Monday 26 December 2011

Move Forward

Alhamdulilah, selepas kejayaan 2 survey sebelum ini di australia , kami sekali lagi berjaya menjejakkan kaki sekali lagi ke bandar Melbourne bagi menyempurnakan urusan untuk PROGRAM PEMILUHAN KHAS SARA HIDUP yg telah di rancang selama hampir 2 tahun. Jutaan terima kasih kepada beberapa insan yg berhati mulia yg sudi untuk membantu kami bagi menjayakan program yg telah di rancang. 

Tugas kali ini adalah untuk bertemu pemilik ladang dan beberapa pihak lain yg berkaitan. ini kerana pada lawatan yg terdahulu kami pernah berjanji dengan pemilik ladang yg kami kemungkinan akan menghantar seramai 7 orang wakil dari persatuan sebagai Pilot team yg akan mengalami sendiri kerja-kerja memetik buah di lakukan selama satu bulan atau lebih bagi memberikan gambaran sebenar dan mengalami sendiri kerja-kerja tersebut sebelum Program ini di luaskan kepada ahli persatuan yg telah menyatakan minat untuk menyertainya.

Atas sebab kekurangan sokongan kewangan dari pihak yg berkaitan perkara ini terpaksa di tangguhkan sehingga kami mendapat dana yg di perlukan. Kos untuk membawa seorang untuk bekerja di sini adalah dalam sekitar RM11,000 seorang yg mana kami telah pun menghantar byk surat permohonan kepada barisan menteri dan timbalan menteri untuk perhatian mereka. Tetapi malangnya kebanyakan dari surat -surat tersebut hanya terperap di tangan pegawai-pegawai menteri berkenaan atau tidak di endahkan langsung oleh mereka.

Berbekalkan tiket kapal terbang dan beberapa ratus ringgit yg berada di tangan kami berdua nekad untuk terbang juga ke negara kanggaro ini bagi menyempurnakan Last Miles yg telah lama tertangguh. Ini adalah kerana Musim memetik di melbourne telah bermula sejak bulan November lagi. Pihak pemilik Ladang sebenarnya menunggu kedatangan Pilot Team yg di cadangkan untuk tiba bagi mengalami sendiri kerja tersebut di samping mencari kesuaian tempat untuk tinggal dan sebagainya. 

flight kami telah berlepas dari LCCT pada 20/12/2011 dan tiba di lapangan terbang Melbourne pada hari yg sama. nasib kami amat malang sekali kerana telah di tahan oleh pihak imigresen Australia kerana di syaki akan bekerja di australia secara haram. Kami telah di soal siasat selama hampir 5 jam dan segala bagasi kami telah di punggah keluar.Tuhan saja yg tau apa perasaan kami pada ketika itu, Saya dan Rakan sejawat saya telah di asingkan dan telah di soal siasat secara berasingan.  Alhamdulilah Tuhan mnyebelahi kami. setelah segala dokumen berkenaan Program ini di teliti dan mereka telah membaca blog ini dan Blog persatuan akhirnya kami telah di lepaskan dengan amaran bahawa sekiranya ingin dtg lagi ke australia hendaklah menggunakan Business Visa kerana kedatangan kami adalah untuk urusan yg di sifatkan sebagai urusan berniaga. Walaupun begitu kami begitu memuji sikap professional  2 orang pegawai Imigresen Australi yg bernama Oficer Diane Dan Officer Amanda yg memlih untuk membaca dan memahami tujuan kedatangan kami. Hampir kesemua pegawai Imigresen dan kastam di sana berpendapat bahawa progam ini adalah baik dan bagus sekiranya dapat di jalankan kerana ramai pemilik ladang yg menghadapi masaalah untuk memetik hasil tani mereka. Mereka juga mencadangkan agar kami mencadangkan kepada kerajaan Malaysia mengadakan kerjasama 2 hala dengan kerajaan Australia bagi membawa masuk warga malaysia untuk bekerja disana sebagai pemetik buah bermusim seperti yg hubungan yg sedia ada antara kerajaan Australia dan negara Pulau yg berdekatan mereka di bawah program Pacific seasonal Scheme mereka yg memberikan kelonggaran kreteria permohonan Visa. sebenarnya perkara ini kami sedang dalam proses untuk membawa program ini ke pengetahun Kementerian Sumber Manusia melalui Timbalan Menteri nya. 

Sejurus sampai di kota Melbourne kami terus mengadakan pertemuan dengan slah satu syarikat perunding bagi membincangkan strategi bagaimana kah bentuk kerjasama yg bersesuaian untuk kami membawa masuk pekerja dari malaysia secara sah. ini kerana pihak ladang tidak mahu terlibat dalam urusan permohonan Visa bekerja di ladang kerana kerajaan Australia tidak mempunyai langsung Visa atau Subclass bagi jawatan ini.
Wakil syarikat perunding iaitu Miss Katie amat begitu membantu dalam memberikan pandangan dan cadangan. Satu mesyuarat antara kami dengan pihak akauntan, Peguam dan beberapa pihak lain akan di lakukan selepas habis cuti perayaan krismas. ini akan memberikan gambaran yg lebih jelas dah sahih tentang bagaimana untuk melaksanakan program ini. Sementara menunggu hari yg berkenaan kami telah melakukan beberapa siri tinjauan di ladang-ladang yg berkaitan. Kebanyakan ladang terpaksa menggunakan khidmat dari mereka yg menggunakan Work And Holiday Visa yg membolehkan mereka bekerja di ladang-ladang di australia. cuma mereka ini paling lama akan bekerja di ladang selama 1 bulan dan kurang kerana mereka bekerja hanya untuk mencari duit poket sebelum meneruskan perjalanan mereka untuk melancung ke tempat lain pula. ini amat menyukarkan pihak ladang kerana tidak mempunyai pekerja yg tetap bagi mengutip tanaman mereka itu. banyak hasil tani mereka telah busuk tidak di petik dan ini memyebabkan kerugian yg besar kepada mereka. demi untuk memastikan hasil tani mereka terus di kutip pada masa nya maka byk lah tuan punya ladang yg terpaksa mengambil pekerja secara haram. beberapa bulan yg lepas sebanyak 16 org rakyat malaysia bukan melayu telah di tangkap kerana bekerja si Australia secara haram.

