@najibrazak @unitmedia_elite @faridridzuan #najibMyPm
Pilhanraya Umum Ke 13 telah melabuhkan tirainya dengan keputusan Barisan Nasional Berjaya mengekalkan Penguasaan kerajaan Persekutuan serta kemenangan besar di negeri Kedah. Walaupun gagal menyerlah di negeri Selangor dan Pulau pinang kerja keras pemimpin tempatan harus di beri pujian. Kempen pilihanraya kali ini pihak kami langsung tidak terlibat didalam membantu calun calun BN kerana tidak terlibat secara terus dengan jentera parti. Walaupun begtu kami begitu berbangga kerana di beri peluang untuk menjayakan kempen #NajibMyPm yg di usahakan oleh Datuk Farid Ridzuan. Pihak kami Berjaya mengagihkan Baju kempen tersebut melalui rakan NGO kami yg aktif membantu Kerajaan. Terima kasih Kepada Bro Zamiel Zukie dan Uzaidi Udanis pengasas kepada Teh Tarik Bersama Yb , Bro Zul Azhar cha dan Shukri dari Pertubuhan 1Agenda, Yatie Jelita and the team dari Pergerakan Puteri Umno Bahagian Gombak, Portal Gerbang.My , Team Unit Media Eite dan beberapa lagi kumpulan penyokong kerajaan yg aktif membantu Kerajaan dalam usaha untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan.
Faktor calun yg tidak sesuai di tempat yg di calunkan adalah salah satu faktor yg membawa jatuhnya moral kebanyakan jentera pilihanraya kali ini. Seperti kata YAB Perdana Menteri jgn la marajuk lama-lama. Gesaan tersebut sedikit sebanyak Berjaya memujuk kembali para petugas jentera utk sama-sama berganding bahu membantu calun yg telah di pilih. Yang menjadi masaalahnya apabila ada di antara calun tersebut amatlah sombong dan bongkak apabila terpilih. Pihak kami turun juga membantu calun yg berkenaan walaupun tidak sepenuh hati. Atas dasar sayangkan Umno Dan BN byk yg memaksa diri utk menelannya. Dengan kewangan yg sedikit dan meminta seperti pemintak sedekah membuatkan ramai petugas tawar hati untuk membantu. Faktor ini lah yg menyebabkan byk kawasan pilihanraya kelihatan amat sepi dan tidak bermaya. Segalanya telah menjadi sejarah dan pengajaran buat pihak yg berkenaan agar melihat keinginan akar umbi sebelum mencalunkan sesiapa. Jgn melantik mereka sebagai penyelas Dun Dan Parlimen Sekiranya mereka ini tidak di calunkan. Kebanyakan dari mereka telah berhabisan harta dan wang ringgit demi untuk mengerakkan Program dan aktiviti tetapi akhirnya tidak terpilih. Perjuangan selama 4 tahun dan ramai pengundi mengenali mereka adalah salah satu factor pengundi tidak mengundi calun yg di pilih kerana masa selama 2 minggu amatlah terbatas untuk memenangi hati pengundi.
BARISAN KABINET 2013
Selepas mendapat Majoriti mudah tibalah masa untuk melantik barisan cabinet. YAB Perdana Menteri telah memilih ramai calun dari sabah dan Sarawak untuk kabinet kali ini yg di lihat sebagai satu langkah yg bijak bagi pembangunan sabah dan Sarawak. Perlantikan Menteri yg berubah kementerian di lihat sebagai salah satu langkah yg Pro-Aktif. Perlantikan YB Khairy Jamaludin ke kementerian Belia dan sukan amatlah bertepatan selaras dengan Jawatan Ketua Pemuda yg di sandang oleh Beliau. Beliau kini mempunyai lapangan yg luas untuk membangunkan kembali para belia dan pemuda dengan program-program yg berkesan.
Perlantikan Datuk Seri Shaberry Chik ke kementerian penerangan dan Komunikasi amatlah sesuai dengan pengalaman Beliau mengetuai kementerian tersebut pada 2008 yg lalu. Ketabahan beiau berdebat Dengan DS Anwar Ibrahim dulu masih di ingati oleh rakyat. Beliau juga amat di senangi oleh kebanyakan Pengamal Media Sosial di Malaysia. Hubungan baik beliau dengan pengamal media sosail di lihat akan menjadi satu kekuatan beliau untuk menghebahkan serta memberikan penerangan ke peringkat akar umbi akan lebih berkesan. Adalah lebih baik sekiranya beliau jugak di lantik sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia. Secara Peribadi Datuk Seri Shaberry Chik banyak membantu Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur Dan Selangor.
