Para pemimpin masyarakat samada daripada peringkat cawangan mahupun peringkat tertinggi sering dan acapkali melaungkan keprihatinan mereka tentang nasib golongan belia masakini khususnya bangsa Melayu. Belia disarankan harus berani mencuba sesuatu yang baru, belia ' harus bercita-cita dan berjiwa besar. Slogan "Pemuda Harapan Bangsa, ' Pemudi Tiang Negara" seringkali dilaungkan sebagai pembakar semangat dan jatidiri yang kukuh dalam usaha mempertahankan kedaulatan Negara merdeka.
Apapun rumusan kita bagi menangani segala permasalahan bangsa Melayu, tidak akan dapat djlaksanakan jika yang berkuasa dan yang berupaya lebih cenderung kepada mempertahankan kedudukan yang ada dan tidak sanggup berkorban. Dunia dan keadaan ' sekeliling kita makin pantas berubah. Cabaran yang wujud hari ini dan yang bakal mendatang, barangkali dalam bentuk dan rupa yang tidak terikir oleh ' kita. Belia hari ini yang seusia dengan kita sewaktu 30 atau 40 tahun dahulu, kehendak dan keperluan mereka jauh berbeza. Belia zaman ICT kini dan belia zaman awal kemerdekaan, hala tuju perjuangan mereka tak sama.
Hakikatnya untuk menghadapi segala bentuk cabaran baru dunia had ini samada disukai atau tidak terletak di bahu golongan belia itu sendiri. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan jika ada golongan belia yang dinamik dan pragmatik, kewujudan mereka dan aliran semangat perjuangan mereka akhirnya pudar dan layu akibat cantasan dan halangan yang kita sendiri wujudkan demi mempertahankan kononnya status-quo kita.
Memang benar bagi mencapai tahap yang dinikmati had ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perjuangan kita masih jauh lagi. Bagi menyempurnakan segala yang diperjuangkan demi agama, bangsa dan negara, mengorbankan apa yang telah berjaya dimiliki rupanya amat perlu. Usaha untuk menyerahkan tanggungjawab bagi mengurus dan mengembangkan lagi segala sumber yang telah berjaya diperolehi kepada generasi seterusnya adalah lebih penting lagi. Jika peralihan kepimpinan ini tidak difaksanakan, maka asset banga Melayu yang berada di dalam genggaman dan pegangan kita akhinya akan terlepas ke tangan orang lain sebaik sahaja kita menghembuskan nafas terakhir. Rupanya segala yang telah dicapai tidak boleh dibawa mati.
Samada kita suka atau tidak, usaha harus digembeling dari sekarang untuk mempersiapkan `Generasi Pewaris ‘Kepimpinan' bagi meneruskan kesinambungan `perjuangan yang belum selesai'. Belia liar, belia terbiar dan belia terbeliak kerana kita telah menjadi terlalu kedekut dan bakhil dengan segala yang dimiliki. Kita bukan setakat kedekut dan bakhil dengan apa yang dimiliki, kita juga tamak dan bertindak mencantas serta menutup segala ruang dan peluang baru bagi golongan belia ini. Lebih buruk lagi idea dan inisiatif golongan ini diperkecilkan, paling menyedihkan dirompak untuk kepentingan diri dan mempertahankan kedudukan serta kroni-kroni. Jangan dipersalahkan mereka, jika akhirnya golongan belia ini berhaluan kiri.
Cadangan supaya Kementerian Belia dan Sukan dipisahkan untuk menjadi dua buah entiti yang berbeza dari sudut fungsi dan peranannya seharusnya mendapat sokongan sebulan suara semua persatuan belia dan NGO's lain yang berkenaan. Satu kementerian baru yang lebih menjurus kepada memberi bimbingan ke arah pembangunan, kecemerlangan dan kemantapan ekonomi belia itu sendiri perlu diwujudkan segera.
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2011 di bawah tajuk “Transformasi kearah Negara Maju perpendapatan tinggi”.
(78. Kerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan, memperbanyakkan penganjuran sukan antarabangsa, menyediakan kemudahan dan kepakaran untuk melahirkan atlet yang berdaya saing dan membangunkan sukan berprestasi tinggi. Untuk pembangunan dan mengurus aktiviti sukan, sebanyak 365 juta ringgit disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, Kerajaan akan
menubuhkan Akademi Bola Sepak, di Pahang, dengan peruntukan 20 juta ringgit, bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.)
