Tuesday 23 August 2011

THE AUSTRALIA SURVEY

Setelah lebih setahun mewar-warkan rancangan untuk berkunjung ke negara kangaroo dan pulau terbesar Australia, akhirnyanya hasrat kami dimakbulkan Allah pada 17 Ogos 2011.  Tepat jam 1.40 tengahari waktu tempatan pesawat Air Asia D7 2724 berlepas dari Kuala Lumpur. Dengan kelajuan pesawat 840km/jam perjalanan ke Melbourne mengambil masa selama 8 jam. Namun kepenatan yang dirasai di sepanjang perjalanan terubat apabila pesawat yang membawa kami selamat mencecah bumi Australia yang menjadi destinasi kami sejak setahun yang lalu. 
Menitis air mata apabila mengenangkan takdir Allah telah menentukan untuk kami sampai jua ke sini walaupun menghadapi kesukaran bagi menyediakan dana yang cukup untuk membuat lawatan kajian ini. Jutaan terima kasih kami sampaikan kepada insan yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan kajian ini.  Tidak lupa juga dirakamkan penghargaan kepada yang telah menjanjikan namun tidak kesampaian untuk merealisasikan sumbangan atas alasan tidak yakin dengan keupayaan kami atau  berdalih mahu melihat dahulu kesungguhan kami.
Seperti yang dijangka semua maklumat yang diperlukan hanya boleh diperolehi dengan berkunjung sendiri ke sini. Sebelum ini ramailah pimpinan atasan yang memberitahu bahawa data yang kami perlukan boleh diperolehi dengan meminta bantuan dari pelajar Malaysia di sini atau melalui pejabat kedutaan. Tidak perlu untuk kami datang membuat lawatan kajian ke sini.  Untuk makluman kalian, pelajar dan kedutaan pun tidak pernah tergambar untuk ke tempat yang kami ingin kunjungi.  Hakikatnya program murni ini tidak menjadi agenda utama mereka.  Mungkin kerana tiada laba untuk diri.
Walau pun terpaksa mengharungi musim sejuk dengan suhu minima 60C serta bulan Ramadan, kami tekad untuk meneruskan kajian yang amat penting ini.  Melbourne adalah sebuah bandaraya yang dihuni oleh ramai pendatang asing yang datang mencari rezeki. Kerajaan ‘berkebajikan’ Australia tidak membezakan di antara pendatang asing dan anak tempatan dari segi ketetapan gaji.  Semuanya dilayan sama rata.
Melbourne, bandaraya kedua terbesar di Australia selepas Sydney diasaskan oleh John Batman pada tahun 1835 adalah merupakan sebuah wilayah yang besar. Penduduknya ‘relax’.  Tidak terlalu sibuk dengan trafik dengan lalulintasnya yang teratur.  Keselesaan dan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal sentiasa diutamakan. Bandaraya ini meriah dengan pelancong asing yang datang melawat. Harga petrolnya murah berbanding diesel.  Harga kereta terpakai di sini murah jika dibandingkan dengan di negara kita. Kereta buatan Jepun mendominasi jumlah kereta di kotaraya ini.  Akhbar di sini melaporkan bahawa perniagaan hartanah telah merudum sebanyak 30%. Pada penggiat hartanah inilah masa yang sesuai untuk membuat pelaburan hartanah di sini.
Hanya dengan berhubung melalui email akhirnya kami dapat bersua muka dengan tuan punya ladang-ladang di persekitaran Melbourne. Mereka terkejut dengan kegigihan kami melaksanakan program ini untuk membawa sebilangan besar orang Melayu bekerja di ladang. Mengikut kata mereka, setakat ini mereka belum pernah melihat orang Melayu bekerja sebagai pemetik buah di ladang-ladang. Kebanyakan pekerja adalah dari Myanmar, Vietnam dan Cambodia. Rakyat Pakistan dan India pula mengungguli kerja sebagai pemandu teksi. Kebanyakan orang Cina menjadi peniaga di pasar-pasar. Sebilangan kecil orang Melayu bekerja di pejabat.
Bersama Tuan Punya Ladang Di Yara Valley  