Kegagalan Dato Saifuddin Abdullah Dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengejutkan seluruh Negara. Kedua tokoh ini amat popular di kalangan pengamal media serta akar umbi. Pihak amat terasa dengan kegagalan Dato Saifuddin kerana beliau adalah seorang YB yg mempunyai Fikiran yg terbuka dan banyak membantu kami. Pihak kami berharap YAB Perdana Menteri dapat memikirkan satu cara untuk mengembalikan Kedua mereka ini kembali di Arus Perdana. Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Bekas Ketua Menteri Melaka yg begitu rajin dan amat mesra rakyat ini jugak wajar di pikirkan satu platform untuk beliau menabur bakti. Jawatan Ketua Penerangan juga amat sesuai untuk Beliau yg di kenali di seluruh Negara. Pihak kami akan membantu kedua mereka ini untuk bertanding di pemilihan Umno pada penghujung tahun ini.. insya allah.
MAFTA (MALAYSIA-AUSTRALIA FREE TRADE AGGREMENT)
Sewaktu artikle ini di tulis saya masih lagi berada di bumi kanggaro bagi mencari maklumat dan peluang perniagaan. Tahun 2011 kami telah membuat kajian di Melbourne dan 2012 kami telah ke Brisbane. Kini kami berada di Perth bagi tujuan yang sama. Kami jugak telah melawat beberapa pengusaha restoran milik warga Malaysia di Bandar Perth ini. Ramai rupanya rakyat Malaysia yg mencari makan di sini. Ramai juga yang telah menjadi penduduk tetap disini serta mempunyai rumah dan keluarga di Bandar Perth ini. Dengan cuaca yg tidak terlampau sejuk dan keadaan Bandar yg tidak terlalu sesak membuatkan Bandar ini menjadi pilihan warga Asia. Bangsa Vietnam yg dulu adalah pelarian di pulau Bidong sekitar tahun 80 adalah di antara penduduk yg memeriahkan Bandar Perth ini. Kerajaan Australia Telah mengambil seramai 1000 warga Vietnam pada masa itu di bawah program kemanuasiaan. Banyak Negara lain jugak telah mengambil warga Vietnam ini untuk di beri perlindungan dan di beri taraf warganegara. Bermula dari situ lah maka bangsa Vietnam telah beranak pinak di bumi kangaroo ini bersama warga dari Negara jepun dan china.
Perjanjian perdagangan antara Malaysia Dan Australia di lihat sebagai satu lembaran baru bagi pengusaha dari Malaysia. Walaupun begitu perjanjian tersebut di lihat lebih memihak kepada Negara Australia yg masih mengekalkan sekatan bagi membuka syarikat di Australia. Syarikat yg mempunyai Jualan tahunan sebanyak 2juta yg ingin membuka cawangan di sini mempunyai peluang yg agak senang berbanding jika ingin membuka syarikat yg baru di Australia. Kedua-dua jenis syarikat tersebut perlulah mempunyai sekurang nya 2 warga tempatan sebagai rakan kongsi dan seorang bagi syarikat biasa. (perkongsian) Kos consultant (Jururunding) di Australia juga amatlah mahal berbanding di Malaysia. Beza nya di Australia syarikat tidak perlu mengaudit akaun tahunan mereka. Memadai dengan lapuran dari akauntan yg berdaftar.
Bagi pengusaha makanan pulak perlu menukar bentuk bungkusan (packing) kerana Negara Australia amat
tegas di dalam usaha mengawal kemasukan barangan makanan mentah demi untuk melindungi pengusaha mereka di samping untuk mengekalkan agar barangan makanan tersebut tidak mudah rosak semasa proses penghantaran. Banyak cukai duti import telah di kurangkan serta ada yg telah dihapuskan terus. Duti kastam juga telah mengalami banyak potongan. Australia kini mengalami lebihan bagi daging lembu dan kambing kerana beberapa Negara berhenti mengimport kerana mengalami kejatuhan ekonomi yg teruk. Byk pengimport dari Europe telah kurang mengimport dan mengakibatkan lebihan ternakan di sini. Pel;uang boleh di ambil oleh pengusaha Malaysia dengan syarat kerajaan mestilah menyediakan tempat Kuarantine yg luas dan menggunakan teknologi terkini bagi membawa masuk ternakan terbabit. Pihak kerajaan juga di gesa untuk membuka permohonan import permit (AP) ternakan hidup. Bagi Negara islam seperti Malaysia setiap daging yg di import perlulah di sembelih oleh pusat sembelih yg bertauliah. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini gerakan pejuang Haiwan di Australia mengutuk tindakan orang islam yg menyembelih haiwan sebagai satu perbuatan yg tidak bermoral dan mereka memprotes .