Semangat juang yang tinggi dengan jatidiri yang kental kita mampu untuk mengharumkan nama Malaysia dalam apa jua bidang asal sahaja minat yang sedia ada dipupuk sebaik mungkin dan ditambah dengan kemahiran, pasti kejayaan akan ditempa.Persoalannya yang perlu kita renungkan bersama iaitu berapakah jumlah perbelanjaan kewangan yang telah dilaburkan untuk melahirkan jaguh sukan ini (cuma seorang berdua sahaja)? Dengan perbelanjaan sebesar itu (berjuta ringgit mungkin?) adalah lebih berfaedah serta dapat dimanfaatkan oleh bilangan yang lebih ramai (ribuan belia Melayu mungkin? jika ditumpukan kepada pembangunan belia itu sendiri ke arah kemantapan ekonomi dan kesejahteraan kehidupan mereka dan keluarga mereka. Izinkan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri yang telah memperuntukan dana berjumlah RM70 juta untuk NGO
( 100. Kerajaan menghargai peranan yang dimainkan masyarakat sivil di dalam menyediakan perkhidmatan yang selama ini hanya dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif dan sesuatu yang melengkapi, ianya perlu terus digalakkan. Kerajaan mengiktiraf sumbangan berharga NGO dalam mengatasi gejala sosial, membantu
golongan kurang bernasib baik dan menyediakan kemudahan perlindungan serta menjalankan program latihan dan penjanaan pendapatan.)
(101. Sebagai tanda pengiktirafan, Kerajaan akan memperuntukkan 70 jutaringgit kepada program dan aktiviti yang melibatkan NGO terpilih bagi membantu Kerajaan dalam memantapkan institusi keluarga dan menangani gejala sosial seperti pembuangan bayi, mat rempit dan gengsterisme. NGO tersebut akan melaksanakan program bersepadu bersama agensi Kerajaan, terutamanya di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah supaya ia dapat dicegah lebih awal di peringkat akar umbi.)
Persatuan Keusahawanan Belia Elite Kuala Lumpur suka menyarankan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan agar sebahagian daripada dana ini disalurkan terus kepada persatuan-persatuan belia yang aktif menjalankan program-program pembangunan belia. Di dalam usaha bersama melahirkan `GENERASI PELAPIS’ yang akan mengambilalih kepimpinan negara meneruskan kecemerlangan. Mensejahterakan masyarakat, sekaligus akan turut menyumbang kepada pembinaan sebuah negara maju sebagaimana Impian Kita. Cukuplah selama ini kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan sukan agar nama Malaysia terpahat di persada dunia. Melahirkan jaguh sukan yang tak ke mana pun pencapaian mereka, hanya gah seketika. Kepimpinan cemerlang YAB Perdana Menteri yang kita kasihi sudah cukup untuk membuka 'mata dunia' melihat dan mengenali Malaysia.
Beribu graduan lepasan IPTA yang terdiri daripada golongan belia (Melayu lak tu), masih menganggur. Bukan kerana mereka ini terlalu memilih pekerjaan tetapi ketidak kemampuan untuk bersaing dari segi kemahiran dan pengalaman bagi memenuhi keperluan semasa pihak majikan. Mereka ini perlukan bantuan dan bimbingan untuk diberikan pandu arah menceburi dunia keusahawanan.
Itu tidak termasuk puluhan ribu lagi belia Melayu yang terkandas di peringkat SPM lagi, yang terjebak dalam gejala sosial, lumba haram, penyalahgunaan dadah, bohsia, bohjan, GRO yang jadi `kelawar' waktu malam. Siapa yang peduli dengan belia-belia ini, kononnya `pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Itu baru cerita suasana, corak kehidupan belia Melayu di Bandaraya Metropolitan yang pesat membangun akan tetapi mereka semakin layu dan lesu di bawah jambatan, lorong-lorong gelap juga `rumah-rumah tumpangan'. Para menteri-menteri kita, pejuang bangsa ini, peduli dan prihatin ke? akan untung nasib anak bangsa yang majoritinya Melayu ni?
Tiadanya satu agensi khusus untuk memberikan pinjaman mudah amat menyukarkan para peniaga bumiputra untuk membuat pinjaman. Agensi seperti Mara dan Sme bank dan agrobank tertakluk di bawah beberapa Akta yg mengekang pinjaman diberikan kepada mereka yg disenaraihitam oleh CTOS,CRISS dan lain-lain agensi. Setiap pemberi pinjaman leih memilih mereka yg baru dan bersih sahaja layak untuk mendapat pinjaman sedangkan mereka ini tiada pengalaman dan kemahiran yg akhirnya gagal untuk membayar semula pinjaman. Ini akan menambah lebih byk lagi rakyat Malaysia yg bangkrup dan di senaraihitamkan.
