Masih belum terlambat untuk saya mengucapkanSELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua pembaca blog yg serba kekurangan ini. Terima kasih atas sokongan semua.
Kalau sebelum ini saya memunyai pandangan yg berbeza terhadap beberapa menteri, tetapi setelah kami Berjaya pergi ke Melbournepandangan tersebut telah bertukar dan saya cuba memahami dan berada di dalam situasi mereka pulak. Secara logiknya semua org yg saya jumpa amat bersetuju dengan program ini. Ada juga yg melihat dari sudut perniagaan. Walaupun begitu hampir 60% berpendapat bahawa program ini agak sukar untuk mendapat sokongan kerajaan dan dana untuk membuat lawatan yg kami perlukan. Pada yg berpendapat sebalikya saya hormati pandangan mereka kerana bukan semua manusia di anugerahkan oleh tuhan sikap keterbukaan dan bertolak ansur. Untuk pengetahuan, saya memohon sumbangan para menteri adalah atas kapasiti mereka sebagai seorang Melayu dan bukan atas tiket menteri. Tiada sumbangan dana dari kementerian yg saya mohon. Hanya lah atas ikhsan mereka sahaja dan alhamdulilah dana tersebut cukup di samping meminjam dan mengadaikan beberapa harta untuk membuat lawatan kajian di melburne. Terasa seperti mana Tunku Abdul Rahman memohon bantuan rakyat Malaysia untuk menampung kos perjalanan bagi bertemu Queen Elizabeth untuk memohon kemerdekaan. Ramai rakyat Malaysia yg menyerahkan barang-barang kemas mereka untuk di gunakan bagi membiayai perjalanan tersebut. Jasa dan bantuan semua rakan dan taulan amatlah besar ertinya pada kami dan semoga allah ta’ala dapat membalasnya.
Begitu ramai yg berminat untuk membantu sekiranya kami telah mendapat beberapa kepastian seperti surat tawaran kerja dari majikan di sana, surat kebenaran/kelulusan menteri yg berkaitan. Sekiranya semua tersebut sudah kami perolehi maka tak perlu lah lagi bantuan mereka. Ada juga yg sanggup menyumbangkan dana dengan syarat kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran pada mereka yg di pilih sebagai bayaran pengurusan dan mereka inginkan share sebanyak 70% .. dlm keadaan begini pun masih ada jugak yg ingin menindas kami yg daif ini. Oleh kerana mereka ada duit maka mereka berhasrat untuk menjadi Tuan , maka biarlah kami usaha hingga ke titisan darah yg terakhir. Apa yg kami perlu ialah mereka yg benar benar ikhlas dan jujur sahaja demi memajukan bangsa melayu. Yg paling menyentuh perasaan ialah apabila pegawai khas beberapa pemimpin yg menyumbangkan duit poket mereka sendiri kerana Boss mereka tidak mahu membantu langsung. Tulus dan ikhlas hati mereka itu.. kalau lah semua pegawai khas menteri di berikan tuhan keterbukaan yg sama sudah tentu ramai rakyat yg dapat dibantu.
Memandangkan Melbourne hanya mempunyai peluang bekerja selama 6 bulan sahaja maka kami terpaksa mencari dana semula untuk membuat lawatan ke Brisbane pulak. Brisbane ada lah pengeluar terbesar hasil tani Australia. Di brisbane juga peluang bekerja hanya 6 bulan. Maka cukuplah peluang bekerja selama setahun yang dicadangkan untuk para peserta program mengumpul wang bagi menyelesaikan segala hutang puitang yg di tanggung oleh mereka mereka ini. Perbelanjaan ke Brisbane agak tinggi sedikit berbanding di Melbourne kerana topografi yg luas. Ladang-ladang yg terletak di emerald, sunshine coast dan caboolture amatlah jauh sekali dan penggangkutan awam amat terhad. Perjalanan paling jauh adalah ke emerald sejauh 833 kilometer. Bantuan kewangan dari mereka yg perihatin amat lah di perlukan bagi menjayakan lawatan ini. By hook or by crook lawatan ini perlu di buat bagi menjamin peluang pekerjaan disana.
Selepas mendapat maklumat dari lawatan ke Brisbane kami terpaksa pula memikirkan sumber kewangan bagi menampung kos setiap peserta untuk bekerja di sana. Seramai 10 orang akan di bawa sebagai pioneer Team. Setiap seorang memerlukan kos sebanyak RM15,000++. Kos tersebut termasuk lah tiket kapal terbang pergi dan balik, tempat tinggal, penggangkutan , kelengkapan serta visa yg berkaitan. Terdapat beberapa cara yg bermain di fikiran tapi biarkan kami mempunyai semua data yg di perlukan sebelum membuat cadangan pembiayaan. Wang zakat, Kwsp,pinjaman koperasi, pinjaman bank, pinjaman dari agensi peminjam wang berlesen dan tak berlesen serta pembiayaan dari badan korporat melalui program CSR mereka. Setelah 10 orang ini Berjaya bekerja selama 11 bulan maka satu lapuran lengkap akan di serahkan pada pihak kerajaan untuk di pertimbangkan untuk di jadikan satu program khas kerajaan dengan pihak persatuan menjadi agensi perlaksana.. itu lah impian kami.
No comments:
Post a Comment