Oleh itu adalah sesuai sekiranya kita mengimport binatang ternakan yg hidup dan di sembelih di Negara kita sendiri. Daging segar beku boleh di export ke Negara lain. Kaedah memmelihara haiwan ternakan dari Negara yg mempunyai 4 musim perlulah di buat penyelidikan agar ternakan tersebut boleh hidup di Negara kita yg panas.Produk makanan dari Malaysia amatlah sedikit di Australia. Hanya kedai bangsa cina yg terplilh sahaja menjual barangan makanan dari Malaysia. Pihak kerajaan wajar untuk membuat satu program bagi para pengusaha Malaysia untuk membuka Malaysia Store di bumi Kanggaro ini.
Khidmat yg di tawarkan oleh EXIM Bank bagi pengusaha Malaysia di luar Negara amatlah membantu. Cuma cara dan kaedah kelulusan serta syarat-syarat perlulah di ubah bagi memudahkan warga Malaysia untuk membuka perniagaan di Australia. Syarat seperti mempunyai perjanjian menyewa premis serta syarikat di Negara luar adalah salah satu factor yg perlu di kaji semula. Kami Berjaya bertemu seorang pengusaha yg kini terpaksa menjadi tukang masak di Australia ini kerana masaalah yg sama. Beliau telah berbelanja hampir 300ribu Msia untuk menyewa tempat serta membuat ubahsuai premis untuk restoran. Tetapi akhirnya pinjaman tidak diluluskan. Setiap bulan perlu membayar sewa dan akhirnya beliau menangung hutang dan terpaksa bekerja secara haram utk menampung kehidupan di sini. Pengeluaran Visa bagi pengusaha perniagaan juga bukan bukan di perolehi. Pihak MITI wajar melihat perkara ini demi kejayaan MAFTA.
PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP (PPKSH)
Program ini adalah salah satu program tunggak bagi persatuan usahawan elite kuala lumpur dan Selangor. Setiap kajian pasaran yg kami buat di luar Negara kami juga mencari jalan bagi membawa warga Malaysia untuk bekerja di luar Negara bagi memulihkan ekonomi para ahli yg rata-rata mempunyai hutang puitang serta bagi mereka yg bangkrup sebagai salah salah cara untuk mereka berdikari dan membayar kembali hutang mereka. Pada awal tahun 2013 pihak kerajaan Australia telah mengutuskan surat rasmi kepada kami berkenaan hasrat kami untuk membawa warga Malaysia bekerja di Australia sebagai pekerja AM. Kerajaan Australia menyatakan bahawa mereka tiada visa bagi pekerja Am kerana pekerja Am hanya terbuka kepada warga mereka serta pulau yg berdekatan sahaja.
Oleh dari itu focus kami kini terarah kepada mereka yg mempunyai kemahiran dan sijil serta mempunyai kemahiran berbahasa English. Hampir 80% yg mendaftar tidak dapat memenuhi syarat tersebut. Oleh itu pihak kami telah melancarkan program BELAJAR ENGLISH 1 MALAYSIA bagi melengkapkan anak melayu untuk mencari rezeki di bumi asing. Salah satu usaha lagi kini sedang di buat bagi menjayakan program tersebut. Terdapat 2 Pusat Bahasa English yg telah di kenal pasti untuk bekerjasama dengan kami. 1 di Bandar Melbourne dan 1 di Bandar Perth. Usaha kini telah masuk ke peringkat mendapatkan pembiayaan yg sesuai bagi pembelajaran mereka di sini. Kos yg di perlukan hanya separuh sahaja manakala lagi separuh akan di biayai oleh perserta itu sendiri melalui pendapat mereka . Setiap pelajar luar di benarkan untuk bekerja oleh pihak kerajaan Australia. Dengan adanya program ini para peserta dapat belajar serta mencari wang untuk membayar hutang mereka serta akan mempunyai sijil bahasa English yg membolehkan mereka layak untuk bekerja di luar Negara apabila selesai kursus bahasa English tersebut.
Demi Negara dan bangsa melayu yg amat saya sayangi saya berharap dengan barisan kabinet yg baru serta hala tuju tranformasi yg di laungkan pihak kerajaan usaha kami ini boleh mendapat perhatian Pihak Kerajaan. Jutaan Terima Kasih kepada mereka-mereka yg membantu serta mendengar rintihan golongan Marhain seperti kami ini..cuba cuba la melihat kembali pegawai-pegawai menteri yg lebih sudu dari kuah itu agar dapat di tukar kepada mereka yg berjiwa patriotik dan berfikiran terbuka.
Dino Gombak – Perth Australia
No comments:
Post a Comment