Monday 26 December 2011

Move Forward

Alhamdulilah, selepas kejayaan 2 survey sebelum ini di australia , kami sekali lagi berjaya menjejakkan kaki sekali lagi ke bandar Melbourne bagi menyempurnakan urusan untuk PROGRAM PEMILUHAN KHAS SARA HIDUP yg telah di rancang selama hampir 2 tahun. Jutaan terima kasih kepada beberapa insan yg berhati mulia yg sudi untuk membantu kami bagi menjayakan program yg telah di rancang. 

Tugas kali ini adalah untuk bertemu pemilik ladang dan beberapa pihak lain yg berkaitan. ini kerana pada lawatan yg terdahulu kami pernah berjanji dengan pemilik ladang yg kami kemungkinan akan menghantar seramai 7 orang wakil dari persatuan sebagai Pilot team yg akan mengalami sendiri kerja-kerja memetik buah di lakukan selama satu bulan atau lebih bagi memberikan gambaran sebenar dan mengalami sendiri kerja-kerja tersebut sebelum Program ini di luaskan kepada ahli persatuan yg telah menyatakan minat untuk menyertainya.

Atas sebab kekurangan sokongan kewangan dari pihak yg berkaitan perkara ini terpaksa di tangguhkan sehingga kami mendapat dana yg di perlukan. Kos untuk membawa seorang untuk bekerja di sini adalah dalam sekitar RM11,000 seorang yg mana kami telah pun menghantar byk surat permohonan kepada barisan menteri dan timbalan menteri untuk perhatian mereka. Tetapi malangnya kebanyakan dari surat -surat tersebut hanya terperap di tangan pegawai-pegawai menteri berkenaan atau tidak di endahkan langsung oleh mereka.

Berbekalkan tiket kapal terbang dan beberapa ratus ringgit yg berada di tangan kami berdua nekad untuk terbang juga ke negara kanggaro ini bagi menyempurnakan Last Miles yg telah lama tertangguh. Ini adalah kerana Musim memetik di melbourne telah bermula sejak bulan November lagi. Pihak pemilik Ladang sebenarnya menunggu kedatangan Pilot Team yg di cadangkan untuk tiba bagi mengalami sendiri kerja tersebut di samping mencari kesuaian tempat untuk tinggal dan sebagainya. 

flight kami telah berlepas dari LCCT pada 20/12/2011 dan tiba di lapangan terbang Melbourne pada hari yg sama. nasib kami amat malang sekali kerana telah di tahan oleh pihak imigresen Australia kerana di syaki akan bekerja di australia secara haram. Kami telah di soal siasat selama hampir 5 jam dan segala bagasi kami telah di punggah keluar.Tuhan saja yg tau apa perasaan kami pada ketika itu, Saya dan Rakan sejawat saya telah di asingkan dan telah di soal siasat secara berasingan.  Alhamdulilah Tuhan mnyebelahi kami. setelah segala dokumen berkenaan Program ini di teliti dan mereka telah membaca blog ini dan Blog persatuan akhirnya kami telah di lepaskan dengan amaran bahawa sekiranya ingin dtg lagi ke australia hendaklah menggunakan Business Visa kerana kedatangan kami adalah untuk urusan yg di sifatkan sebagai urusan berniaga. Walaupun begitu kami begitu memuji sikap professional  2 orang pegawai Imigresen Australi yg bernama Oficer Diane Dan Officer Amanda yg memlih untuk membaca dan memahami tujuan kedatangan kami. Hampir kesemua pegawai Imigresen dan kastam di sana berpendapat bahawa progam ini adalah baik dan bagus sekiranya dapat di jalankan kerana ramai pemilik ladang yg menghadapi masaalah untuk memetik hasil tani mereka. Mereka juga mencadangkan agar kami mencadangkan kepada kerajaan Malaysia mengadakan kerjasama 2 hala dengan kerajaan Australia bagi membawa masuk warga malaysia untuk bekerja disana sebagai pemetik buah bermusim seperti yg hubungan yg sedia ada antara kerajaan Australia dan negara Pulau yg berdekatan mereka di bawah program Pacific seasonal Scheme mereka yg memberikan kelonggaran kreteria permohonan Visa. sebenarnya perkara ini kami sedang dalam proses untuk membawa program ini ke pengetahun Kementerian Sumber Manusia melalui Timbalan Menteri nya. 

Sejurus sampai di kota Melbourne kami terus mengadakan pertemuan dengan slah satu syarikat perunding bagi membincangkan strategi bagaimana kah bentuk kerjasama yg bersesuaian untuk kami membawa masuk pekerja dari malaysia secara sah. ini kerana pihak ladang tidak mahu terlibat dalam urusan permohonan Visa bekerja di ladang kerana kerajaan Australia tidak mempunyai langsung Visa atau Subclass bagi jawatan ini.
Wakil syarikat perunding iaitu Miss Katie amat begitu membantu dalam memberikan pandangan dan cadangan. Satu mesyuarat antara kami dengan pihak akauntan, Peguam dan beberapa pihak lain akan di lakukan selepas habis cuti perayaan krismas. ini akan memberikan gambaran yg lebih jelas dah sahih tentang bagaimana untuk melaksanakan program ini. Sementara menunggu hari yg berkenaan kami telah melakukan beberapa siri tinjauan di ladang-ladang yg berkaitan. Kebanyakan ladang terpaksa menggunakan khidmat dari mereka yg menggunakan Work And Holiday Visa yg membolehkan mereka bekerja di ladang-ladang di australia. cuma mereka ini paling lama akan bekerja di ladang selama 1 bulan dan kurang kerana mereka bekerja hanya untuk mencari duit poket sebelum meneruskan perjalanan mereka untuk melancung ke tempat lain pula. ini amat menyukarkan pihak ladang kerana tidak mempunyai pekerja yg tetap bagi mengutip tanaman mereka itu. banyak hasil tani mereka telah busuk tidak di petik dan ini memyebabkan kerugian yg besar kepada mereka. demi untuk memastikan hasil tani mereka terus di kutip pada masa nya maka byk lah tuan punya ladang yg terpaksa mengambil pekerja secara haram. beberapa bulan yg lepas sebanyak 16 org rakyat malaysia bukan melayu telah di tangkap kerana bekerja si Australia secara haram.

Satu kerjasama dan persefahaman di antara pihak persatuan, Tuan punya ladang dan Agensi pekerjaan di malaysia dan australia akan di meterai bagi menyempurnakan program ini. semua pihak yg berkaitan telah di kenal pasti dan kami di sini sedang membuat perbincangan yg serius bagi mencari resolusi terbaik. Besar la  harapan sekiranya pihak-pihak yg berkenaan tampil untuk membantu kami menghantar 7 org wakil yg akan menjadi Pilot Team yg akan menjadi perintis dan seterusnya memberikan peluang untuk bekerja di Australia ini menjadi kenyataan.

Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yg perihatin. semoga usaha  ini dapat di sahut oleh para Pemimpin demi kesejahteraan Rakyat malaysia dan golongan sasaran khasnya..

Dino Gombak . Brainsdale, Australia