Sunday 7 July 2013

Lawatan Kajian Kali ke 3 Perth Australia Dan Pemiihan Umno 2013

Asalamualaikum ,

Pada 11 june pihak kami Berjaya berlepas ke perth untuk lawatan kajian peluang perniagaan untuk kali yg

terakhir.  Maka berakhir lah sudah misi mencari maklumat yg Berjaya di lakukan Oleh Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur Dan Selangor. Bermula dengan kunjungan ke Melbourne, Brisbane dan kini Perth. Banyak maklumat serta kenalan dan perkara baru yg telah Berjaya di perolehi sepanjang Misi lawatan ini di mulakan. Jutaan Terima Kasih yg tidak terhingga kepada mereka yg tak jemu untuk memberikan bantuan kewangan bagi menjayakan misi ini. Selepas ini tiba la masanya untuk membuat cadangan cadangan kepada pihak kerajaan bagi membantu usahawan bumiputra untuk menembusi pasaran luar Negara pula..



Perjanjian Perdagangan Malaysia Dan Australia sememangnya membuka lembaran baru bagi usahawan Malaysia. Walaupun begitu semua peluang terbabit hanya bagi syarikat Malaysia yg sudah  beroperasi dan boleh di kata kan untuk syarikat yg sudah Berjaya. Fokus kami adalah bagi usahawan kecil dan sederhana serta perniagaan di luar Negara kali pertama. Setakat ini hanya Exim Bank sahaja yg memberikan dana pinjaman untuk berniaga di luar Negara.. walaupun penuh dengan tapisan dan berbagai kerenah tapi itu saja lah dana pinjaman yg ada untuk usahawan Malaysia yg ingin membuka perniagaan di luar Negara.. Dana Malaysia Kitchen adalah yg paling banyak di mohon oleh raykat Malaysia untuk berniaga restoran di serata dunia. 

Kerana dana pinjaman di bawah Malaysia kitchen yg mendorong ramai rakyat Malaysia untuk membuka
perniagaan restoran di serata dunia sedangkan banyak lagi perniagaan lain yg sesuai di ceburi oleh usahawan Malaysia di bumi kanggaro ini. Di bawah Perjanjian Malaysia Dan Australia (MAFTA) terdapat banyak jenis perniagaan yg di berikan keistimewaan untuk di buka di Australia.  Para usahawan wajar membuat kajian perjanjian tersebut serta datang sendiri bagi membuat tinjauan bagi mendapatkan maklumat yg di perlukan. baca di sini https://www.dfat.gov.au/fta/mafta/

Masyarakat melayu yg tinggal di sini sebenarnya amatlah tidak membantu sesama bangsa berbanding masyarakat cina di sini.. mereka amatlah membantu sesama mereka. Melayu di Australia lebih suka mendiamkan diri serta ada yg memberikan komen yg melemahkan semangat orang melayu yg lain dengan perkara-perkara yg beliau sendiri tidak begitu yakin. Yg pentingnya mereka ini kedekut ilmu dan tidak mahu membantu.. 
Kebanyakan melayu di perth hanya berkawan dengan rakan melayu yg lain yg duduk berdekatan tempat tinggal mereka atau yg sama-sama belajar.

Bagi memudahkan rakan Usahawan dari Malaysia untuk membuka perniagaan di Australia Pihak Persatuan
Bercadang untuk membuka satu Syarikat Perunding cara (consultant) di Bumi Australia ini dalam masa yg terdekat bagi membantu rakan usahawan untuk berniaga disini. Kedai Runcit 1 Malaysia sesuai di buka di perth kerana mempunyai ramai rakyat Malaysia yg tinggal dan bercuti di sini sepanjang tahun. Kedai Runcit Bangsa Cina amat banyak terdapat disini. Jika di Malaysia kita dengan mudah dapat melihat kedai-kedai runcit bangsa asing di buka di Negara kita. Kenapa di Australia tiada siapa pun yg membukanya.. dengan adanya kedia runcit malaysia ini insya allah produk buatan usahawan Malaysia dapat di pasarkan di luar negara dengan tanpa  menggunakan khidmat orang tengah. (yang kebanyakan nya Cina)

Syarikat consultant tersebut akan bergabung dengan syarikat professional yg lain sebagai Associate Partner. Syarikat Peguam,Audit dan akaun,imigrations Consultant,Insurance dan beberapa lagi akan bergabung tenaga bagi menjayakan syarikat yg bakal di buka nanti. Dengan adanya syarikat ini insya allah proses membuka perniagaan di Australia akan menjadi lebih mudah kerana syarikat ini akan menyediakan semua jenis perkhidmatan di bawah satu bumbung. Jika mendapat kerjasama kerajaan Malaysia adalah lagi bagus dan terbaik. Saya akan berusaha untuk perkara ini jadi kenyataan.

