Tuesday 28 August 2012

Open House Sana Sini

Dr Khariman ketua unit Penyelidikan Bersama Tun Mahathir Dan Tun Siti Hasmah



Datuk Seri Ismail Sabri -Menteri Kpdnkk


Datuk Seri Ismail Sabri dan Unit Media Elite


Dato Saifuddin Abdullah -Timbalan Menteri


Dato Saifuddin Abdullah Bersama Warga Elite



Dato Mukhriz Mahathir




Thursday 23 August 2012

TAHNIAH YG ARIF DATUK KARIM

Tahniah di ucapkan kepada bekas Ketua Pengarah Insolvensi Yang Arif Datuk Karim Bin Abdul Jalil yg telah di naik kan pangkat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Pada 1 Ogos yang lalu.Segala kerjasam dan bantuan semasa Yag Arif Datuk Karim menjadi Ketua Pengarah Insolvensi amatlah di hargai selamanya.

semoga Yang Arif Datuk terus memberikan khidmat kepada negara kita..


Wednesday 15 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Di petik dari Blog www.dinogombak.com



ikesempatan ini saya bagi pihak PERSATUAN USAHAWAN ELITE KUALA LUMPUR DAN SELANGOR menyusun 10 jari memohon Ampun Dan Maaf sekiranya selama saya berblog dan berkawan ada melakukan kesalahan serta menguris perasaan rakan-rakan serta mereka-mereka yg berkaitan. saya juga memohon ampun dan maaf kepada Pemimpin-Pemimpin yg sering di ganggu oleh saya dengan SMS serta  surat-surat memohon sokongan walaupun saya tahu surat tersebut amat menggangu serta di buang ke tong sampah. walaupun begitu saya tidak akan berhenti memohon serta berdoa agar semua mereka-mereka yg telah membantu perjuangan saya ini mendapat keberkatan serta di limpahi kurnia oleh allah ta'ala.
Majlis Berbuka  Puasa Bersama MARA -Tq Boss
Walaupun saya bukan seorang blogger politik tetapi kebanyakan rakan-rakan saya adalah blogger penyokong kerajaan yg tegar. bersama mereka lah saya belajar erti persahabatan dankeikhlasan. Terima Kasih semua.. ada blogger yg bekerja sepenuh masa sebagai blogger yg tegar mempertahankan dunia maya dari di perkotak katikkan oleh blogger tertentu. blogger part-time adalah mereka yg mempunyai pekerjaan yg tetap dan hanya hadir di majlis yg besar sahaja. ramai yg berjaya menjadikan blogging sebagai punca pendapatan yg membuatkan menjadi ikutan !
Majlis Berbuka Puasa Imigresen - Tq Boss
Memandangkan saya bukan lah blogger kepada mana-mana kumpulan maka peluang untuk di jemput ke majlis berbuka puasa amat lah terhad. para pemimpin hanya menjemput kumpulan-kumpulan blogger yg bekerjasama dengan mereka yg di panggil pengamal media sosial. tahun-tahun dahulu saya di bawa oleh beberapa rakan untuk bersama kumpulan-kumpulan mereka maka dapatlah serpihan undangan ke majlis berbuka puasa dan yg paling best adalah mendapat duit raya dari pemimpin tersebut.. tetapi tahun ini saya dan Unit Media Elite bergerak dengan sendiri bagi memperjuangkanPROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP yg telah di rancang.   Tetapi alhamdulilah kami masih juga mendapat undangan ke majlis berbuka puasa. yg terpenting majlis berbuka puasa ketiga-tiga Naib Presiden Umno berjaya kami hadiri walaupun tidak mendapat Angpau seperti blogger politik.. selaku pimpinan tertinggi parti keramat orang melayu UMNO, mereka la yg saya harapkan untuk membantu perjuangan kami kecuali Perdana Menteri Dan Timbalan Perdana Menteri yg bekerja keras untuk kejayaan dan kemakmuran negara kita.

Majlis Berbuka Puasa  Bersama KBS - TQ Boss
Kali terakhir saya ke Australia adalah pada 27 Jun yg lalu bagi memutamadkan peluang pekerjaan sebagai pemetik buah di ladang strawberry.. dan kami juga telah berjaya mendapatkan sedikit sumbangan dari beberapa pemimpin untuk membiayai kos Visa bekerja untuk 3 orang sahaja. kos-kos lain masih di perlukan dan masih berharap akan mendapat sumbangan untuk 3 orang lagi. kami bercadang untuk bekerja di sana selepas hari raya Adha sekiranya Pilihanraya Umum tidak di buat pada bulan

syawal. masa untuk mendapat kelulusan mengambil masa selama 2 hingga 3 bulan. semakin hampir kami kepada tarikh tersebut semakin sukar mendapatkan sumbangan dan sokongan. rata-rata mengeluh kerana tiada budget serta dana yg terhad. bantuan mereka adalah atas peribadi mereka. amat lah saya bersyukur kerana saya tidak sesekali akan memohon baudget dari kementerian mereka kerana takde kena mengena.. yg ada kena mengena adalah Bah.Agama islam kerana wang zakatnya tetapi malangnya tiada KABEL... kalau setakat surat toksahlah bermimpi.. tetapi kenapa Menteri-Menteri kanan senang di dekati dan di hubungi melalui media sosial? tu lah persoalannya..  Pihak kerajaan sepatutnya membuat S.O.P bagi segala urusan rasmi surat menyurat supaya di jawab dalam masa 3 hari agar pengutus surat tersebut tidak perlu menunggu lama dan menjadikan jabatan tersebut lebih berdaya maju.. tetapi kalau tak salah kebanyakan Kementerian mendapat pengiktirafan ISO???celah mana lah ISO tersebut  di perolehi kalau surat-menyurat susah nak di jawab?? KABEL?