Mendengar Penjelasan Program

Bekerja sebagai pemetik buah adalah mengikut musim. Kita mempunyai pilihan untuk bekerja selama enam bulan di Victoria dan enam bulan lagi di Queensland. Mengikut cadangan asal kami, mereka ini hanya diberi peluang untuk bekerja selama setahun sahaja di Australia kerana ingin memberi peluang kepada orang lain pula untuk dating ke sini. Selepas kajian ini kami akan menyiapkan satu kertas cadangan yang lengkap untuk dikemukakan pada pihak kerajaan 1Malaysia yang rakyatnya diutamakan untuk dipertimbangkan. Dalam masa yang sama program ini akan tetap diteruskan dengan skala yang kecil sebagai projek perintis.

Ramai kenalan yang bertanya kenapa tidak mencari kerja di Malaysa. Hujah kami mudah di mana kami melihat dari sudut pertukaran wang asing sebagai faktor utama kenapa perlu bekerja di luar negara. Dengan kehadiran begitu ramai pekerja asing di Malaysia, berbillion ringgit negara dibawa keluar ke negara asal setiap tahun oleh pekerja asing yang membanjiri segenap pekan dan kota di Malaysia.  Adakah kita sebagai warganegara prihatin hanya membeku melihat panorama indah ini berlaku di depan mata. Keadaan ini cukup memberi kesan dan irihati kepada kami untuk bertindak sesuatu untuk seiring dengan warga asing yang sudah bertahun-tahun melonggokkan timbunan harta hasil usaha gigih mereka menggali khazanah negara.  Ratusan tahun negara tercinta dan bumi bertuah ini dijajah di mana hasil bumi negara dipunggah dengan rakusnya dan dibawa pulang oleh penjajah untuk membangunkan negara mereka. Kenapa ‘penjajahan’ kali kedua ini kita biarkan tanpa kita merasai kehilangan harta yang begitu banyak dibawa keluar secara ‘legal’ dari negara kita.   Walau pun ia dilihat sebagai program picisan dan dipandang sinis oleh kebanyakan khalayak termasuk mereka yang bergelar wakil kepada rakyat namun kami yakin penganjuran program bekerja di luar negara ini akan  membantu golongan yang tersisih dan melukut di negara sendiri, khususnya para bankrap.

Adalah menjadi hasrat murni program ini untuk membantu para bankrap yang menghadapi kesukaran untuk  mendapat pekerjaan dan kepercayaan kerana mereka telah dilabel sebagai insan yang gagal.  Dengan kemampuan menjana pendapatan harian di Australia sebanyak AUD200 dengan jumlah 26 hari bekerja sebulan, pendapatan yang bakal dijanjikan adalah sebanyak AUD5,200 (RM16,640!).  Apakah ada kerja makan gaji di Malaysia untuk mereka (para bankrap) menjana gaji sebanyak RM16,640 sebulan? Setelah diambilkira segala perbelanjaan saradiri di sini, lebihan pendapatan tersebut mampu untuk membayar hutang piutang mereka, Insya Allah.  Andaikata sebulan mereka membayar sebanyak RM5,000 sebagai ansuran untuk melunaskan hutang mereka, hutang sebanyak RM50,000 akan dapat diselesaikan dalam tempoh 10 bulan sahaja.  Bagi mereka yang berhutang di sekitar jumlah tersebut sudah tentu selepas tempoh setahun mereka bekerja di sini mereka akan menjadi insan ‘bebas’ dan mampu untuk memulakan penghidupan yang baru. Itulah harapan dan hasrat murni program ini.
Kami juga mensasarkan golongan lepasan kolej dan institusi pengajian tinggi yang berdepan dengan keadaan yang ‘liat’ untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.  Mereka adalah pemastautin yang ramai di negara kita dan kerap menjadi cemuhan masyarakat dan sentiasa dikaitkan dengan sebarang kejadian tidak tenteram yang berlaku.    
Hasil kajian yang dibuat telah memberikan isyarat positif berhubung peluang pekerjaan di sini. Apa yang perlu diusahakan dan disokong adalah menyediakan pinjaman bagi pembiayaan untuk mereka ini bekerja ke luar negara. Kos untuk seorang untuk pembayaran VISA (permit kerja), tiket penerbangan, tempat tinggal, pengangkutan dan sedikit wang sebagai permulaan dianggarkan sebanyak RM15,000. Kami mencadangkan pembayaran balik pinjaman pembiayaan tersebut dibayar dalam tempoh 3 bulan (12 minggu) iaitu sebanyak RM1,250 (AUD400) sahaja. Oleh itu segala bentuk bantuan amatlah diperlukan bagi menjayakan usaha ini.


