13 hb yg lalu genaplah 1 bulan kami pulang dari Melbourne Australia. Sehingga hari ini kami telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun sehingga kini kami masih gagal untuk mendapatkan masa bagi bertemu para-para pemimpin yg telah membantu kami. Begitu banyak pertanyaan dari mereka-mereka yg begitu berminat untuk mengikuti ProgramPEMULIHAN KHAS SARA HIDUP kami ini. Ramai di antara mereka adalah yg tergolong dalam golongan mereka yg susah untuk mencari makan kerana disenaraikitam dan yg bangkrup. Byk juga lepasan Universiti yg dtg bertemu dan memohon untuk turut serta di dalam program kami ini. Pada mereka yg berminat harap dapatlah bersabar sedikit masa lagi. Pihak kami sedang mencuba sedaya upaya untuk memulakan Batch yg pertama untuk bekerja di Australia demi mencari rezeki bagi memebebaskan diri dari segala hutang puitang dan menjadi warga Malaysia yg bebas hutang. Itu lah harapan kami.
Sehingga kini masih ada pihak-pihak yg mencuba nasib untuk bekerja secara haram di australia demi mencari wang. setiap hari akan ada mereka-mereka yg akan membuat perancangan untuk bekerja ke luar negara. berbeza dengan bangsa tiongha kerana mereka sesama mereka amat membantu satu sama lain dan tempa pertama yg mereka tuju adalah chinatown di negara yg mereka pergi. disitu meraka akan mendapat nasihat dan bantuan bagi mencari makan di negara tersebut. bagi warga malaysia terpaksa la mencari pejabat kedutaan yg yg berapa membantu. bah.hal ehwal pelajar yg tiada kena mengena dengan warga malaysia yg dtg ke negara tersebut biasanya menjadi tempat mengadu dan nasihat. tahniah dan syabas di ucapkan pada mereka yg membantu. sesuatu komuniti perlu di wujudkan di luar negara sebenarnya bagi menwujudkan one stop centre bagi warga malaysia yg memerlukan bantuan dan nasihat. Sehingga kini saya masih belum mendapat maklumat berkenaan perbelanjaan yg terpaksa di tanggung oleh kerajaan bagi menghantar pulang rakyat malaysia yg di larang untuk masuk kenegara tersebut atas berbagai alasan. alangkah malangnya wang tersebut di gunakan untuk membeli tiket pulang mereka ini yg deport(dilarang masuk)
Dengan syarat baru bank Negara dan berbagai-bagai lagi syarat yg telah ditetapkan oleh bank-bank di Malaysia membuatkan begitu ramai yg mengeluh akan perkara tersebut. Kepada mereka yg bekerja secara sepenuh masa atau separuh masa di dalam industri penjualan Automotif secara terangnya telah tergugat dengan syarat baru yg di tetapkan oleh bank dan pembiayaan yg hanya sebanyak 60 hingga 70% dari harga kenderaan sedikit sebanyak melembabkan penjualan kereta baru. Bagi pinjaman peribadi pulak hanya mereka yg mempunyai gaji sebanyak RM3,00 ke atas sahaja yg layak untuk membuat pinjaman peribadi. 90 peratus dari peminjam untuk pinjaman peribadi adalah mereka yg bekerja dengan kerajaan dan syarikat multinasional . selama hampir 20 tahun byk rakyat Malaysia menggunakan kemudahan pinjaman peribadi bagi menangani masaalah kewangan meraka apabila tiba waktu sambutan perayaan di Malaysia, waktu permulaan sekolah, perkahwinan dan mungkin segelentir yg menggunakan untuk tujuan perniagaan secara kecilan.
Semakin lama semakin sukar untuk berniaga di Malaysia. Pada yg ingin berniaga elok lah cari modal sendiri dahulu tanpa mengharapkan pinjaman atau grant dari kerajaan. PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP yg di cetuskan oleh pihak kami adalah salah satu jalan keluar yg terbaik bagi membendung permasalahan ini. Dengan modal yg dtg dari titik peluh sendiri akan membuatkan kita lebih bertanggung jawab dan focus di dalam perniagaan. Ada beberapa kawan yg Berjaya mendapatkan kerja –kerja pembekalan dari beberapa agensi kerajaan. Hampi kebanyakan dari mereka hanya dapat kerja-kerja tersebut “once in the blue moon” melalui proses sebutharga ataupun tender. Bagi kerja kerja berjumalah RM20 ribu biasanya keuntungan sekitar 5-6 ribu sahaja. Hamper kebanyakan pembekal adalah dari bangsa tiongha dan kini amat sukar untuk mendapatkan kredit dari mereka. Oleh itu kebanyakan peniaga terpaksa mencari modal untuk membekalkan barang yg telah di pesan itu. Ada yg cuba meminjam dari bank tapi biasanya tak mudah dan jgn di harap sekiranya beliau adalah blacklist di Ctos atau CCriss, maka terpaksa la meminjam dari sumber lain. Dengan keuntungan yg sedikit itu mereka terpaksa berkongsi keuntungan dengan mereka yg memberikan bantuan kewangan tersebut. Yg paling parah apabila tiada juga cara maka terpaksa meminjam dari CETI/AH LONG yg mengenakan bunga yg tinggi dan akhirnya mereka hanya mendapat kurang dari 10% dari keuntungan tersebut.