Boleh jadi Menteri pun tak tau wujudnya surat tersebut.. ini lah permainan pegawai-pegawai di pejabat menteri terbabit... TOLL GATE? boleh jadi jugak. entah lah. sebagai orang yg berjuang demi anak-anak watan saya berpendapat perkara seperti ini tak sepatutnya terjadi. yg merapu dan yg mencuri proposal orang senang-senang saja mendapat kelulusan serta DANA. kalau ada kekawan amat lah mudah sekali mendapatkan kelulusan.. pada yg FRONT DOOR seperti saya terpaksa la melalui segala macam proses dan tapisan.. kalau adaKABEL mungkin boleh terus sampai ke meja MENTERI untuk di pertimbang untuk kelulusan... agaknya la!! itu semua perkara yg bermain di minda saya sejak kebelakangan ini. Saya bersyukur kepada Allah Ta'Ala kerana di pertemukan dengan pegawai-pegawai Menteri yg membantu serta memahami perjuangan ini. Walaupun ada di antara mereka ini di marahi kerana mengemukakan surat-surat serta kertas cadangan saya kepada Menteri Terbabit. Yang paling terharu adalah apabila ada Pegawai terbabit menyumbang menggunakan Duit poket dia sendiri atas dasar bersama saya dalam perjuangan ini.  Jasa Anda Semua hanya Allah Ta"ala saja yg dapat membalasnya. Sehingga saat ini saya telah berjaya mendapatkan satu surat sokongan dari seorang Menteri Kanan yg di harapkan menjadi tunggak kepada sokongan yg lain.. Insya Allah.

Ramai yg bertanya apa yang akan mereka perolehi sebagai ganjaran sekiranya membantu PROGRAM ini? saya tiada jawapan kepada soalan itu? kerana itu lah agaknya kami susah untuk mendapatkan sumbangan !. apakah sudah hilang sifat dermawan orang islam melayu di negara kita ini? sekiranya sumbangan mereka itu mendapat liputan meluas baru lah ingin menyumbang?  

Sebahagian Dari Ahli Jawatankuasa
Kekuatan saya terletak kepada sokongan padu  Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur Dan Selangor yg tetap teguh bersama saya memperjuangkan Nasib para Bangkrup Dan Blacklist. Mereka ini lah yg menjadi Nadi Perjuangan Saya yg mengalir di dalam sanubari persahabatan yang penuh keikhlasan dan harapan. tidak akan saya berhenti berjuang sehingga setiap dari mereka ini berjaya keluar dari kemelut kebangkrapan dan senarai hitam dan mereka pula yang akan membantu rakan-rakan yang lain.. Perjuangan ini di ibaratkan seperti Air yang mengalir. walau di halang akan tetap mengalir sehingga tembok yang menghalang akan runtuh juga akhirnya..Insya Allah.

Kesukaran untuk mendapatkan maklumat di Luar Negara sehingga kan kami terpaksa membuat lawatan kajian ke negara Australia tempoh hari telah membuat kan kami berganding bahu dengan semua rakan-rakan  di luar negara untuk mewujudkan satu komuniti Malaysia di luar negara yang lain dari yang wujud hari ini. Mendapatkan sokongan dari segi maklumat dan pandangan amatlah sukar sekali. jabatan-jabatan kerajaan di luar negara sepatutnya menjadi satu tempat rujukan serta tempat mendapatkan pandangan.. tetapi amatlah malang kerana kami merasakan adanya mereka di sana sebagai memenuhi syarat sahaja.. sehubungan dengan itu Persatuan Usahawan Elite telah menubuhkan KELAB1MALAYSIA di beberapa negara sebagai alternatif bagi membantu mana-mana rakyat malaysia di luar negara untuk mendapatkan bantuan dari segi maklumat dan pandangan. harapan juga pernah di suarakan di dalam blog  di  http://puteraklasik.wordpress.com/2011/09/02/malay-town/  Ahli-ahli Kelab1Malaysia di anggotai oleh rakyat malaysia yg tinggal di negara negara terbabit. Australia Dan United Kingdom sedang dalam proses mendaftarkan kelab tersebut sebagai satu entiti NGO yg berdaftar di negara terbabit. Rakan Kita di New Zealand, Jepun dan Kanada sedang dalam proses mendapatkan maklumat berkaitan.. Alhamdulilah kami juga mendapat sokongan di timur tengah dan beberapa negara lain di Europa. Penubuhan Kelab ini di lihat tepat pada masa nya selaras dengan hala tuju Perdana Menteri Kita yg tersayang. jika bangsa tiongha boleh bergantung kepada China Town untuk mengadu nasib yg berada di seluruh dunia tidak mustahil Kelab ini boleh menjadi perintis kepada wujudnya Malay Town pulak di seluruh dunia..

Saya dengan ini menyeru sokongan dan bantuan dari semua pihak agar perancangan dan harapan kami ini menjadi kenyataan.. insya allah


@Dino Gombak

p.s. mohon baca sms boss...