Satu kerjasama dan persefahaman di antara pihak persatuan, Tuan punya ladang dan Agensi pekerjaan di malaysia dan australia akan di meterai bagi menyempurnakan program ini. semua pihak yg berkaitan telah di kenal pasti dan kami di sini sedang membuat perbincangan yg serius bagi mencari resolusi terbaik. Besar la  harapan sekiranya pihak-pihak yg berkenaan tampil untuk membantu kami menghantar 7 org wakil yg akan menjadi Pilot Team yg akan menjadi perintis dan seterusnya memberikan peluang untuk bekerja di Australia ini menjadi kenyataan.

Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yg perihatin. semoga usaha  ini dapat di sahut oleh para Pemimpin demi kesejahteraan Rakyat malaysia dan golongan sasaran khasnya..

Dino Gombak . Brainsdale, Australia  

Monday 10 October 2011

Queensland Survey...success


Alhamdulilah syukur pada allah ta ‘ala atas rezeki dan membuka hati mereka-mereka yg telah membantu kami menjayakan kajian ke Queensland Australia tempoh hari. Secara moralnya kami mendapat banyak sokongan dari tokoh pemimpin yg ingin melihat kami bersusah payah mengharungi segala perit jerih bagi menjayakan kajian ini. Alhamdulilah berkat kesabaran dan ketabahan kami Berjaya juga pergi membuat kajian tersebut dgn bekalan dana yg amat terhad.

Seperti kajian di Melbourne yg lebih menumpukan kepada lawatan kajian ke ladang-ladang buah-buahan yg memerlukan pekerja.   Bezanya di queensland adalah kerana ladang-ladang tersebut terletak amat jauh sekali dari Bandar. Kos tempat tinggal yg mahal berbanding di Melbourne kerana tiada Malaysia hall di sana ,kos sewa kereta dan kos minyak kereta. Bagi menjimatkan kos pada hari pertama dan kedua kami membuat perjumpaan dengan beberapa employment agency di Bandar Brisbane dengan berjalan kaki sahaja  serta melawat pejabat-pejabat kerajaan yg berkaitan. Alhamdulilah segalanya positif dari pihak mereka. Hampir kesemua ladang-ladang  di Australia menggunakan khidmat employment agency ini utk mendapatkan pekerja bermusim mereka utk musim menuai. Tak semua hasil tani mereka boleh di tuai menggunakan jentera. Oleh itu tenaga kerja manusia di perlukan untuk menuai beberapa jenis hasil tani mereka.

Perjalanan ke Emerald sejauh 853km mengambil masa selama  8 jam untuk sampai dan 3 kali mengisi minyak yg bernilai 80aud sekali isi. kami sempat melawat beberapa ladang sahaja kerana antara satu ladang ke satu ladang jarak nya hampir 30minit memandu. Begitu luas sekali ladang di sana. Tujuan kami melawat sebanyak ladang yg termampu adalah bagi membuat perbandingan bayaran gaji dan kos penginapan dan beberapa faktor lain. Hampir kesemua ladang memberikan kerjasama yg tidak di sangka. Hampir 80 ladang telah kami email dan menghantar surat berkenaan kunjungan ini. Kami hanya Berjaya bertemu tak sampai separuh kerana faktor jarak yg jauh dan kos yg lain.  

Dalam perjalanan balik keBRISBANE CITY kami telah singgah ke daerahBEERWAH untuk bertemu tuan punya ladang yg terkenal .  Hampir kebanyakan hasil tani di queensland di hantar ke sana untuk di bungkus dan di agihkan. Dalam masa yg sama kawasan BEERWAH Juga mempunyai ladang yg amat luas. Nasib kami begitu baik kerana tuan punya ladang yg kami lawat di Melbourne ada di sana kerana beliau juga mempunyai ladang di beewah yg terletak tak jauh dari pekan beewah

Hasil perbincangan dengan tuan punya ladang telah memberikan kata putus bahawa mereka tiada halangan untuk menerima pekerja dari Malaysia untuk bekerja sebagai pemetik buah dengan gaji yg sama di berikan pada org tempatan. Mereka juga akan membantu dari segi keperluan dokumen dan sokongan untuk tujuan permit kerja , cukai serta mencarikan tempat tinggal yg sesuai. Pihak kami akan di gelar sebagai kontrakor yg akan bertaggung jawab menjaga semua pekerja yg di bawa masuk.  Satu bentuk perjanjian persefahaman dengan pihak ladang akan di gubal bagi merealisasikan program khas ini secara rasminya.