 

Wednesday 17 August 2011

Belia liar, belia terbiar dan belia terbeliak


Para pemimpin masyarakat samada daripada peringkat cawangan mahupun peringkat tertinggi sering dan acapkali melaungkan keprihatinan mereka tentang nasib golongan belia masakini khususnya bangsa Melayu. Belia disarankan harus berani mencuba sesuatu yang baru, belia ' harus bercita-cita dan berjiwa besar. Slogan "Pemuda Harapan Bangsa, ' Pemudi Tiang Negara" seringkali dilaungkan sebagai pembakar semangat dan jatidiri yang kukuh dalam usaha mempertahankan kedaulatan Negara merdeka.

Apapun       rumusan      kita    bagi menangani segala permasalahan  bangsa Melayu, tidak akan dapat djlaksanakan jika yang berkuasa dan yang berupaya lebih cenderung  kepada mempertahankan kedudukan yang ada dan tidak sanggup berkorban. Dunia dan keadaan ' sekeliling kita makin pantas berubah. Cabaran yang wujud hari ini dan yang  bakal mendatang, barangkali dalam bentuk dan rupa yang tidak terikir oleh ' kita. Belia hari ini yang seusia dengan kita sewaktu 30 atau 40 tahun dahulu,  kehendak dan keperluan mereka jauh berbeza. Belia zaman ICT kini dan belia zaman awal kemerdekaan, hala tuju perjuangan mereka tak sama.
Hakikatnya untuk menghadapi segala  bentuk cabaran baru dunia had ini samada disukai atau tidak terletak di bahu golongan belia itu sendiri. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan jika ada golongan belia yang dinamik dan pragmatik, kewujudan mereka dan aliran semangat perjuangan mereka akhirnya pudar dan layu akibat cantasan dan halangan yang kita sendiri wujudkan demi mempertahankan kononnya status-quo kita.

Memang benar bagi mencapai tahap yang dinikmati had ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perjuangan kita masih jauh lagi. Bagi menyempurnakan segala yang diperjuangkan demi agama, bangsa dan negara, mengorbankan apa yang telah berjaya dimiliki rupanya amat perlu. Usaha untuk menyerahkan tanggungjawab bagi mengurus dan mengembangkan lagi segala sumber yang telah berjaya diperolehi kepada generasi seterusnya adalah lebih penting lagi. Jika peralihan kepimpinan ini tidak difaksanakan, maka asset banga Melayu yang berada di dalam genggaman dan pegangan kita akhinya akan terlepas ke tangan or­ang lain sebaik sahaja kita menghembuskan nafas terakhir. Rupanya segala yang telah dicapai tidak boleh dibawa mati.

Samada kita suka atau tidak, usaha harus digembeling dari sekarang untuk mempersiapkan `Generasi Pewaris ‘Kepimpinan' bagi meneruskan kesinambungan `perjuangan yang belum selesai'. Belia liar, belia terbiar dan belia terbeliak kerana kita telah menjadi terlalu kedekut dan bakhil dengan segala yang dimiliki. Kita bukan setakat kedekut dan bakhil dengan apa yang dimiliki, kita juga tamak dan bertindak mencantas serta menutup segala ruang dan peluang baru bagi golongan belia ini. Lebih buruk lagi idea dan inisiatif golongan ini diperkecilkan, paling menyedihkan dirompak untuk kepentingan diri dan mempertahankan kedudukan serta kroni-kroni. Jangan dipersalahkan mereka, jika akhirnya golongan belia ini berhaluan kiri.

