Monday 3 December 2012

HARAPAN UNTUK BANGKRUP


HARAPAN UNTUK BANGKRUP

Perhimpunan Agung Umno 2012 telah melabuhkan tirainya pada 1Hb Disember yg lalu penuh dengan semangat dan sokongan yg luar biasa. Walaupun pun Perhimpunan Kali ini tiada pertandingan Jawatan tetapi adalah Perhimpunan yang terakhir sebelum Pilihanraya yang ke 13. Rata-rata rakan yg  hadir sebagai perwakilan mahu pun sebagai Pemerhati menyatakan bahawa Perhimpunan kali ini amat meriah dan lebih bersifat kekeluargaan di antara Ahli Umno yg hadir dari seluruh pelusuk Negara. tak banyak berita yg saya perolehi hali ini kerana sepanjang Perhimpunan saya tidak hadir langsung kerana tidak mendapat Pass seperti tahun-tahun yg lepas. oleh itu banyak mendapat maklumat dari rakan-rakan blogger yg membuat liputan di sana. 
Hanya yang menarik perhatian saya apabila Ketua Pergerakan Pemuda YB Khairy Jamaludin membawa Usul agar di berikan peluang kedua kepada para bangkrup yg berjumlah 120,000 (mungkin hanya melayu) telah membuatkan saya bingkas duduk dengan tegaknya apabila mendapat tahu usul ini akan di bawak ke persidangan Pemuda.. Bertalu-talu Sms serta segala medium yang ada oleh rakan-rakan bertanyakan berkenaan isu ini yg di bawa Oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia kerana semenjak beberapa tahun ini saya amat aktif mencarikan solutions bagi membantu golongan BANGKRUP dan Blacklist CTOS. Dengan penuh kesyukuran saya menadah tangan kerana akhirnya Isu ini dapat di bawak secara Official ke pentas yg sesuai iaitu di Perhimpunan Agung Umno yg menjadi wadah perjuangan orang-orang melayu di malaysia. Jutaan Terima kasih kepada YB Khairy Jamaludin Serta Barisan Exco Pemuda Beliau yg membawa isu ini. Beberapa Exco pemuda memang tahu akan perjuangan saya ini. Termasuk la Naib-Naib Presiden Serta Menteri-menteri yg banyak membantu di ketika saya membuat Kajian di luar negara pada tahun lepas.. 


Ucapan Usul oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia berkenaan Para Bangkrup seolah di jatuhkan hukuman mati Mandatori adalah amat bertepatan sekali kerana para bangkrup di larang untuk membuka syarikat, membuka akaun bank semasa  (hanya akaun simpanan sahaja di benarkan utk menerima Gaji), tidak di benarkan keluar negara, tidak boleh mendapat apa-apa pinjaman, tidak boleh menjadi penjamin dan berbagai lagi sekatan. Dengan sekatan tersebut hampir mustahil untuk para bangkrup untuk mencari wang bagi membayar hutang puitang mereka, berbeza dengan byk negara maju yg masih memberikan pinjaman kepada para bangkrup jika cadangan perniagaan mereka amat bagus serta berdaya maju. tetapi di malaysia kerajaan amat melindungi pihak Bank dan institusi kewangan. jika seseorang itu bangrup sebanyak RM 40K dengan kerja dengan gaji sebanyak RM2500 bila la agaknya hutang tersebut boleh di lunaskan.. oleh sebab itu banyak di antara para bangkrup amat aktif menjadi broker bagi projek-projek serta skim-skim yg belum di ketahui kejayaan nya. yang akhirnya membuatkan mereka terus menerus diselubungi kemelut hutang.

PETIKAN BUDGET 2011

Isu berkenaan memberi peluang kedua kepada bangkrup ini sebenar telah di sebut di dalam Budget 2011 oleh Perdana Menteri yg akan mengabungkan Akta Syarikat dengan Akta bangkrup. semenjak hari itu saya amat aktif menghubungi pihak yg berkaitan pengubalan undang-undang tersebut bagi mengetahui progress perkara ini.  memandangkan sesi parlimen sudah tamat maka tak banyak yg boleh di lakukan di peringkat Kementerian yg berkaitan bagi membantu para bangkrup buat masa ini. 