Hampir kesemua tuan punya ladang tidak pernah mempunyai pekerja unuk menuai ini dari bangsa melayu Malaysia.ramai  hanya KAUM CINA Malaysia saja yg kerap di lihat bekerja sebagai pemetik buah di Australia. Nilai-nilai ketimuran org melayu sedikit sebanyak menarik minat tuan punya ladang untuk memberikan kami peluang ini di samping persahabatan yg telah lama terjalin antara MALAYSIA dan AUSTRALIA. 

Dengan kajian ini bermakna seorang peserta program akan dpt bekerja di Australia selama setahun yg akan bermula dengan musim menuai yg pertama diMORNINGTON PENINSULAR, VICTORIAselama 6 bulan bermula pada bulan November dan berakhir pada bulan april. Selepas itu akan berpindah keBEERWAH QUEENSLAND untuk musim menuai pada may hingga oktober. 

Lawatan ke Melbourne tidak Berjaya merasai dan melihat sendiri kerja-kerja memetik buah kerana pada masa itu adalah musim winter. Lawatan ke Queensland ini tepat pada masa nya kerana sedang dalam musim menuai. Kami telah di beri peluang untuk memetik dan mendapat penerangan berkenaan jenis jenis perkejaan yg terdapat di sana. Kemurahan hati Mr lenny Smith yg merupakan pengusaha ladang generasi ketiga yg bertanggung jawab terhadap keseluruhan operasi ladang terbabit. Kami begitu teruja untuk melihat denagna mata kami sendiri bagaimana kerja kerja pengbungkusan di lakukan. Dari pengreddan hingga di masukkan ke lori untuk di hantar ke destinasi seterusnya.. pihak pengusaha di  kehendaki menghantar hasil tani terbabit dalam masa 12 jam sahaja..ini bermakna sejurus di petik dan di bungkus, hasil tani terbabit perlu di hantar terus ke Melbourne dan Sydney.  Peluang untuk berbicara dengan bapa beliau Mr. Ted smith  iaitu generasi kedua tidak kami sia-siakan..  

Begitu byk rumah-rumah sewa yg terdapat di sekitar Bandar beerwah yg terletak sejauh 10minit perjalanan. Undang-undang Australia yg hanya membenarkan seramai 6 org sahaja untuk tinggal di rumah yg mempunyai 3 bilik. Kos elektrik dan gas amatlah murah berbanding kos air yg di catu selama 7 jam setiap hari, kebanyakan rumah-rumah di Australia mempunyai tangki untuk mengumpul air hujan untuk kegunaan mencuci, salah satu tindakan yg baik pada pikiran saya. Penggunaan solar untuk menjana air panas juga di gunakan secara meluas.

Perbelanjaan untuk dtg bekerja di Australia ini adalah lebih kurang sebanyak RM 16,000 setiap seorang.  Demi untuk kelangsungan hidup kami berpendapat wang zakat boleh digunakan untuk membiayai usaha ini sama seperti mana wang zakat digunakan untuk membiayai para pelajar yg belajar di luar Negara untuk menimba ilmu. Usaha ini juga boleh di takrifkan sebagai fisabililah dan ghharim didalam asnaf yg layak.   

Oleh dari itu Sebagai permulaan kami bercadang untuk membawa 6 org sahaja di kalangan para bangkrupdan senarai hitam sertalepasan sekolah,kolej yg menggangur sebagai PILOT GROUP yg akan mengalami sendiri pekerjaan sebagai pemetik buah (fruits pickers) dan seterusnya boleh menjadi guide/pengajar pada peserta program yg akan datang. 3 org wakil bawah 30 tahun yg akan memohon WORK AND HOLIDAY VISA  dan EMPLOYER SPONSER VISA bagi yg berumur lebih 30 tahun. Mereka ini akan di tempatkan dalam satu rumah 3 bilik dan satu kenderaan untuk ke ladang, dengan pilot group ini di harapkan menjadi perintis pada PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP ini.  

Monday 19 September 2011

SURVEY KE DUA


Program pemulihan khas sara hidup telah masuk fasa yg kedua iaitu untuk melawat Brisbane bagi kajian untuk  mendapatkan peluang pekerjaan untuk musim selepas 6 bulan di Melbourne. Tetapi nampaknya peluang untuk mendapatkan sumbangan bagi lawatan tersebut amat la tipis kerana jangka masa yg terlampau suntuk. Minggu yg lepas seorang dato yg perihatin telah menyumbang untuk tiket penerbangan yg berharga 4 ribu Ringgit. Kini saya perlu mendapatkan dana untuk kos yg lain pulak. Kos yg terlibat adalah sebanyak 17 ribu ringgit bagi membuat lawatan tersebut. teramat susahnya untuk mendapatkan dana. Sehingga hari ini masih tiada yg sudi membantu. Berbagai jenis org yg telah di temui. Jika bertemu usahawan yg Berjaya biasanya mereka akan bertanya berapa peratus kah bahagian mereka? Atau apa kah keuntungan kepada mereka? Jika bertemu orang politik pula mereka selalunya akan berkata tidak mempunyai peruntukan yg mencukupi atau bukan kawasan mereka.