Melalui pantauan dan kajiselidik yang dijalankan oleh pihak persatuan, rata-rata para pemohon pinjaman terdiri daripada kalangan orang-orang kita Melayu, tiada kemahiran langsung dalam bidang keusahawanan. Mereka tiada pengetahuan asas perniagaan pengurusan pentadbiran, pengurusan pemasaran dan juga pengurusan kewangan yang sistematik. Bagaimana kita nak lahirkan ahti-ahl korporat yang berjaya, contohnya Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad kalau Unjuran Aliran Wang Tunai pun tidak difahami jauh sekali untuk menyediakan cadangan 'Kertas Kerja Perancangan Perniagaan' yang berdaya maju. Pihak persatuan begitu prihatin tentang permasalahan yang membelenggu peniaga-peniaga orang Melayu kita ini. Kami rasa terpanggil atas dasar tanggungjawab untuk membantu memberi bimbingan serta latihan, jika perlu mengadakan kursus khas bagi menangani kelemahan peniaga-peniaga orang kita Melayu ni. Siapa pula yang nak bantu persatuan kami, menyumbang kewangan bagi menampung kos pengurusan bagi mengendalikan kursus-kursus ini? Persatuan tiada sumber kewangan, kalau adapun usaha dilakukan untuk memohon bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan, jawapan yang sering kami terima ialah "Kementerian Belia dan Sukan tiada peruntukan untuk disalurkan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan persatuan keusahawanan". Jadi dana berjumlah RM70 juta tu untuk apa? Adakah nak dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti sukan, riadah dan rekreasi sahaja?
Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur dan Selangor suka mencadangkan kepada kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini supaya menambah pengisian kandungannya dengan memberi pendedahan dan bimbingan asas bidang keusahawanan kepada peserta-peserta yang terdiri daripada remaja lepasan SPM ini. Pihak persatuan sedia bekerjasama dengan menyediakan modul-modul sesuai yang akan memimpin para remaja ini menaruh minat ke bidang perniagaan, tidak terlalu bergantung harap kepada kerja makan gaji semata, apabila tamat latihan dan memilih hala tuju bidang kerjaya mereka nanti. Bayangkan 100 ribu belia (Melayu mungkin?) akan lahir sebagai usahawanan baru dalam pelbagai bidang perniagaan yang akan menjana ekonomi negara dan tidak mustahil akan turut melahirkan tokoh korporat suatu hari nanti?
Bila persatuan menganjurkan program kursus keusahawanan dan mengenakan sedikit bayaran perkhidmatan bagi menampung sebahagian daripada kos atau perbelanjaan perlu, yang disasarkan kepada orang kita Melayu ni, sambutan daripada peserta amatlah mengecewakan, walhal tujuan kursus atau seminar adalah untuk kebaikan mereka juga. Masalahnya, orang kita Melayu ni masih lagi bergantung kepada `tongkat' untuk berpaut. Kalau 'orang lama' zaman awal kemerdekaan memerlukan 'tongkat' tidaklah menghairankan sangat, sudah gitu lumrahnya, ni `orang muda belia' zaman ICT pun nak bergayut juga dengan 'tongkat' (lain le ceritanya 'Tongkat Ali' ye!). Bila ke gamaknya orang kita Melayu ni, nak sedar dari lamunan mimpi indah di siang hari. YAB Perdana Menteri kita yang hebat tu (dah pencen pun pada hujung bulan Okrober 2003 lalu, merajuk kerana gagal untuk menyedarkan bangsa Melayu yang mudah lupa ni.
Banyak NGO di Malaysia yang mempunyai ahli terdiri daripada golongan remaja dan belia (termasuk yang 'terbeliak') ratusan ribu bilangannnya, seharusnya mengambil inisiatif sebagai peneraju utama dengan mengemukakan kertas cadangan pelaksanaan mengwujudkan Kementerian Belia yang baru dengan mengambil kira pandangan persatuan-persatuan belia lain. Gerak kerja harus dimulakan dari sekarang untuk mendapatkan resolusi terbaik yang boleh dikemukakan ke kabinet untuk dipertimbangkan. Kita seharusnya bergerak pantas kerana anak bangsa Melayu kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain. Jangan dipersalahkan sistem pendidikan sedia ada, kerana sistem yang sama digunapakai oleh bangsa Cina, India dan suku kaum lain di Malaysia. Mengapa bangsa lain boleh maju kenapa tidak bangsa Melayu? Budaya gengsterisme dikalangan pelajar-pelajar Melayu di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan malahan juga di sekolah-sekolah berasrama penuh sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan pihak pentadbir sekolah dan juga ibubapa sendiri. Mari le kita duduk sama-sama bersembang, berbincang bagaimana nak merubah minda anak bangsa Melayu agar mempunyai jatidiri dan berjiwa kental, mengharungi segala ombak dan badai yang bergelora menuju Wawasan 2020. Impian Kita.
Parlimen Belia telah di wujudkan bagi memberi platform untuk belia bersuara, tetapi cara pemilihan ahli parlimen itu sendiri masih menjadi tanda Tanya.
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab bersama untuk menangani permasahalahan ini. Jangan biarkan bangsa melayu terus menerus layu dibawa arus pembangunan.Kita lah yang bakal mencorakkan GENERASI PEWARIS” Mahukah kita dipersalahkan oleh generasi akan datarg kerana ketidakmampuan kita meryediakan pemimpin pelapis bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini ? "Jika takut dengan kepayahan kepahitan dan kegagalan maka jangan angankan kejayaan kemewahan dan kebahagiaan" ®
Impian kita untuk renungan bersama.
No comments:
Post a Comment