Permasaalah yg di hadapi pengubal undang-undang adalah apabila pihak yg berwajib di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak memberikan kerjasama untuk mengabungkan kedua-dua akta tersebut kerana bagi mereka tanpa akta penggulungan syarikat (winding-up act) dan beberapa akta lagi,Pihak SSM seolah-olah tidak mempunyai taring dan hanya menjadi agensi yg mendaftarkan Perniagaan/Syarikat sahaja. Atas alasan itu sehingga kini cadangan Kerajaan untuk mengabungkan Akta tersebut bergerak dengan perlahan sekali sehinggakan tidak dapat di bawa untuk di bacakan dan di luluskan di Parlimen untuk tahun 2012...

Pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2012 kami menunggu Ucapan Pengulungan oleh Presiden Umno. di penghujung ucapan beliau akhirnya beliau bersetuju untuk memberikan peluang kedua kepada para bangkrup untuk meneruskan hidup baru serta dapat membantu memeriahkan ekonomi negara. Dengan penuh kesyukuran saya dan rakan-rakan merasakan bahawa suara kami telah di dengar oleh pihak pimpinan serta kerja keras yg di lakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

UCAPAN PRESIDEN UMNO DI PAU2012

Setelah mendengar Ucapan Presiden Umno saya berpendapat tidak banyak yg boleh di lakukan oleh pihak yg berkenaan buat masa ini melainkan di bawak ke Parlimen untuk di wujudkan Akta baru. walaupun begitu pihak kerajaan masih lagi boleh membantu ramai orang dengan membuat sedikit perubahan di peringkatDasar di Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dengan membuat perubahan berkenaan masa/tempoh 5 tahun yg akan mula di kira dari tarikh si bangkrup itu di jatuhkan hukuman bangkrup oleh mahkamah. Buat masa ini kebanyakan Pegawai di Jabatan Insolvensi membuat perkiraan bermula dari tarikh si bangkrup hadir di pejabat Insolvensi. Sebagai contoh seseoarng itu telah di jatuhkan bangkrup pada tahun 2000 tetapi hanya sedar akan kebangkrapan tersebut pada tahun 2012 apabila ingin membuat passport untuk keluar negara..  maka beliau bergegas ke jabatan Insolvensi untuk membuat permohonan untuk keluar negara.. disini beliau terpaksa melalui satu proses kelulusan yg mengambil masa serta di kehendaki membayar sejumlah wang kepada Jabatan Insolvensi yg akan di simpan (Estate Account) yg berperanan sebagai tabungan bagi membayar hutang kepada pihak yg membangkrupkan beliau. (Biasanya Penjamin RM 1,000, simpanan Estate RM 2,000 dan ansuran RM 100 sebulan)  dan pada tahun 2017 baru la beliau boleh memohon untuk di keluarkan dari kebangkrapan (discharge) (Masa 5 Tahun di kira bermula dari tarikh bangkrup hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi yg menjaga kes beliau.)

Setelah pihak Insolvensi berpuas hati bahawa si bangkrup tersebut telah memberikan kerjasama serta membuat ansuran bayuaran bulanan maka pihak Jabatan Insolvensi akan mencadangkan nama mereka kepada ketua pengarah untuk di berikan Surat Perlepasan Ketua Pengarah Di bawah Sek. 33A yg memberi kuasa kepada Ketua pengarah untuk melepaskan di bangkrup. selain dari itu tak banyak yang boleh di lakukan oleh pihak kerajaan melainkan membuat Pindaan Undang-Undang Bangkrup Di Parlimen.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP serta PROGRAM BEKERJA DI LUAR NEGARA yg kami cadangkan masih tetap yg terbaik buat masa ini.. isu zakat juga ada di sebut oleh KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIAtetapi bagi golongan miskin.. miskin bandar dan miskin di kampung amatlah berbeza sekali. oleh itu saya menyeru pihak Kerajaan dapat membuat sesuatu dengan menaikkan pengiraan HAD KIFAYAH yg menentukan jumlah bantuan serta takrif asnaf...

Kepada mereka-mereka yg berkenaan saya memohon agar terus menyokong rancangan kami ini serta bantu lah mereka-mereka yg kesusahan untuk mengeluarkan mereka dari kemelut kesusahan di bumi Malaysia yg amat kita sayangi... Jasa-jasa Anda Semua Hanya Allah Ta'ala yg dapat membalasnya....


@dinogombak