Persatuan ditubuhkan bagi membantu para usahawan yang ingin dan
telah menceburi bidang
keusahawanan. Ia
juga dapat mewujudkan satu rangkaian yang lebih efektif dan berdaya saing. ELITE akan memantau dan
menjadi tempat
rujukan bagi
ahlinya yang telah mengikuti latihan keusahawanan di
bawah badan-badan kerajaan dan swasta.
Pihak Persatuan juga
akan bekerjasama dengan
pihak kerajaan bagi membantu bakal-bakal dan para
usahawan yang telah disenarai hitam
oleh syarikat pembekal maklumat kredit
(CTOS) ataupun CRISS. Pihak persatuan juga
akan berkerjasama dengan
pihak kerajaan
bagi mendapatkan cara yg
terbaik untuk
melepaskan mereka-mereka yg
telah Bangkrup
Bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar
gejala sosial
beberapa pihak
telah mengambil inisiatif menubuhkan persatuan ini. Mengikut kajian statistik yang telah dibuat
kebanyakkan
para usahawan kini tidak
berpeluang untuk
menjana pendapatan yang lebih tinggi
oleh kerana kurangnya pengalaman dan
pengetahuan didalam bidang yang di ceburi. Ramai
di antara usahawan ini hidup
dalam keadaan tidak
terurus dan
terumbang-ambing serta
gagal dalam perniagaan. Kewujudan ELITE adalah untuk
memberi peluang kepada
bakal dan
para usahawan yang berminat dalam
bidang keusahawanan untuk
menonjolkan kemampuan dan membentuk keyakinan diri
masing-masing dan
seterusnya menjadikan persatuan sebagai satu platform bagi menempa kejayaan satu hari
nanti.
Selaras dengan
ini, kami mewakili para usahawan bersedia untuk
menyahut seruan
kerajaan dan
akan menjadi pemangkin dunia keusahawanan negara.
Kami berharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat
memberi sokongan padu kepada
persatuan ini
agar ianya dapat
merealisasikan cita-cita para usahawan dengan jayanya.
No comments:
New comments are not allowed.