Pihak Kami Berjaya mendapatkan kerjasama dari Pusat pembelajaran Bahasa English bagi program BAHASA ENGLISH 1 MALAYSIA (BE1M) yg telah di rangkan bagi meningkatkan penguasaan bahasa English untuk usahawan tempatan menceburi perniagaan di luar Negara yg sememangnya memerlukan penguasaan bahasa English yg baik. Rata-rata kebanyakan kolej dan university menyokong program kami ini, terdapat juga pendapat mengapa tidak belajar bahasa English di Malaysia sahaja? Ini adalah kerana belajar di Malaysia tak mempunyai banyak impak berbanding belajar di luar Negara, di luar Negara mereka terpaksa bertutur di dalam bahasa English dalam kehidupan seharian mereka serta persekitaran yg asing bagi mereka.  Bebanyakan pelajar adalah dari Negara yg bukan menggunakan bahasa English sebagai bahasa harian. Ini menwujudkan lebih banyak challange kepada mereka, kami yakin sesiapa saja yg belajar English di luar Negara insya allah akan Berjaya menguasainya dengan cepat. Sijil Malaysia University English Test (MUET) hampir tidak di terima di kebanyakan university melainkan kita mengambil program mereka di Malaysia melalui program berkembar uiversiti Malaysia dan Australia.

program BAHASA ENGLISH 1 MALAYSIA (BE1M) di sasarkan kepada usahawan Malaysia yg berminat untuk membuka perniagaan di Australia. Dengan masa 12 bulan sebagai pelajar akan memberikan mereka masa yg mencukupi untuk membuat kajian di Australia berkenaan cara dan undang-undang Australia serta jenis perniagaan apa yg sesuai di buka di sana. Hamper di kebanyakan wilah di Australia mensyaratkan agar semua peniaga mempunyai sekurang nya sijil EILTS5 untuk membuka syarikat di Australia. Dengan adanya silij EILTS5 tersebut mereka akan mudah di terima untuk masuk ke university di Australia sekiranya berminat untuk menyambung pelajaran secara separuh masa di samping menjalankan perniagaan di sana.   


PEMILIHAN UMNO 2013

Baru selesai PRU13 kini demam pemilihan Umno telah bermula.  Ramai yg telah mula turun ke cawangan-
cawangan menjual janji janji mereka.  Kepada Ketua Bahagian yg menang semasa PRU13 wajarlah di kekalkan bagi memudahkan tugas membantu rakyat di laksanakan.  Ketua Bahagian yg kalah pula wajar di tukar dengan yg baru.. elok lah kalau tukar satu kapal sekali. Pada ketua bahagian yg tidak di calunkan pula akan di nilai dari segi kerjasama dengan parti komponen semasa PRU13.
Ramai Ahli Umno yg sememangnya menjadi ahli tetapi tidak aktif kerana gagal untuk duduk di dalam golongan Kroni ketua tempat mereka. Meraka ini menjadi hali serta penyokong BN sahaja.  Mereka ini wajar di panggil untuk bersama berjuang menegakkan pengupayaan Orang melayu. Ketua-ketua haruslah bersedia menerima pandangan dari ahli terbabit kerana kali ini undi mereka di kira untuk semua jawatan dari bawah hingga ke atas. 

Ketua cawangan popular lazimnya akan di jaga oleh ketua bahagian mereka.mereka ini sering di bawa berkrusus ke Indonesia dan beberapa tempat lagi. Manakala ketua yg tak popular di tinggalkan sebagai satu pengajaran kerana tidak menyokong ketua bahagian atau berada di Kem yg lain. Adalah elok jika semua cawangan di bahagian tersebut di bawa semua tanpa meninggalkan walau seorang pun.  Sedikit sebanyak ini dapat merubah sokongan mereka kepada ketua bahagian tersebut. 