Musim Rumah Terbuka tidak saya sia-siakan. Yg mana terdaya saya akan pergi dengan tujuan beraya dengan Tuan Rumah dan dalam masa yg sama dapat bertemu mereka-mereka yg susah untuk di temui pada hari biasa. Jika terserempak mereka yg pernah saya mohon bantuan saya akan bertanya takut-takut kalau beliau terlupa (rupanya tak pernah baca pun email). Pada yg baru saya akan menerangkan serba sedikit tujuan lawatan ke Brisbane dan keseluruhanPROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP yg di cadangkan. Ramai juga yg memberikan cadangan agar program yg sama di buat didalam Negara dengan kerjasama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Soalan saya boleh ke para peserta mendapat pendapatan yg membolehkan mereka membayar hutang? Atau sekadar cukup untuk sara hidup seharian sahaja? Bekerja di luar Negara mempunyai banyak kelebihan dari semua sudut. Antara nya adalah tukaran wang asing yg tinggi, tiada gangguan emosi, dapat menumpukan masa pada pekerjaan dan yg paling penting dapat memperkuatkan jati diri kerana berada di Negara orang. Orang melayu sering kali di COP sebagai bangsa yg MALAS dan sering di bandingkan dengan warga asing yg bekerja di Malaysia yg Nampak begitu tekun dan dedikasi, ini adalah kerana mereka berada di Negara orang. Perkara yg sama akan berlaku pada orang melayu yg bekerja di luar Negara.

Program yg mengambil masa setahun ini akan memerdeka kan mereka yg mempunyai hutang (CTOS,CCRISS) ataupun muflis yg dibawah 50 ribu ringgit. Mereka akan pulang sebagai org yg bebas hutang dan mempunyai pengalaman bekerja di luar Negara, peningkatan penggunaan bahasa inggeris, pemikiran yg serba sedikit akan berubah dan akan lebih displin di dalam perbelanjaan. Tiada gunanya jika pihak Kerajaan ingin membantu mereka ini dengan mengadakan jenis pinjaman atau apa-apa skim sekalipun jika mereka ini masih muflis dan blacklist. Bekerja di luar Negara adalah sebagai satu training ground untuk mereka bangkit semula dalam kehidupan. Pada mereka yg perihatin sahut lah panggilan keramat ini demi perjuangan bangsa melayu yg berilmu dan Berjaya. Orang yg miskin jangan di berikan wang, berikan mereka peluang nescaya akan beroleh kejayaan. Pada mereka yg mempunyai kuasa di minta menggunakan kuasa mereka sementara ada di tangan.  

Saturday 3 September 2011

What Next ?






Masih belum terlambat untuk saya mengucapkanSELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua pembaca blog yg serba kekurangan ini. Terima kasih atas sokongan semua.

Ramai yg bertanya apa kah langkah seterusnya bagi menjayakanProgram Pemulihan Khas Sara Hidup?  Masih byk yg perlu di lakukan sebenarnya. Selepas survey di Melbourne kami telah mempunyai data-data yg sahih untuk di gubal bagi menjayakan progam tersebut. Lawatan ke Melbourne sebenarnya adalah lawatan yg telah membuka lebih pandangan dan keterbukaan ramai orang. Kerana selama ini program ini di lihat seperti angan-angan kosong dan tak mungkin akan mendapat perhatian para Menteri dan pembesar.  Ada yg sinis berkenaan program tersebut, tak kurang juga yg terang terangan menyalahkan para bangkrup dan beranggapan semua sekatan pada bangkrup amatlah wajar sekali. Mereka yg bercakap nie mugkin dah lupa bahawa kekayaan mereka tak boleh di bawa mati, apabila tuhan memberikan mereka kekayaan dan kesenangan jgn la pulak menghina org yg tak bernasib baik. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan. Apa lah salah nya bekerja sebagai pemetik buah yg boleh mendatangkan pendapatan yg tidak terpikir oleh kita. sesungguhnya tuhan maha mengetahui.  Setiap kali saya berjumpa manusia jenis ini saya biasanya akan mendiamkan diri dan byk bersabar. Saya tahu apa yg kami lakukan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk keluar dari kemelut kemiskinan harta benda dan miskin ilmu.


Kalau sebelum ini saya memunyai pandangan yg berbeza terhadap beberapa menteri, tetapi setelah kami Berjaya  pergi ke Melbournepandangan tersebut telah bertukar dan saya cuba memahami dan berada di dalam situasi mereka pulak.  Secara logiknya semua org yg saya jumpa amat bersetuju dengan program ini. Ada juga yg melihat dari sudut perniagaan. Walaupun begitu hampir 60% berpendapat bahawa program ini agak sukar untuk mendapat sokongan kerajaan dan dana untuk membuat lawatan yg kami perlukan.  Pada yg berpendapat sebalikya saya hormati pandangan mereka kerana bukan semua manusia di anugerahkan oleh tuhan sikap keterbukaan dan bertolak ansur.  Untuk pengetahuan, saya memohon sumbangan para menteri adalah atas kapasiti mereka sebagai seorang Melayu dan  bukan atas tiket menteri. Tiada sumbangan dana dari kementerian yg saya mohon. Hanya lah atas ikhsan mereka sahaja dan alhamdulilah dana tersebut cukup di samping meminjam dan mengadaikan beberapa harta untuk membuat lawatan kajian di melburne.  Terasa seperti mana Tunku Abdul Rahman memohon bantuan rakyat Malaysia untuk menampung kos perjalanan bagi bertemu Queen Elizabeth untuk memohon kemerdekaan. Ramai rakyat Malaysia yg menyerahkan barang-barang kemas mereka untuk di gunakan bagi membiayai perjalanan tersebut. Jasa dan bantuan semua rakan dan taulan amatlah besar ertinya pada kami dan semoga allah ta’ala dapat membalasnya.

