if the person is sincere and cooperates well with the director-general in handling the case.
"However, we are studying the suitability of using methods and concepts to give an automatic discharge after a certain period, based on certain conditions, like those being practised in other countries.
"This is in line with the global insolvency trend now which is more facilitative and cost-effective," he said in reply to a question from William Leong (PKR-Selayang).
Under Section 33A of the act, the director-general shall not issue a certificate discharging a bankrupt from bankruptcy unless a period of five years has lapsed since the date he was adjudged a bankrupt.
William said this defeats the purpose of having a bankruptcy law which he said should provide a second chance to bankrupts, rather than imposing a fine on them.
"While companies and firms in trouble could be bailed out or get corporate restructuring without any time limit, a bankrupt who did nothing wrong has to wait for five years.
"Bankrupts could not settle their loans maybe due to business failure, recession, loss of job or no payment sources. It is not fair to fine them for five years," he said.
Leong said the automatic discharge period for a bankrupt in Australia is three years, United Kingdom 12 months, Canada nine months and the United States four months.
To Leong's original question, Nazri said until April this year, the number of bankrupt cases governed by the Insolvency Department is 241,740.
However, since Leong's question was on the number of bankruptcies, breakdown according to age group and causes of bankruptcies, he said these details were only compiled since 2005.
From 2005 until April, there were 116,379 bankruptcy cases and of this, the biggest group is from 35 to 44 years old at 37,493 (32%).
Other groups are 45 – 54 years at 30,910 (27%), 25 – 34 years at 21,353 (18%), 55 years above at 14,378 (12%), 25 years below at 1,617 (1%).
Among the cause of bankruptcies are vehicle hire-purchase loans (29,338), personal loans (15,299), housing loans (14,327), business loans (13,107), corporate guarantors (6,127), social guarantors (6,163) and credit card debts (5,735).