Pada ketua bahagian yg mempunyai jawatan dalam kerajaan lagi mudah untuk membuat program serta aktiviti untuk tempat mereka. Pada yg tidak mempunyai jawatan terpaksa bergantung kepada budget dari Umno Malaysia yg mmg susah untuk di perolehi. Sebagai jalan penyelesaian wajarlah ketua bahagian ini di berikan jawatan di syarkat GLC milik kerajaan yg banyak itu.. ianya dapat menyelesaikan hampir banyak kesulitan yg terpaksa di tanggung oleh ketua bahagian tersebut.

Yang pasti banyak ketua bahagian sudah mula di panggil untuk menganggotai Think Tank Ketua bahagian bertaraf Menteri atau ketua bahagian yg kaya bagi membantu mereka mengekalkan jawatan di dalam Umno. Maka Coffee-Coffe House dan trip umrah tahun ini serta trip keluar negara akan dipenuhi oleh mereka ini. Cabaran yg terbesar pada pemilihan kali ini adalah serangan di Cyberspace. Para Blogger-blogger sudah mula di panggil dan di berikan task serta mereka juga telah mula aktif mencari maklumat di serata Malaysia bagi memenangkan boss mereka.

Pemilihan Umno kali ini bakal meyaksikan serangan demi serangan ke atas pihak lawan mereka dengan menggunakan blogger yg dibayar.. serangan peribadi serta salah laku akan menjadi bualan selepas ini. Ini adalah satu perkara yg tidak sihat untuk Negara kita Malaysia.  Adakah Ketiga-tiga Naib Presiden Kesayangan saya akan Berjaya bertahan atau akan kalah kali ini juga menjadi satu perbualan di peringkat akar umbi. 

Semua jawatan wajar di pertandingkan bagi meneruskan demokrasi di dalam UMNO itu sendiri. Jangan ada pulak yg bersetuju agar jawatan itu dan ini elok tidak di pertandingkan.. Nampak sangat bodek .. kalau anak jantan elok lah bertempur di gelanggang rakyat.. jangan lah menang kerana duduk di dalam kapal atau Chai si polan sipolan.. Peranan WARLORD Umno kini telah sampai ke penghujung nya. Mula lah bertemu semua ahli secara bersemuka tanpa menggunakan khidmat WARLORD .. teruskan engagement di social media insya allah ahli akan rasa lebih rapat dengan dengan anda.. pada yg takde social media biarkan dia dengan labu-labu nya.. pada admin yg menjaga akaun terbabit sila lah jgn pilih bulu nak retweet ataupun komen di facebook. Layan je semua. Insya allah menang. 

Jangan sebab dah pegang banyak NGO ingat boleh menang senang-senang ok. Jangan di ulangi kebodohan
semasa PRU13.. cuba belajar dengan apa blogger akar umbi nak cakap pulak. Asyik dengar cakap PunahSehat nescaya anda akan kalah dalam kebodohan.  Peranan Wanita,Pemuda Dan Puteri adalah amat penting sekali.. dengar la keluhan mereka jangan mereka ini di sajikan dengan janji-janji manis.. tunjuk kehebatan anda menjuarai hati ahli umno seluruh Malaysia dengan tindakan yg memberikan menafaat untuk semua ahli.. bukan curi idea orang lain untuk jadi popular.

p.s. saya support ketiga-tiga naib presiden walaupun saya tak suka beberapa pegawai mereka.

Dino Gombak@Perth

PRU 13,BARISAN KABINET DAN PERJUANGAN KAMI

@najibrazak @unitmedia_elite @faridridzuan #najibMyPm 

Pilhanraya Umum Ke 13 telah melabuhkan tirainya dengan keputusan Barisan Nasional Berjaya mengekalkan Penguasaan kerajaan Persekutuan serta kemenangan besar di negeri Kedah.  Walaupun gagal menyerlah di negeri Selangor dan Pulau pinang kerja keras pemimpin tempatan harus di beri pujian.  Kempen pilihanraya kali ini pihak kami langsung tidak terlibat didalam membantu calun calun BN kerana tidak terlibat secara terus dengan jentera parti. Walaupun begtu kami begitu berbangga kerana di beri peluang untuk menjayakan kempen #NajibMyPm yg di usahakan oleh Datuk Farid Ridzuan. Pihak kami Berjaya mengagihkan Baju kempen tersebut melalui rakan NGO kami yg aktif membantu Kerajaan. Terima kasih Kepada Bro Zamiel Zukie dan Uzaidi Udanis pengasas kepada Teh Tarik Bersama Yb , Bro Zul Azhar cha dan Shukri dari Pertubuhan 1Agenda, Yatie Jelita and the team dari Pergerakan Puteri Umno Bahagian Gombak, Portal Gerbang.My , Team Unit Media Eite dan beberapa lagi kumpulan penyokong kerajaan yg aktif membantu Kerajaan dalam usaha untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan.