Begitu ramai yg berminat untuk membantu sekiranya kami telah mendapat beberapa kepastian seperti surat tawaran kerja dari majikan di sana, surat kebenaran/kelulusan menteri yg berkaitan.  Sekiranya semua tersebut sudah kami perolehi maka tak perlu lah lagi bantuan mereka. Ada juga yg sanggup menyumbangkan dana dengan syarat kami terpaksa mengenakan sedikit bayaran pada mereka yg di pilih sebagai bayaran pengurusan dan mereka inginkan share sebanyak 70% .. dlm keadaan begini pun masih ada jugak yg ingin menindas kami yg daif ini. Oleh kerana mereka ada duit maka mereka berhasrat untuk menjadi Tuan , maka biarlah kami usaha hingga ke titisan darah yg terakhir. Apa yg kami perlu ialah mereka yg benar benar ikhlas dan jujur sahaja demi memajukan bangsa melayu. Yg paling menyentuh perasaan ialah apabila pegawai khas beberapa pemimpin yg menyumbangkan duit poket mereka sendiri kerana Boss mereka tidak mahu membantu langsung. Tulus dan ikhlas hati mereka itu.. kalau lah semua pegawai khas menteri di berikan tuhan keterbukaan yg sama sudah tentu ramai rakyat yg dapat dibantu.

Memandangkan Melbourne hanya mempunyai peluang bekerja selama 6 bulan sahaja maka kami terpaksa mencari dana semula untuk membuat lawatan ke Brisbane pulak. Brisbane ada lah pengeluar terbesar hasil tani Australia. Di brisbane juga peluang bekerja hanya 6 bulan. Maka cukuplah peluang bekerja selama setahun yang dicadangkan untuk para peserta program mengumpul wang bagi menyelesaikan segala hutang puitang yg di tanggung oleh mereka mereka ini. Perbelanjaan ke Brisbane agak tinggi sedikit berbanding di Melbourne kerana topografi yg luas. Ladang-ladang yg terletak di emerald, sunshine coast dan caboolture amatlah jauh sekali dan penggangkutan awam amat terhad. Perjalanan paling jauh adalah ke emerald sejauh 833 kilometer. Bantuan kewangan dari mereka yg perihatin amat lah di perlukan bagi menjayakan lawatan ini. By hook or by crook lawatan ini perlu di buat bagi menjamin peluang pekerjaan disana.

Selepas mendapat maklumat dari lawatan ke Brisbane kami terpaksa pula memikirkan sumber kewangan bagi menampung kos setiap peserta untuk bekerja di sana. Seramai 10 orang akan di bawa sebagai pioneer Team. Setiap seorang memerlukan kos sebanyak RM15,000++. Kos tersebut termasuk lah tiket kapal terbang pergi dan balik, tempat tinggal, penggangkutan , kelengkapan serta visa yg berkaitan. Terdapat beberapa cara yg bermain di fikiran tapi biarkan kami mempunyai semua data yg di perlukan sebelum membuat cadangan pembiayaan. Wang zakat, Kwsp,pinjaman koperasi, pinjaman bank, pinjaman dari agensi peminjam wang berlesen dan tak berlesen serta pembiayaan dari badan korporat melalui program CSR mereka. Setelah 10 orang ini Berjaya bekerja selama 11 bulan maka satu lapuran lengkap akan di serahkan pada pihak kerajaan untuk di pertimbangkan untuk di jadikan satu program khas kerajaan dengan pihak persatuan menjadi agensi perlaksana.. itu lah impian kami.   

