AUSTRALIA SURVEY


Selama lebih kurang setahun saya telah menyusung kertas cadangan bagi program lawatan ini ke merata-rata tempat dan bertemu berpuluh org yg mungkin berminat untuk membantu kami bagi merealisasikan cadangan ini. Bagi tujuan itu saya telah bertemu ramai Menteri dan Timbalan Menteri bagi mendapatkan sokongan dan pandangan.berkenaan rancangan untuk membuat lawatan ini. Lawatan ini adalah sbahagaian dari program utama yg di kenali dengan PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP yg memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan bagi menyara hidup. Semua program ini lebih tertumpu pada mereka yg bangkrup dan yg telah di senarai hitam kerana gagal untuk membayar segala hutang-hutang dan bil-bil. 

Krisis ekonomi dunia pada tahun 1998 dan 2008 telah membuatkan ramai orang telah jatuh miskin dan dibuang kerja. Ramai para usahawan telah gulung tikar kerana krisis tersebut, di samping itu pada masa yg sama telah berlaku peralihan kuasa antara Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri pada ketika itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita sekarang. Ramai yg kehilangan punca pendapatan kerana kedua-dua peristiwa tersebut. Peralihan kuasa bermakna pertukaran Pegawai dan ketua-ketua jabatan seluruh pentadbiran Kerajaan Malaysia. 

Seorang demi seorang rakan-rakan saya yg dulunya seorang usahawan yg boleh dikatakan stabil telah mula mngeluh kerana tiada projek dan ada di antara mereka yg bekerja selama 10 tahun terpaksa berhenti kerja kerana syarikat yg beliau kerja terpaksa Gulung tikar. Ramai yg beralih mejadi pemandu teksi dan ada yg masih lagi bertahan dlm perniagaan masing-masing. Pada waktu yg sama saya juga dapat melihat kekalutan bangsa Cina yg berhempas pulas menukar strategi perniagaan mereka. ramai di antara rakan bangsa Cina saya telah menutup perniagaan mereka dan beralih ke perniagaan yg lain. dengan kekuatan kewangan mereka berjaya twist ke bidang lain yg di fikirkan mempunyai peluang untuk berjaya. 

Dalam masa yg sama saya juga sempat bertanya pada seorang rakan Cina saya berkenaan dari mana mereka mendapatkan sumber kewangan? adakah pihak bank membantu mereka? rakan saya ini memberitahu bahawa pihak bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yg sudah stabil dan mempunyai pelanggan /kontrak sahaja.  Rakan saya ini dahulunya adalah seorang penjual kereta terpakai dan mempunyai beberapa restoran makanan laut. pada krisis 2008 perniagaan beliau telah jatuh dan perniagaan kereta terpakai terpaksa di tutup bersama dengan restoran beliau. Saya terus bertanya di manakah beliau mendapat modal untuk bangkit kembali  untuk berniaga? beliau memberitahu bahawa pada tahun JUN 2009 beliau telah meminjam sejumlah wang dari CETI haram dan menggunakan wang tersebut untuk ke luar negara bagi mencari modal. Negara yg beliau pergi ada lah Brisbane Australia. begitu ramai rakyat malaysia yg berbangsa cina yg bekerja di ladang ladang di brisbane sebagai pengutip buah dan berbagai kerja yg lain. 

Terdapat beberapa org cina rakyat malaysia yg menjadi seperti agen kepada ladang-ladang di sana. cara mereka adalah dengan masuk ke australia dengan visa pelancung yg valid selama 3 bulan dan akan disambung 3 bulan lagi. mereka ini bekerja di ladang-ladang di brisbane secara haram selama 6 bulan sebelum mereka ini di buat permit bekerja oleh majikan/tuan punya ladang  atau outsourcing company di australia. Rakan saya ini mendapat purata AUD 380 sehari selama 12 jam bekerja.Beliau keluar seawal 6 pagi sehingga 2 ptg untuk memetih buah epal. dan menyambung untuk  membuat kerja pembungkusan di kilang. hasil dari penyiasatan dan kajian yg saya buat dan beberapa maklumat yg saya terima telah membuatkan saya bertekad untuk membawa rakan sebangsa saya untuk bekerja di luar negara bagi mencari modal bagi mebayar hutang dan mungkin dapat mengumpul wang bagi dijadikan modal perniagaan. insya allah..

Bagi merealisaikan cadangan ini satu kajian lawatan ke australia perlu dibuat bagi mendapatkan maklumat yg selengkapnya bagi membawa rakyat Malaysia untuk bekerja secara sah di Australia. Merlboune di pilih kerana mempunyai cuaca yg agak stabil berbanding Brisbane yg telah di landa banjir besar pada tahun 2010 yg lalu, banyak tanaman telah musnah sama sekali dan peluang bekerja sebagai pemetik buah begitu terhad.

KERTAS CADANGAN INI TELAH MELINTASI BYK ORG. tapi malangnya hanya seorang dua saja yg telah menyumbang untuk membiayai lawatan ini. Ramai pemimpin yg hanya berjanji tapi malangnya hanya menanam tebu di bibir. ramai Menteri Dan Timbalan Menteri yg menyokong Program ini. Tapi bila bab sumbangan semuanya memberitahu mereka tiada peruntukan. Saya bukan minta duit dari peruntukan kerajaan. Saya memohon sumbangan peribadi. secara logiknya kalau seorang pemimpin menyumbang seorang sedikit sudah tentu akan sampai masa dana tersebut cukup untuk membuat lawatan ini..Tapi malangnya bila bab kewangan ini terpaksa ikhtiar cara lain. sedih.



 KETUA MENTERI MELAKA YG MESRA RAKYAT KALI 1


PENGURUS BESAR YAYASAN MELAKA


 DATO AHMAD MASLAN YG TEKUN


DATO SAIFUDDIN ABDULLAH YG MEMAHAMI