Faktor calun yg tidak sesuai di tempat yg di calunkan adalah salah satu faktor yg membawa jatuhnya moral kebanyakan jentera pilihanraya kali ini. Seperti kata YAB Perdana Menteri jgn la marajuk lama-lama. Gesaan tersebut sedikit sebanyak Berjaya memujuk kembali para petugas jentera utk sama-sama berganding bahu membantu calun yg telah di pilih. Yang menjadi masaalahnya apabila ada di antara calun tersebut  amatlah sombong dan bongkak apabila terpilih. Pihak kami turun juga membantu calun yg berkenaan walaupun tidak sepenuh hati. Atas dasar sayangkan Umno Dan BN byk yg memaksa diri utk menelannya. Dengan kewangan yg sedikit dan meminta seperti pemintak sedekah membuatkan ramai petugas tawar hati untuk membantu. Faktor ini lah yg menyebabkan byk kawasan pilihanraya kelihatan amat sepi  dan tidak bermaya.  Segalanya telah menjadi sejarah dan pengajaran buat pihak yg berkenaan agar melihat keinginan akar umbi sebelum mencalunkan sesiapa. Jgn melantik mereka sebagai penyelas Dun Dan Parlimen Sekiranya mereka ini tidak di calunkan. Kebanyakan dari mereka telah berhabisan harta dan wang ringgit demi untuk mengerakkan Program dan aktiviti tetapi akhirnya tidak terpilih. Perjuangan selama 4 tahun dan ramai pengundi mengenali mereka adalah salah satu factor pengundi tidak mengundi calun yg di pilih kerana masa selama 2 minggu amatlah terbatas untuk memenangi hati pengundi.

BARISAN KABINET 2013

Selepas mendapat Majoriti mudah  tibalah masa untuk melantik barisan cabinet. YAB Perdana Menteri telah memilih ramai calun dari sabah dan Sarawak  untuk kabinet kali ini yg di lihat sebagai satu langkah yg bijak bagi pembangunan sabah dan Sarawak. Perlantikan Menteri yg berubah kementerian di lihat sebagai salah satu langkah yg Pro-Aktif.  Perlantikan YB Khairy Jamaludin ke kementerian Belia dan sukan amatlah bertepatan selaras dengan Jawatan Ketua Pemuda yg di sandang oleh Beliau. Beliau kini mempunyai  lapangan yg luas untuk membangunkan kembali para belia dan pemuda dengan program-program yg berkesan.

Perlantikan Datuk Seri Shaberry Chik ke kementerian penerangan dan Komunikasi amatlah sesuai dengan pengalaman Beliau mengetuai kementerian tersebut pada 2008 yg lalu. Ketabahan beiau berdebat Dengan DS Anwar Ibrahim dulu masih di ingati oleh rakyat. Beliau juga amat di senangi oleh kebanyakan Pengamal Media Sosial di Malaysia. Hubungan baik beliau dengan pengamal media sosail di lihat akan menjadi satu kekuatan beliau untuk menghebahkan serta memberikan penerangan ke peringkat akar umbi akan lebih berkesan.  Adalah lebih baik sekiranya beliau jugak di lantik sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia. Secara Peribadi Datuk Seri Shaberry Chik banyak membantu Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur Dan Selangor.

Kegagalan Dato Saifuddin Abdullah Dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengejutkan seluruh Negara. Kedua tokoh ini amat popular di kalangan pengamal media serta akar umbi. Pihak amat terasa dengan kegagalan Dato Saifuddin kerana beliau adalah seorang YB yg mempunyai Fikiran yg terbuka dan banyak membantu kami. Pihak kami berharap YAB Perdana Menteri dapat memikirkan satu cara untuk mengembalikan Kedua mereka ini kembali di Arus Perdana.  Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Bekas Ketua Menteri Melaka yg begitu rajin dan amat mesra rakyat ini jugak wajar di pikirkan satu platform untuk beliau menabur bakti. Jawatan Ketua Penerangan juga amat sesuai untuk Beliau yg di kenali di seluruh Negara. Pihak kami akan membantu kedua mereka ini untuk bertanding di pemilihan Umno pada penghujung tahun ini.. insya allah.