Cadangan supaya Kementerian Belia dan Sukan dipisahkan untuk menjadi dua buah entiti yang berbeza dari sudut fungsi dan peranannya seharusnya mendapat sokongan sebulan suara semua persatuan belia dan NGO's lain yang berkenaan. Satu kementerian baru yang lebih menjurus kepada memberi bimbingan ke arah pembangunan, kecemerlangan dan kemantapan ekonomi belia itu sendiri perlu diwujudkan segera.
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan  di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2011 di bawah tajuk “Transformasi kearah Negara Maju perpendapatan tinggi”.
(78. Kerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan, memperbanyakkan penganjuran sukan antarabangsa, menyediakan kemudahan dan kepakaran untuk melahirkan atlet yang berdaya saing dan membangunkan sukan berprestasi tinggi. Untuk pembangunan dan mengurus aktiviti sukan, sebanyak 365 juta ringgit disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, Kerajaan akan
menubuhkan Akademi Bola Sepak, di Pahang, dengan peruntukan 20 juta ringgit, bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.)

Semangat juang yang tinggi dengan jatidiri yang kental kita mampu untuk mengharumkan nama Malaysia dalam apa jua bidang asal sahaja minat yang sedia ada dipupuk sebaik mungkin dan ditambah dengan kemahiran, pasti kejayaan akan ditempa.Persoalannya yang perlu kita renungkan bersama iaitu berapakah jumlah perbelanjaan kewangan yang telah dilaburkan untuk melahirkan jaguh sukan ini (cuma seorang berdua sahaja)? Dengan perbelanjaan sebesar itu (berjuta ringgit mungkin?) adalah lebih berfaedah serta dapat dimanfaatkan oleh bilangan yang lebih ramai (ribuan belia Melayu mungkin? jika ditumpukan kepada pembangunan belia itu sendiri ke arah kemantapan ekonomi dan kesejahteraan kehidupan mereka dan keluarga mereka. Izinkan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri yang telah memperuntukan dana berjumlah RM70 juta untuk NGO

( 100. Kerajaan menghargai peranan yang dimainkan masyarakat sivil di dalam menyediakan perkhidmatan yang selama ini hanya dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif dan sesuatu yang melengkapi, ianya perlu terus digalakkan. Kerajaan mengiktiraf sumbangan berharga NGO dalam mengatasi gejala sosial, membantu
golongan kurang bernasib baik dan menyediakan kemudahan perlindungan serta menjalankan program latihan dan penjanaan pendapatan.)

(101. Sebagai tanda pengiktirafan, Kerajaan akan memperuntukkan 70 jutaringgit kepada program dan aktiviti yang melibatkan NGO terpilih bagi membantu Kerajaan dalam memantapkan institusi keluarga dan menangani gejala sosial seperti pembuangan bayi, mat rempit dan gengsterisme. NGO tersebut akan melaksanakan program bersepadu bersama agensi Kerajaan, terutamanya di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah supaya ia dapat dicegah lebih awal di peringkat akar umbi.)

Persatuan Keusahawanan Belia Elite Kuala Lumpur suka menyarankan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan agar sebahagian daripada dana ini disalurkan terus kepada persatuan­-persatuan belia yang aktif menjalankan program-program pembangunan belia. Di dalam usaha bersama melahirkan `GENERASI PELAPIS’ yang akan mengambilalih kepimpinan negara meneruskan kecemerlangan. Mensejahterakan masyarakat, sekaligus akan turut menyumbang kepada pembinaan sebuah negara maju sebagaimana Impian Kita. Cukuplah selama ini kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan sukan agar nama Malaysia terpahat di persada dunia. Melahirkan jaguh sukan yang tak ke mana pun pencapaian mereka, hanya gah seketika. Kepimpinan cemerlang YAB Perdana Menteri yang kita kasihi sudah cukup untuk membuka 'mata dunia' melihat dan mengenali Malaysia.
Beribu graduan lepasan IPTA yang terdiri daripada golongan belia (Melayu lak tu), masih menganggur. Bukan kerana mereka ini terlalu memilih pekerjaan tetapi ketidak kemampuan untuk bersaing dari segi kemahiran dan pengalaman bagi memenuhi keperluan semasa pihak majikan. Mereka ini perlukan bantuan dan bimbingan untuk diberikan pandu arah menceburi dunia keusahawanan.
Itu tidak termasuk puluhan ribu lagi belia Melayu yang terkandas di peringkat SPM lagi, yang terjebak dalam gejala sosial, lumba haram, penyalahgunaan dadah, bohsia, bohjan, GRO yang jadi `kelawar' waktu malam. Siapa yang peduli dengan belia-belia ini, kononnya `pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Itu baru cerita suasana, corak kehidupan belia Melayu di Bandaraya Metropolitan yang pesat membangun akan tetapi mereka semakin layu dan lesu di bawah jambatan, lorong-lorong gelap juga `rumah-rumah tumpangan'. Para menteri-menteri kita, pejuang bangsa ini, peduli dan prihatin ke? akan untung nasib anak bangsa yang majoritinya Melayu ni?