Tuesday 23 August 2011

THE AUSTRALIA SURVEY

Setelah lebih setahun mewar-warkan rancangan untuk berkunjung ke negara kangaroo dan pulau terbesar Australia, akhirnyanya hasrat kami dimakbulkan Allah pada 17 Ogos 2011.  Tepat jam 1.40 tengahari waktu tempatan pesawat Air Asia D7 2724 berlepas dari Kuala Lumpur. Dengan kelajuan pesawat 840km/jam perjalanan ke Melbourne mengambil masa selama 8 jam. Namun kepenatan yang dirasai di sepanjang perjalanan terubat apabila pesawat yang membawa kami selamat mencecah bumi Australia yang menjadi destinasi kami sejak setahun yang lalu. 
Menitis air mata apabila mengenangkan takdir Allah telah menentukan untuk kami sampai jua ke sini walaupun menghadapi kesukaran bagi menyediakan dana yang cukup untuk membuat lawatan kajian ini. Jutaan terima kasih kami sampaikan kepada insan yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan kajian ini.  Tidak lupa juga dirakamkan penghargaan kepada yang telah menjanjikan namun tidak kesampaian untuk merealisasikan sumbangan atas alasan tidak yakin dengan keupayaan kami atau  berdalih mahu melihat dahulu kesungguhan kami.
Seperti yang dijangka semua maklumat yang diperlukan hanya boleh diperolehi dengan berkunjung sendiri ke sini. Sebelum ini ramailah pimpinan atasan yang memberitahu bahawa data yang kami perlukan boleh diperolehi dengan meminta bantuan dari pelajar Malaysia di sini atau melalui pejabat kedutaan. Tidak perlu untuk kami datang membuat lawatan kajian ke sini.  Untuk makluman kalian, pelajar dan kedutaan pun tidak pernah tergambar untuk ke tempat yang kami ingin kunjungi.  Hakikatnya program murni ini tidak menjadi agenda utama mereka.  Mungkin kerana tiada laba untuk diri.
Walau pun terpaksa mengharungi musim sejuk dengan suhu minima 60C serta bulan Ramadan, kami tekad untuk meneruskan kajian yang amat penting ini.  Melbourne adalah sebuah bandaraya yang dihuni oleh ramai pendatang asing yang datang mencari rezeki. Kerajaan ‘berkebajikan’ Australia tidak membezakan di antara pendatang asing dan anak tempatan dari segi ketetapan gaji.  Semuanya dilayan sama rata.
Melbourne, bandaraya kedua terbesar di Australia selepas Sydney diasaskan oleh John Batman pada tahun 1835 adalah merupakan sebuah wilayah yang besar. Penduduknya ‘relax’.  Tidak terlalu sibuk dengan trafik dengan lalulintasnya yang teratur.  Keselesaan dan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal sentiasa diutamakan. Bandaraya ini meriah dengan pelancong asing yang datang melawat. Harga petrolnya murah berbanding diesel.  Harga kereta terpakai di sini murah jika dibandingkan dengan di negara kita. Kereta buatan Jepun mendominasi jumlah kereta di kotaraya ini.  Akhbar di sini melaporkan bahawa perniagaan hartanah telah merudum sebanyak 30%. Pada penggiat hartanah inilah masa yang sesuai untuk membuat pelaburan hartanah di sini.
Hanya dengan berhubung melalui email akhirnya kami dapat bersua muka dengan tuan punya ladang-ladang di persekitaran Melbourne. Mereka terkejut dengan kegigihan kami melaksanakan program ini untuk membawa sebilangan besar orang Melayu bekerja di ladang. Mengikut kata mereka, setakat ini mereka belum pernah melihat orang Melayu bekerja sebagai pemetik buah di ladang-ladang. Kebanyakan pekerja adalah dari Myanmar, Vietnam dan Cambodia. Rakyat Pakistan dan India pula mengungguli kerja sebagai pemandu teksi. Kebanyakan orang Cina menjadi peniaga di pasar-pasar. Sebilangan kecil orang Melayu bekerja di pejabat.
Bersama Tuan Punya Ladang Di Yara Valley  



Mendengar Penjelasan Program

Bekerja sebagai pemetik buah adalah mengikut musim. Kita mempunyai pilihan untuk bekerja selama enam bulan di Victoria dan enam bulan lagi di Queensland. Mengikut cadangan asal kami, mereka ini hanya diberi peluang untuk bekerja selama setahun sahaja di Australia kerana ingin memberi peluang kepada orang lain pula untuk dating ke sini. Selepas kajian ini kami akan menyiapkan satu kertas cadangan yang lengkap untuk dikemukakan pada pihak kerajaan 1Malaysia yang rakyatnya diutamakan untuk dipertimbangkan. Dalam masa yang sama program ini akan tetap diteruskan dengan skala yang kecil sebagai projek perintis.

Ramai kenalan yang bertanya kenapa tidak mencari kerja di Malaysa. Hujah kami mudah di mana kami melihat dari sudut pertukaran wang asing sebagai faktor utama kenapa perlu bekerja di luar negara. Dengan kehadiran begitu ramai pekerja asing di Malaysia, berbillion ringgit negara dibawa keluar ke negara asal setiap tahun oleh pekerja asing yang membanjiri segenap pekan dan kota di Malaysia.  Adakah kita sebagai warganegara prihatin hanya membeku melihat panorama indah ini berlaku di depan mata. Keadaan ini cukup memberi kesan dan irihati kepada kami untuk bertindak sesuatu untuk seiring dengan warga asing yang sudah bertahun-tahun melonggokkan timbunan harta hasil usaha gigih mereka menggali khazanah negara.  Ratusan tahun negara tercinta dan bumi bertuah ini dijajah di mana hasil bumi negara dipunggah dengan rakusnya dan dibawa pulang oleh penjajah untuk membangunkan negara mereka. Kenapa ‘penjajahan’ kali kedua ini kita biarkan tanpa kita merasai kehilangan harta yang begitu banyak dibawa keluar secara ‘legal’ dari negara kita.   Walau pun ia dilihat sebagai program picisan dan dipandang sinis oleh kebanyakan khalayak termasuk mereka yang bergelar wakil kepada rakyat namun kami yakin penganjuran program bekerja di luar negara ini akan  membantu golongan yang tersisih dan melukut di negara sendiri, khususnya para bankrap.