MAFTA (MALAYSIA-AUSTRALIA FREE TRADE AGGREMENT)


Sewaktu artikle ini di tulis saya masih lagi berada di bumi kanggaro bagi mencari maklumat dan peluang perniagaan. Tahun 2011 kami telah membuat kajian di Melbourne dan 2012 kami telah ke Brisbane. Kini kami berada di Perth bagi tujuan yang sama. Kami jugak telah melawat beberapa pengusaha restoran milik warga Malaysia di Bandar Perth ini. Ramai rupanya rakyat Malaysia yg mencari makan di sini. Ramai juga yang telah menjadi penduduk tetap disini serta mempunyai rumah dan keluarga di Bandar Perth ini. Dengan cuaca yg tidak terlampau sejuk dan keadaan Bandar yg tidak terlalu sesak membuatkan Bandar ini menjadi pilihan warga Asia. Bangsa Vietnam yg dulu adalah pelarian di pulau Bidong sekitar tahun 80 adalah di antara penduduk yg memeriahkan Bandar Perth ini. Kerajaan Australia Telah mengambil seramai 1000 warga Vietnam pada masa itu di bawah program kemanuasiaan. Banyak Negara lain jugak telah mengambil warga Vietnam ini untuk di beri perlindungan dan di beri taraf warganegara. Bermula dari situ lah maka bangsa Vietnam telah beranak pinak di bumi kangaroo ini bersama warga dari Negara jepun dan china.

Perjanjian perdagangan antara Malaysia Dan Australia di lihat sebagai satu lembaran baru bagi pengusaha dari Malaysia. Walaupun begitu perjanjian tersebut di lihat lebih memihak kepada Negara Australia yg masih mengekalkan sekatan bagi membuka syarikat di Australia.  Syarikat yg mempunyai Jualan tahunan sebanyak 2juta yg ingin membuka cawangan di sini mempunyai peluang yg agak senang berbanding jika ingin membuka syarikat yg baru di Australia. Kedua-dua jenis syarikat tersebut perlulah mempunyai sekurang nya 2 warga tempatan sebagai rakan kongsi dan seorang bagi syarikat biasa. (perkongsian) Kos consultant (Jururunding) di Australia juga amatlah mahal berbanding di Malaysia. Beza nya di Australia syarikat tidak perlu mengaudit akaun tahunan mereka. Memadai dengan lapuran dari akauntan yg berdaftar.

Bagi pengusaha makanan pulak perlu menukar bentuk bungkusan (packing) kerana Negara Australia amat
tegas di dalam usaha mengawal kemasukan barangan makanan mentah demi untuk melindungi pengusaha mereka di samping untuk mengekalkan agar barangan makanan tersebut tidak mudah rosak semasa proses penghantaran. Banyak cukai duti import telah di kurangkan serta ada yg telah dihapuskan terus. Duti kastam juga telah mengalami banyak potongan. Australia kini mengalami lebihan bagi daging lembu dan kambing kerana beberapa Negara berhenti mengimport kerana mengalami kejatuhan ekonomi yg teruk. Byk pengimport dari Europe telah kurang mengimport dan mengakibatkan lebihan ternakan di sini. Pel;uang boleh di ambil oleh pengusaha Malaysia dengan syarat kerajaan mestilah menyediakan tempat Kuarantine yg luas dan menggunakan teknologi terkini bagi membawa masuk ternakan terbabit. Pihak kerajaan juga di gesa untuk membuka permohonan import permit (AP) ternakan hidup. Bagi Negara islam seperti Malaysia setiap daging yg di import perlulah di sembelih oleh pusat sembelih yg bertauliah. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini gerakan pejuang Haiwan di Australia mengutuk tindakan orang islam yg menyembelih haiwan sebagai satu perbuatan yg tidak bermoral dan mereka memprotes .