 Unit Media Persatuan Keusahawanan Belia Elite Kuala Lumpur dengan kerjasama beberapa blogger  telah membuat beberapa sesi `lihat, rakam dan sebar' bagi mengenalpasti penglibatan golongan remaja dan belia Melayu khususnya, menjalani kehidupan seharian. Hasil penelitian dan penyelidikan yang dijalankan, kami mendapati bangsa ­bangsa lain berlumba-lumba mengejar kemajuan, membesarkan empayar perniagaan, menguasai ilmu perniagaan dan bidang ekonomi. Sedangkan anak bangsa Melayu melepak, melangut, bersembang kosong hingga dini hari di restoran­-restoran mamak, cyber cafe, gerai makanan segera di kaki lima, Bintang Walk, Bangsar Walk, Mount Kiara Walk, KLCC Walk dan entah apa-apa walks lagi, membuang masa. Mamak juga yang kaya raya, dapat balik ke India setiap bulan hantar belanja pada sanak saudara mereka.
 kenapa, tak percaya? Cuba lihat sendiri selepas jam 12.00 tengah malam di tempat-tempat yang dinyatakan ini, di mana majoriti pengunjungnya adalah di kalangan remaja dan belia orang kita Melayu. Cuba lak teropong tengok di kelab­ kelab malam atau dangdut, orang kita Melayu juga ada di situ. Di mana sahaja ada keramaian seperti konsert, pertunjukan pentas, kebudayaan pawagam, kompleks membel belah ­yang pasti paling ramai pengunjung  orang kita Melayu juga. Ini kah ­kemajuan yang kita ingin kan? jika gejala ini tidak ditangani , boleh ke Impian Kita untuk melihat Kaum bumiputera Melayu ini menguasai sekurang-kurangnya 30% bidang perniagaan atau ekonomi menjelang tahun 2020 tercapai?

Tiadanya satu agensi khusus untuk memberikan pinjaman mudah amat menyukarkan para peniaga bumiputra untuk membuat pinjaman. Agensi seperti Mara dan Sme bank dan agrobank tertakluk di bawah beberapa Akta  yg mengekang pinjaman diberikan kepada mereka yg disenaraihitam oleh CTOS,CRISS dan lain-lain agensi.  Setiap pemberi pinjaman leih memilih  mereka yg baru dan bersih sahaja layak untuk mendapat pinjaman  sedangkan mereka ini tiada pengalaman dan kemahiran yg akhirnya gagal untuk membayar semula pinjaman. Ini akan menambah lebih byk lagi rakyat Malaysia yg bangkrup dan di senaraihitamkan.

