Sunday, 6 January 2013

SELAMAT DATANG TAHUN 2013


Tahun Baru Datang lagi..seperti baru semalam saya pergi membuat kajian di Australia.. Kini sudah hampir setahun kami masih lagi di Bumi Malaysia yg bertuah ini.Berbagai rintangan dan cabaran yg terpaksa di lalui sepanjang tahun 2012 ini.. Sehingga saat ini masih hati berbisik , masih adakah sinar baru di tahun 2013 nanti. Hanya Allah Ta"ala sahaja yg mempunyai jawapan nya. Bukan mudah utk berurusan jika kita bukan dari keluarga yg masyur.

Walaupun perit tetapi Alhamdulilah masih ada insan-insan yg melihat perjuangan PERSATUAN USAHAWAN ELITE KUALA LUMPUR DAN SELANGOR sebagai satu wadah yg wajar di perjuangkan demi kelangsungan serta peluang bagi mereka-mereka yg tidak bernasib baik. Terima kasih yg tidak terhingga kepada yg terus memberikan sokongan Moral dan kewangan.. hanya Allah Ta"ala saja yg dapat membalasnya. Kepada yg masih teragak-agak untuk membantu saya serah kan pada Allah Ta'ala semuga dibuka kan hati utk membantu pihak kami yg boleh di katakan bersendirian di dalam perjuangan ini. 

Tahun 2013 di harapkan menjadi tahun yang penuh kegembiraan dan kejayaan pada kami.. Jutaan Terima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad yg begitu membantu dengan menyuarakan kesukaran kami kepada pihak imigresen Australia semasa perjumpaan Bulanan Antara imigresen Australia Dan Imigresen Malaysia. Hasrat kami adalah untuk mendapatkan Visa yg sesuai bagi membawa Warga Malaysia untuk bekerja di Australia Secara Sah, Ini adalah kerana Negara Australia tidak mempunyai Visa bagi pekerjaan sebagai pemetik Buah di negara mereka. Oleh dari itu selama bertahun-tahun ramai warga malaysia telah pergi ke Australia dan bekerja secara Haram.. Program yg di rangka ini adalah bagi mengurangkan warga malaysia yg bekerja sacara haram di sana serta dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara Negara kita dan Negara Australia yg amat kukuh selama ini. Atas Usaha keras Yang Berbahagia Datuk Alias Ahmad maka pihak kerajaan Australia bersedia untuk bertemu kami untuk melihat kertas cadangan Program kami serta di jemput untuk membuat presentations di Kedutaan  Australia di Malaysia.. Terima Kasih Datuk.. 

Jutaan Terima Kasih juga kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Hishammudin Tun Hussien yg amat membantu serta pegawai-pegawai beliau yg amat mesra Sosial Media dan kebanyakan dari mereka tidak pernah saya jumpa secara peribadi.. Sikap serta pendekatan yg di amalkan oleh Yang BerhormatMenteri amatlah menakjubkan sesiapa sahaja yg bertemu Beliau..Seluruh barisan Ahli Jawatankuasa amat gembira dan teruja apabila pihak kami di jemput ke program bersama Menteri KDN .

Semoga perjuangan bagi memberi Peluang kedua kepada para bangkrup dan blacklist melalui PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP serta PROGRAM BEKERJA DI LUAR NEGARA yg telah di rancang selama beberapa tahun ini akan dapat di realisasikan pada awal tahun 2013 ini... terima kasih kepada semua yg membantu kami selama ini semoga di berkati allah ta"ala hendaknya.. 

Tan Sri Datin Seri Hajjah Zaleha Ismail
Datuk Sri Nazri Bin Tan Sri Aziz
Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi , 
Datuk Seri Panglima Mohamad Shafiee Apdal , 
Datuk Seri Panglima Hishammudin Tun Hussein, 
Dato Seri Ahmad Shabery Chik, 
Dato Saifuddin Abdullah, 
Dato Razali Ibrahim
Datuk Ahmad Maslan
Dato Mohamad Bin Yasin
Datuk Rahman Ismail
Dato Mohd Sharkar 
Dato Latt Shariman 
Tuan Haji Rahim Kamarudin
Dato Dr. Junaidi 

Pegawai-Pegawai Menteri dan Timbalan Menteri serta rakan-rakan Blogger dan rakan-rakan yg tak dapat saya sertakan di sini... maaf kerana selalu menghantar SMS kepada VVIP yg berkenaan.. 

Kepada Barisan 
AHLI JAWATANKUASA 
PERSATUAN USAHAWAN ELITE KUALA LUMPUR DAN SELANGOR 
terima kasih atas kerja kuat anda semua.... 


@Dino Gombak

No comments:

Post a Comment