Oleh itu adalah sesuai sekiranya kita mengimport binatang ternakan yg hidup dan di sembelih di Negara kita sendiri. Daging segar beku boleh di export ke Negara lain.  Kaedah memmelihara haiwan ternakan dari Negara yg mempunyai 4 musim perlulah di buat penyelidikan agar ternakan tersebut boleh hidup di Negara kita yg panas.Produk makanan dari Malaysia amatlah sedikit di Australia. Hanya kedai bangsa cina  yg terplilh sahaja menjual barangan makanan dari Malaysia. Pihak kerajaan wajar untuk membuat satu program bagi para pengusaha Malaysia untuk membuka Malaysia Store di bumi Kanggaro ini. 

Khidmat yg di tawarkan oleh EXIM Bank bagi pengusaha Malaysia di luar Negara amatlah membantu. Cuma cara dan kaedah kelulusan serta syarat-syarat perlulah di ubah bagi memudahkan warga Malaysia untuk membuka perniagaan di Australia. Syarat seperti mempunyai perjanjian menyewa premis serta syarikat di Negara luar adalah salah satu factor yg perlu di kaji semula. Kami Berjaya bertemu seorang pengusaha yg kini terpaksa menjadi tukang masak di Australia ini kerana masaalah yg sama. Beliau telah berbelanja hampir 300ribu Msia untuk menyewa tempat serta membuat ubahsuai premis untuk restoran. Tetapi akhirnya pinjaman tidak diluluskan. Setiap bulan perlu membayar sewa dan akhirnya beliau menangung hutang  dan terpaksa bekerja secara haram utk menampung kehidupan di sini. Pengeluaran Visa bagi pengusaha perniagaan juga bukan bukan di perolehi. Pihak MITI wajar melihat perkara ini demi kejayaan MAFTA.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP (PPKSH)

Program ini adalah salah satu program tunggak bagi persatuan usahawan elite kuala lumpur dan Selangor.  Setiap kajian pasaran yg kami buat di luar Negara kami juga mencari jalan bagi membawa warga Malaysia untuk bekerja di luar Negara bagi memulihkan ekonomi para ahli yg rata-rata mempunyai hutang puitang serta bagi mereka yg bangkrup sebagai salah salah cara untuk mereka berdikari dan membayar kembali hutang mereka. Pada awal tahun 2013 pihak kerajaan Australia telah mengutuskan surat rasmi kepada kami berkenaan hasrat kami untuk membawa warga Malaysia bekerja di Australia sebagai pekerja AM. Kerajaan Australia menyatakan bahawa mereka  tiada visa bagi pekerja Am kerana  pekerja Am hanya terbuka kepada warga mereka serta pulau yg berdekatan sahaja. 

Oleh dari itu  focus kami kini terarah kepada mereka yg mempunyai  kemahiran dan sijil serta mempunyai kemahiran berbahasa English.  Hampir 80% yg mendaftar tidak dapat memenuhi syarat tersebut. Oleh itu pihak kami telah melancarkan program BELAJAR ENGLISH 1 MALAYSIA bagi melengkapkan anak melayu untuk mencari rezeki di bumi asing. Salah satu usaha lagi kini sedang di buat bagi menjayakan program tersebut.  Terdapat 2 Pusat Bahasa English yg telah di kenal pasti untuk bekerjasama dengan kami. 1 di Bandar Melbourne dan 1 di Bandar Perth. Usaha kini telah masuk ke peringkat mendapatkan pembiayaan yg sesuai bagi pembelajaran mereka di sini. Kos yg di perlukan hanya separuh sahaja manakala lagi separuh akan di biayai oleh perserta itu sendiri melalui pendapat mereka . Setiap pelajar luar di benarkan untuk bekerja oleh pihak kerajaan Australia. Dengan adanya program ini para peserta dapat belajar serta mencari wang untuk membayar hutang mereka serta akan mempunyai sijil bahasa English yg membolehkan mereka layak untuk bekerja di luar Negara apabila selesai  kursus bahasa English tersebut.

Demi Negara dan bangsa melayu yg amat saya sayangi saya berharap dengan barisan kabinet yg baru serta hala tuju tranformasi yg di laungkan pihak kerajaan usaha kami ini boleh mendapat perhatian Pihak Kerajaan.  Jutaan Terima Kasih kepada mereka-mereka yg membantu serta mendengar rintihan golongan Marhain seperti kami ini..cuba cuba la melihat kembali pegawai-pegawai menteri yg lebih sudu dari kuah itu agar dapat di tukar kepada mereka yg berjiwa patriotik dan berfikiran terbuka.

Dino Gombak – Perth Australia