Adalah menjadi hasrat murni program ini untuk membantu para bankrap yang menghadapi kesukaran untuk  mendapat pekerjaan dan kepercayaan kerana mereka telah dilabel sebagai insan yang gagal.  Dengan kemampuan menjana pendapatan harian di Australia sebanyak AUD200 dengan jumlah 26 hari bekerja sebulan, pendapatan yang bakal dijanjikan adalah sebanyak AUD5,200 (RM16,640!).  Apakah ada kerja makan gaji di Malaysia untuk mereka (para bankrap) menjana gaji sebanyak RM16,640 sebulan? Setelah diambilkira segala perbelanjaan saradiri di sini, lebihan pendapatan tersebut mampu untuk membayar hutang piutang mereka, Insya Allah.  Andaikata sebulan mereka membayar sebanyak RM5,000 sebagai ansuran untuk melunaskan hutang mereka, hutang sebanyak RM50,000 akan dapat diselesaikan dalam tempoh 10 bulan sahaja.  Bagi mereka yang berhutang di sekitar jumlah tersebut sudah tentu selepas tempoh setahun mereka bekerja di sini mereka akan menjadi insan ‘bebas’ dan mampu untuk memulakan penghidupan yang baru. Itulah harapan dan hasrat murni program ini.
Kami juga mensasarkan golongan lepasan kolej dan institusi pengajian tinggi yang berdepan dengan keadaan yang ‘liat’ untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.  Mereka adalah pemastautin yang ramai di negara kita dan kerap menjadi cemuhan masyarakat dan sentiasa dikaitkan dengan sebarang kejadian tidak tenteram yang berlaku.    
Hasil kajian yang dibuat telah memberikan isyarat positif berhubung peluang pekerjaan di sini. Apa yang perlu diusahakan dan disokong adalah menyediakan pinjaman bagi pembiayaan untuk mereka ini bekerja ke luar negara. Kos untuk seorang untuk pembayaran VISA (permit kerja), tiket penerbangan, tempat tinggal, pengangkutan dan sedikit wang sebagai permulaan dianggarkan sebanyak RM15,000. Kami mencadangkan pembayaran balik pinjaman pembiayaan tersebut dibayar dalam tempoh 3 bulan (12 minggu) iaitu sebanyak RM1,250 (AUD400) sahaja. Oleh itu segala bentuk bantuan amatlah diperlukan bagi menjayakan usaha ini.


 

Wednesday 17 August 2011

Belia liar, belia terbiar dan belia terbeliak


Para pemimpin masyarakat samada daripada peringkat cawangan mahupun peringkat tertinggi sering dan acapkali melaungkan keprihatinan mereka tentang nasib golongan belia masakini khususnya bangsa Melayu. Belia disarankan harus berani mencuba sesuatu yang baru, belia ' harus bercita-cita dan berjiwa besar. Slogan "Pemuda Harapan Bangsa, ' Pemudi Tiang Negara" seringkali dilaungkan sebagai pembakar semangat dan jatidiri yang kukuh dalam usaha mempertahankan kedaulatan Negara merdeka.

Apapun       rumusan      kita    bagi menangani segala permasalahan  bangsa Melayu, tidak akan dapat djlaksanakan jika yang berkuasa dan yang berupaya lebih cenderung  kepada mempertahankan kedudukan yang ada dan tidak sanggup berkorban. Dunia dan keadaan ' sekeliling kita makin pantas berubah. Cabaran yang wujud hari ini dan yang  bakal mendatang, barangkali dalam bentuk dan rupa yang tidak terikir oleh ' kita. Belia hari ini yang seusia dengan kita sewaktu 30 atau 40 tahun dahulu,  kehendak dan keperluan mereka jauh berbeza. Belia zaman ICT kini dan belia zaman awal kemerdekaan, hala tuju perjuangan mereka tak sama.
Hakikatnya untuk menghadapi segala  bentuk cabaran baru dunia had ini samada disukai atau tidak terletak di bahu golongan belia itu sendiri. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan jika ada golongan belia yang dinamik dan pragmatik, kewujudan mereka dan aliran semangat perjuangan mereka akhirnya pudar dan layu akibat cantasan dan halangan yang kita sendiri wujudkan demi mempertahankan kononnya status-quo kita.

Memang benar bagi mencapai tahap yang dinikmati had ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perjuangan kita masih jauh lagi. Bagi menyempurnakan segala yang diperjuangkan demi agama, bangsa dan negara, mengorbankan apa yang telah berjaya dimiliki rupanya amat perlu. Usaha untuk menyerahkan tanggungjawab bagi mengurus dan mengembangkan lagi segala sumber yang telah berjaya diperolehi kepada generasi seterusnya adalah lebih penting lagi. Jika peralihan kepimpinan ini tidak difaksanakan, maka asset banga Melayu yang berada di dalam genggaman dan pegangan kita akhinya akan terlepas ke tangan or­ang lain sebaik sahaja kita menghembuskan nafas terakhir. Rupanya segala yang telah dicapai tidak boleh dibawa mati.

Samada kita suka atau tidak, usaha harus digembeling dari sekarang untuk mempersiapkan `Generasi Pewaris ‘Kepimpinan' bagi meneruskan kesinambungan `perjuangan yang belum selesai'. Belia liar, belia terbiar dan belia terbeliak kerana kita telah menjadi terlalu kedekut dan bakhil dengan segala yang dimiliki. Kita bukan setakat kedekut dan bakhil dengan apa yang dimiliki, kita juga tamak dan bertindak mencantas serta menutup segala ruang dan peluang baru bagi golongan belia ini. Lebih buruk lagi idea dan inisiatif golongan ini diperkecilkan, paling menyedihkan dirompak untuk kepentingan diri dan mempertahankan kedudukan serta kroni-kroni. Jangan dipersalahkan mereka, jika akhirnya golongan belia ini berhaluan kiri.