Pihak yg berkaitan harus melihat perkara ini lebih serius dan mendalam bagaimana kah cara untuk membantu para peniaga yg blacklist dan bangkrup ini. Atas kesulitan yg berbagai maka ramai lah rakyat Malaysia yg terpaksa menjadi kreatif dalam usaha untuk mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga. Jualan Langsung adalah pihak yg Berjaya mennagguk di air keruh atas kesulitan rakyat dengan menawarkan berbagai-bagai bonus bagi melariskan jualan mereka. Bukan semua org di lahirkan untuk Berjaya sebagai jurujual barangan jualan langsung. Semua org tau bahawa barangan jualan langsung amatlah mahal berbanding harga sebenar kerana terpaksa di jual mahal untuk di agihkan pada para agen jualan mereka. Mereka tetap mendapkan keuntungan yg mereka inginkan sedangkan yg bermati-matian menjual adalah agen agen terbabit. Pada yg baru bermula terpaksa la memikirkan berkenan kos perjalanan dan Network bagi mencari pelanggan untuk menjual barangan mereka. Ada yg telah berbelanja banyak bagi menjalankan promosi dan sebagainya tetapi gagal untuk mendapatkan pulangan yg di sasarkan. Dan akhirnya mereka ini tewas dan menanggung hutang keliling pinggang
Semua org-org politik teramatlah sibuk pada masa ini menjelang PRU13. Berbagai bagai program telah di rangka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat untuk mengundi mereka. PM dan TPM amat sibuk membuat Roadshow ke serata Negara bagi menerangkan kepada rakyat akan perancangan dan perubaghan yg ingin di buat, tetapi malangnya masih terdapat pemimpin peringkat bahagian dan cawangan yg masih lena di ulit mimpi. Bantuan BR1M adalah satu bantuan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yg susah dan ini amat tepat pada masanya, walaupun ramai yg gagal untuk mendapatkan nya, kerajaan juga telah melanjutkan tarikh bagi membuat rayuan. Dengan Bantuan ini putaran Wang Tunai dan kuasa beli rakyat telah meningkat dengan mendadak. Secara tak langsung telah menaikan rating mata wang Malaysia di pasaran dunia. Cuma yg di kesalkan bagi barangan keperluan harian berapa peratuskah yg masuk ke kantung pengusaha melayu? Yg pasti tokey-tokey berbangsa tiogha dan bangsa lain tersenyum lebar kerana jualan mereka naik mendadak dan ke seluruh pelusuk Negara merasa kesannya. Pengusaha kedai runcit melayu terpaksa bersaing dengan pengusaha kedai runcit ACEH yg rata-rata telah mengambil alih pasaran runcit di kampung-kampung. Meraka ini boleh menjual barangan yg murah kerana mengambil baragan yg di import dari Negara asal mereka. Sesuatu perlu di lakukan bagi menbendung perkara ini.
Perniagaan di pasar-pasar malam juga telah di dominasi oleh warga asing sehinggakan ramai rakyat Malaysia yg tidak dapat bersaing dengan mereka. Nasib baik pasar tani hanya di buka pada rakyat Malaysia sahaja. Andai kata satu hari nanti warga asing juga berjaya masuk ke pasar-pasar tani maka rakyat Malaysia terpaksa mencari peluang lain pula. Pasaran Buruh di bidang pembinaan telah lama di dominasi oleh warga asing. Byk rakyat Malaysia yg telah keluar dari pusat-pusat latihan sektor pembinaan yg terpaksa bersaing dengan mereka ini yg mempunyai pengalaman dan kepakaran berbanding dengan org muda Malaysia yg baru keluar dari pusat latihan pembinaan. Akhirnya pemuda Malaysia terpaksa bertuankan warga asing dari Indonesia, Bnagladesh, india dan sebagainya
@dino gombak, Jakarta
ASSALAMUALAIKUM TUAN, SAYA SHAH DARI TAIPING PERAK TAPI MENETAP DI LANGKAWI. SAYA SEBENARNYA SUDAH LAMA MENYIMPAN HASRAT UNTUK BERPINDAH @ BERHIJRAH & MENETAP TERUS D AUSTRALIA TAPI DISEBABKAN TIADA SAUDARA MARA & RAKAN DI SANA TERPAKSALAH SAYA MENANGGUHKANNYA DULU. UNTUK MAKLUMAN TUAN SAYA & ISTERI NYARIS2 DITIPU OLEH KAWAN & EJEN DISINI. SAYA BERHARAP TUAN SUDILAH MEMBANTU SAYA SEADANYA. BUTIRAN MENGENAI SAYA ADALAH SEORANG Budak KAMPUNG YG TIADA APA2 KEMAHIRAN DAN KELULUSAN TERTENTU, BERKAHWIN TIADA ANAK, PEKERJAAN SAYA SEBELUM INI DRIVER, DESPATCH RIDER, PELAYAN KAFE, DAN MACAM2 LAGI. DIHARAP TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA SEDIKIT SEBANYAK.
ReplyDelete