Wednesday 28 March 2012

Masih Di Sini

13 hb yg lalu genaplah 1 bulan kami pulang dari Melbourne Australia. Sehingga hari ini kami telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun sehingga kini kami masih gagal untuk mendapatkan masa bagi bertemu para-para pemimpin yg telah membantu kami. Begitu banyak pertanyaan dari mereka-mereka yg begitu berminat untuk mengikuti ProgramPEMULIHAN KHAS SARA HIDUP kami ini. Ramai di antara mereka adalah yg tergolong dalam golongan mereka yg susah untuk mencari makan kerana disenaraikitam dan yg bangkrup. Byk juga lepasan Universiti yg dtg bertemu dan memohon untuk turut serta di dalam program kami ini.  Pada mereka yg berminat harap dapatlah bersabar sedikit masa lagi. Pihak kami sedang mencuba sedaya upaya untuk memulakan Batch yg pertama untuk bekerja di Australia demi mencari rezeki bagi memebebaskan diri dari segala hutang puitang dan menjadi warga Malaysia yg bebas hutang. Itu lah harapan kami.
Sehingga kini masih ada pihak-pihak yg mencuba nasib untuk bekerja secara haram di australia demi mencari wang. setiap hari akan ada mereka-mereka yg akan membuat perancangan untuk bekerja ke luar negara. berbeza dengan bangsa tiongha kerana mereka sesama mereka amat membantu satu sama lain dan tempa pertama yg mereka tuju adalah chinatown di negara yg mereka pergi. disitu meraka akan mendapat nasihat dan bantuan bagi mencari makan di negara tersebut. bagi warga malaysia terpaksa la mencari pejabat kedutaan yg yg berapa membantu. bah.hal ehwal pelajar yg tiada kena mengena dengan warga malaysia yg dtg ke negara tersebut biasanya menjadi tempat mengadu dan nasihat. tahniah dan syabas di ucapkan pada mereka yg membantu. sesuatu komuniti perlu di wujudkan di luar negara sebenarnya bagi menwujudkan one stop centre bagi warga malaysia yg memerlukan bantuan dan nasihat. Sehingga kini saya masih belum mendapat maklumat berkenaan perbelanjaan yg terpaksa di tanggung oleh kerajaan bagi menghantar pulang rakyat malaysia yg di larang untuk masuk kenegara tersebut atas berbagai alasan. alangkah malangnya wang tersebut di gunakan untuk membeli tiket pulang mereka ini yg deport(dilarang masuk)
Dengan syarat baru bank Negara dan berbagai-bagai lagi syarat yg telah ditetapkan oleh bank-bank di Malaysia membuatkan begitu ramai yg mengeluh akan perkara tersebut. Kepada mereka yg bekerja secara sepenuh masa atau separuh masa di dalam industri penjualan  Automotif secara terangnya telah tergugat dengan  syarat baru yg di tetapkan oleh bank dan pembiayaan yg hanya sebanyak 60 hingga 70% dari harga kenderaan  sedikit sebanyak melembabkan penjualan kereta baru. Bagi pinjaman peribadi pulak hanya mereka yg mempunyai gaji sebanyak RM3,00 ke atas sahaja yg layak untuk membuat pinjaman peribadi. 90 peratus dari peminjam untuk pinjaman peribadi adalah mereka yg bekerja dengan kerajaan dan syarikat multinasional . selama hampir 20 tahun byk rakyat Malaysia menggunakan kemudahan pinjaman peribadi bagi menangani masaalah kewangan meraka apabila tiba waktu sambutan perayaan di Malaysia, waktu permulaan sekolah, perkahwinan dan mungkin segelentir yg menggunakan untuk tujuan perniagaan secara kecilan.
Semakin lama semakin sukar untuk berniaga di Malaysia. Pada yg ingin berniaga elok lah cari modal sendiri dahulu tanpa mengharapkan pinjaman atau grant dari kerajaan. PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP yg di cetuskan oleh pihak kami adalah salah satu jalan keluar yg terbaik bagi membendung permasalahan ini. Dengan modal yg dtg dari titik peluh sendiri akan membuatkan kita lebih bertanggung jawab dan focus di dalam perniagaan. Ada beberapa kawan yg Berjaya mendapatkan kerja –kerja pembekalan dari beberapa agensi kerajaan. Hampi kebanyakan dari mereka hanya dapat kerja-kerja tersebut “once in the blue moon” melalui proses sebutharga ataupun tender. Bagi kerja kerja berjumalah RM20 ribu biasanya keuntungan sekitar 5-6 ribu sahaja. Hamper kebanyakan pembekal adalah dari bangsa tiongha dan kini amat sukar untuk mendapatkan kredit dari mereka. Oleh itu kebanyakan peniaga terpaksa mencari modal untuk membekalkan barang yg telah di pesan itu. Ada yg cuba meminjam dari bank tapi biasanya tak mudah dan jgn di harap sekiranya beliau adalah blacklist di Ctos atau CCriss, maka terpaksa la meminjam dari sumber lain. Dengan keuntungan yg sedikit itu mereka terpaksa berkongsi keuntungan dengan mereka yg memberikan bantuan kewangan tersebut. Yg paling parah apabila tiada juga cara maka terpaksa meminjam dari CETI/AH LONG yg mengenakan bunga yg tinggi dan akhirnya mereka hanya mendapat kurang dari 10% dari keuntungan tersebut.  
Pihak yg berkaitan harus melihat perkara ini lebih serius dan mendalam bagaimana kah cara untuk membantu para peniaga yg blacklist dan bangkrup ini. Atas kesulitan yg berbagai maka ramai lah rakyat Malaysia yg terpaksa menjadi kreatif dalam usaha untuk mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga. Jualan Langsung adalah pihak yg Berjaya mennagguk di air keruh atas kesulitan rakyat dengan menawarkan berbagai-bagai bonus bagi melariskan jualan mereka. Bukan semua org di lahirkan untuk Berjaya sebagai jurujual barangan jualan langsung. Semua org tau bahawa barangan jualan langsung amatlah mahal berbanding harga sebenar kerana terpaksa di jual mahal untuk di agihkan pada para agen jualan mereka. Mereka tetap mendapkan keuntungan yg mereka inginkan sedangkan yg bermati-matian menjual adalah agen agen terbabit. Pada yg baru bermula terpaksa la memikirkan berkenan kos perjalanan dan Network bagi mencari pelanggan untuk menjual barangan mereka. Ada yg telah berbelanja banyak bagi menjalankan promosi dan sebagainya tetapi gagal untuk mendapatkan pulangan yg di sasarkan. Dan akhirnya mereka ini tewas dan menanggung hutang keliling pinggang
Semua org-org politik teramatlah sibuk pada masa ini menjelang PRU13. Berbagai bagai program telah di rangka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat untuk mengundi mereka. PM dan TPM amat sibuk membuat Roadshow ke serata Negara bagi menerangkan kepada rakyat akan perancangan dan perubaghan yg ingin di buat, tetapi malangnya masih terdapat pemimpin peringkat bahagian dan cawangan yg masih lena di ulit mimpi. Bantuan BR1M adalah satu bantuan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yg susah dan ini amat tepat pada masanya, walaupun ramai yg gagal untuk mendapatkan nya, kerajaan juga telah melanjutkan tarikh bagi membuat rayuan. Dengan Bantuan ini putaran Wang Tunai dan kuasa beli rakyat telah meningkat dengan mendadak. Secara tak langsung telah menaikan rating mata wang Malaysia di pasaran dunia. Cuma yg di kesalkan bagi barangan keperluan harian berapa peratuskah yg masuk ke kantung pengusaha melayu? Yg pasti tokey-tokey berbangsa tiogha dan bangsa lain tersenyum lebar kerana jualan mereka naik mendadak dan ke seluruh pelusuk Negara merasa kesannya. Pengusaha kedai runcit melayu terpaksa bersaing dengan pengusaha kedai runcit ACEH yg rata-rata telah mengambil alih pasaran runcit di kampung-kampung. Meraka ini boleh menjual barangan yg murah kerana mengambil baragan yg di import dari Negara asal mereka. Sesuatu perlu di lakukan bagi menbendung perkara ini.
Perniagaan di pasar-pasar malam juga telah di dominasi oleh warga asing sehinggakan ramai rakyat Malaysia yg tidak dapat bersaing dengan mereka. Nasib baik pasar tani hanya di buka pada rakyat Malaysia sahaja. Andai kata satu hari nanti warga asing juga berjaya masuk ke pasar-pasar tani maka rakyat Malaysia terpaksa mencari peluang lain pula. Pasaran Buruh di bidang pembinaan telah lama di dominasi oleh warga asing. Byk rakyat Malaysia yg telah keluar dari pusat-pusat latihan sektor pembinaan yg terpaksa bersaing dengan mereka ini yg mempunyai pengalaman dan kepakaran berbanding dengan org muda Malaysia yg baru keluar dari pusat latihan pembinaan. Akhirnya pemuda Malaysia terpaksa bertuankan warga asing dari Indonesia, Bnagladesh, india dan sebagainya
@dino gombak, Jakarta