Melalui pantauan dan kajiselidik yang dijalankan oleh pihak persatuan, rata-­rata para pemohon pinjaman terdiri daripada kalangan orang-orang kita  Melayu, tiada kemahiran langsung dalam bidang keusahawanan. Mereka tiada pengetahuan asas perniagaan pengurusan pentadbiran, pengurusan pemasaran dan juga pengurusan kewangan yang sistematik. Bagaimana kita nak lahirkan ahti-ahl korporat yang berjaya, contohnya Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad kalau Unjuran Aliran Wang Tunai pun tidak difahami jauh sekali untuk menyediakan cadangan 'Kertas Kerja Perancangan Perniagaan' yang berdaya maju. Pihak persatuan begitu prihatin tentang permasalahan yang membelenggu peniaga-peniaga or­ang Melayu kita ini. Kami rasa terpanggil atas dasar tanggungjawab untuk membantu memberi bimbingan serta latihan, jika perlu mengadakan kursus khas bagi menangani kelemahan peniaga-peniaga orang kita Melayu ni. Siapa pula yang nak bantu persatuan kami, menyumbang kewangan bagi menampung kos pengurusan bagi mengendalikan kursus-kursus ini? Persatuan tiada sumber kewangan, kalau adapun usaha dilakukan untuk memohon bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan, jawapan yang sering kami terima ialah "Kementerian Belia dan Sukan tiada peruntukan untuk disalurkan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan persatuan keusahawanan". Jadi dana berjumlah RM70 juta tu untuk apa? Adakah nak dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti sukan, riadah dan rekreasi sahaja?

Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur dan Selangor suka mencadangkan kepada kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini supaya menambah pengisian kandungannya dengan memberi pendedahan dan bimbingan asas bidang keusahawanan kepada peserta-peserta yang terdiri daripada remaja lepasan SPM ini. Pihak persatuan sedia bekerjasama dengan menyediakan modul-modul sesuai yang akan memimpin para remaja ini menaruh minat ke bidang perniagaan, tidak terlalu bergantung harap kepada kerja makan gaji semata, apabila tamat latihan dan memilih hala tuju bidang kerjaya mereka nanti. Bayangkan 100 ribu belia (Melayu mungkin?) akan lahir sebagai usahawanan baru dalam pelbagai bidang perniagaan yang akan menjana ekonomi negara dan tidak mustahil akan turut melahirkan tokoh korporat suatu hari nanti?
  
Bila persatuan menganjurkan pro­gram kursus keusahawanan dan mengenakan sedikit bayaran perkhidmatan bagi menampung sebahagian daripada kos atau perbelanjaan perlu, yang disasarkan kepada orang kita Melayu ni, sambutan daripada peserta amatlah mengecewakan, walhal tujuan kursus atau seminar adalah untuk kebaikan mereka juga. Masalahnya, orang kita Melayu ni masih lagi bergantung kepada `tongkat' untuk berpaut. Kalau 'orang lama' zaman awal kemerdekaan memerlukan 'tongkat' tidaklah menghairankan sangat, sudah gitu lumrahnya, ni `orang muda belia' zaman ICT pun nak bergayut juga dengan 'tongkat' (lain le ceritanya 'Tongkat Ali' ye!). Bila ke gamaknya orang kita Melayu ni, nak sedar dari lamunan mimpi indah di siang hari. YAB Perdana Menteri kita yang hebat tu (dah pencen pun pada hujung bulan Okrober 2003 lalu, merajuk kerana gagal untuk menyedarkan bangsa Melayu yang mudah lupa ni.


Banyak NGO di Malaysia yang mempunyai ahli terdiri daripada golongan remaja dan belia (termasuk yang 'terbeliak') ratusan ribu bilangannnya, seharusnya mengambil inisiatif sebagai peneraju utama dengan mengemukakan kertas cadangan pelaksanaan mengwujudkan Kementerian Belia yang baru dengan mengambil kira pandangan persatuan-persatuan belia lain. Gerak kerja harus dimulakan dari sekarang untuk mendapatkan resolusi terbaik yang boleh dikemukakan ke kabinet untuk dipertimbangkan. Kita seharusnya bergerak pantas kerana anak bangsa Melayu kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa-­bangsa lain. Jangan dipersalahkan sistem pendidikan sedia ada, kerana sistem yang sama digunapakai oleh bangsa Cina, India dan suku kaum lain di Malaysia. Mengapa bangsa lain boleh maju kenapa tidak bangsa Melayu? Budaya gengsterisme dikalangan pelajar-pelajar Melayu di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan malahan juga di sekolah-­sekolah berasrama penuh sejak akhir­-akhir ini amat membimbangkan pihak pentadbir sekolah dan juga ibubapa sendiri. Mari le kita duduk sama-sama bersembang, berbincang bagaimana nak merubah minda anak bangsa Melayu agar mempunyai jatidiri dan berjiwa kental, mengharungi segala ombak dan badai yang bergelora menuju Wawasan 2020. Impian Kita.

Parlimen Belia telah di wujudkan bagi memberi platform untuk belia bersuara, tetapi cara pemilihan ahli parlimen itu sendiri masih menjadi tanda Tanya.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab bersama untuk menangani permasahalahan ini. Jangan biarkan bangsa melayu ­terus menerus layu dibawa arus pembangunan.Kita lah yang bakal mencorakkan  GENERASI PEWARIS”  Mahukah kita dipersalahkan ­oleh generasi akan datarg kerana ketidakmampuan kita meryediakan ­pemimpin pelapis bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini ? "Jika takut dengan kepayahan kepahitan dan kegagalan maka jangan angankan kejayaan kemewahan dan kebahagiaan" ®

Impian kita untuk renungan bersama.

Sunday 7 August 2011

SURAT PADA PM


Salam Datuk Seri,

Mohon wujudkan kembali satu kementerian khusus untuk membantu usahawan. sekarang nie semua kementerian menjaga dana bagi usahawan telah ketiadaan dana kerana terpaksa berkongsi dana tersebut dengan aktiviti kementerian tersebut. Banyak usahawan yag terpaksa gulung tikar semasa krisis ekonomi 2008. ketiadaan dana telah mengakibatkan kebanyakan usahawan gagal untuk meneruskan perniagaan mereka. hanya mereka yg mempunyai jaringan politik sahaja yg terus hidup.

Agensi seperti mara, sme bank, tekun dan berbagai agensi lagi telah ketiadaan dana semenjak awal tahun lagi. untuk meneruskan ikhtiar hidup ramai di antara mereka terpaksa menggunakan khidmat peminjam haram ( ah-long) dan kini kehidupan mereka di rundung kerisauan lantaran kadar bunga yg melampau. mereka tiada pilihan. jika perkara ini tidak di bendung saya percaya kita akan kehilangan sokongan mereka bagi PRU yg akan datang.

Sistem senarai hitam seperti CCRISS, CTOS,FIS, dan berbagai sistem lagi ternyata telah membuatkan ribuan warga malaysia gagal untuk mendapatkan pembiayaan. oleh itu kerajaan harus melihat perkara ini dengan lebih serius lagi agar tidak di nafikan hak mereka kerana sitem senarai hitam tersebut. sebagai contoh, mereka yg berhutang sebanyak RM 500 kepada telekom malaysia juga akan gagal untuk mendapatkan apa-apa pembiayaan. Pihak pembiaya hanya berminat untuk membiaya org yg tiada senarai-hitam (new comer atau anak dara). Sedangkan yg baru nie belum cukup pengalaman lagi untuk berniaga dan akhirnya mereka juga akan di senarai-hitamkan.

Birokrasi yg terdapat di semua pejabat menteri juga wajar di ambik tindakan. Sebagai contoh, segala surat menyurat kepada menteri terbabit akan di tapis oleh pegawai-pegawai di pejabat tersebut. sekiranya  bernasib baik maka surat tersebut akan sampai ke pengetahuan menteri terbabit. jika tidak maka akan di tong sampahkan surat tersebut. Sekiranya kita mengenali seseorang pegawai di pejabat tersebut maka anda adalah org yg bertuah dan segala perkara akan di ambil perhatian atau sekadar untuk mengambil hati saja. Ada juga perkara yg di sampaikan atau di cadangkan tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak berkenaan.  Sekurangnya satu surat jawapan pun sudah memadai . oleh itu slogan "rakyat di utamakan" tak perlu lah digunakan lagi.

Datuk seri sememangnya tiada masa, tapi cari lah masa untuk menjengok ke FACEBOOK pemuda umno, dan segala page penyokong kerajaan. mereka ini bertungkus lumus untuk menangkis segala komen yg di luahkan oleh rakyat. segala kerja keras mereka ini akhirnya orang lain yg mendapat nama. 

Sekian
Yang Menjalankan Tugas 


Norazam Nordin