Cadangan supaya Kementerian Belia dan Sukan dipisahkan untuk menjadi dua buah entiti yang berbeza dari sudut fungsi dan peranannya seharusnya mendapat sokongan sebulan suara semua persatuan belia dan NGO's lain yang berkenaan. Satu kementerian baru yang lebih menjurus kepada memberi bimbingan ke arah pembangunan, kecemerlangan dan kemantapan ekonomi belia itu sendiri perlu diwujudkan segera.
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan  di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2011 di bawah tajuk “Transformasi kearah Negara Maju perpendapatan tinggi”.
(78. Kerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan, memperbanyakkan penganjuran sukan antarabangsa, menyediakan kemudahan dan kepakaran untuk melahirkan atlet yang berdaya saing dan membangunkan sukan berprestasi tinggi. Untuk pembangunan dan mengurus aktiviti sukan, sebanyak 365 juta ringgit disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, Kerajaan akan
menubuhkan Akademi Bola Sepak, di Pahang, dengan peruntukan 20 juta ringgit, bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.)

Semangat juang yang tinggi dengan jatidiri yang kental kita mampu untuk mengharumkan nama Malaysia dalam apa jua bidang asal sahaja minat yang sedia ada dipupuk sebaik mungkin dan ditambah dengan kemahiran, pasti kejayaan akan ditempa.Persoalannya yang perlu kita renungkan bersama iaitu berapakah jumlah perbelanjaan kewangan yang telah dilaburkan untuk melahirkan jaguh sukan ini (cuma seorang berdua sahaja)? Dengan perbelanjaan sebesar itu (berjuta ringgit mungkin?) adalah lebih berfaedah serta dapat dimanfaatkan oleh bilangan yang lebih ramai (ribuan belia Melayu mungkin? jika ditumpukan kepada pembangunan belia itu sendiri ke arah kemantapan ekonomi dan kesejahteraan kehidupan mereka dan keluarga mereka. Izinkan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri yang telah memperuntukan dana berjumlah RM70 juta untuk NGO

( 100. Kerajaan menghargai peranan yang dimainkan masyarakat sivil di dalam menyediakan perkhidmatan yang selama ini hanya dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif dan sesuatu yang melengkapi, ianya perlu terus digalakkan. Kerajaan mengiktiraf sumbangan berharga NGO dalam mengatasi gejala sosial, membantu
golongan kurang bernasib baik dan menyediakan kemudahan perlindungan serta menjalankan program latihan dan penjanaan pendapatan.)

(101. Sebagai tanda pengiktirafan, Kerajaan akan memperuntukkan 70 jutaringgit kepada program dan aktiviti yang melibatkan NGO terpilih bagi membantu Kerajaan dalam memantapkan institusi keluarga dan menangani gejala sosial seperti pembuangan bayi, mat rempit dan gengsterisme. NGO tersebut akan melaksanakan program bersepadu bersama agensi Kerajaan, terutamanya di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah supaya ia dapat dicegah lebih awal di peringkat akar umbi.)

Persatuan Keusahawanan Belia Elite Kuala Lumpur suka menyarankan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan agar sebahagian daripada dana ini disalurkan terus kepada persatuan­-persatuan belia yang aktif menjalankan program-program pembangunan belia. Di dalam usaha bersama melahirkan `GENERASI PELAPIS’ yang akan mengambilalih kepimpinan negara meneruskan kecemerlangan. Mensejahterakan masyarakat, sekaligus akan turut menyumbang kepada pembinaan sebuah negara maju sebagaimana Impian Kita. Cukuplah selama ini kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan sukan agar nama Malaysia terpahat di persada dunia. Melahirkan jaguh sukan yang tak ke mana pun pencapaian mereka, hanya gah seketika. Kepimpinan cemerlang YAB Perdana Menteri yang kita kasihi sudah cukup untuk membuka 'mata dunia' melihat dan mengenali Malaysia.
Beribu graduan lepasan IPTA yang terdiri daripada golongan belia (Melayu lak tu), masih menganggur. Bukan kerana mereka ini terlalu memilih pekerjaan tetapi ketidak kemampuan untuk bersaing dari segi kemahiran dan pengalaman bagi memenuhi keperluan semasa pihak majikan. Mereka ini perlukan bantuan dan bimbingan untuk diberikan pandu arah menceburi dunia keusahawanan.
Itu tidak termasuk puluhan ribu lagi belia Melayu yang terkandas di peringkat SPM lagi, yang terjebak dalam gejala sosial, lumba haram, penyalahgunaan dadah, bohsia, bohjan, GRO yang jadi `kelawar' waktu malam. Siapa yang peduli dengan belia-belia ini, kononnya `pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Itu baru cerita suasana, corak kehidupan belia Melayu di Bandaraya Metropolitan yang pesat membangun akan tetapi mereka semakin layu dan lesu di bawah jambatan, lorong-lorong gelap juga `rumah-rumah tumpangan'. Para menteri-menteri kita, pejuang bangsa ini, peduli dan prihatin ke? akan untung nasib anak bangsa yang majoritinya Melayu ni?

 Unit Media Persatuan Keusahawanan Belia Elite Kuala Lumpur dengan kerjasama beberapa blogger  telah membuat beberapa sesi `lihat, rakam dan sebar' bagi mengenalpasti penglibatan golongan remaja dan belia Melayu khususnya, menjalani kehidupan seharian. Hasil penelitian dan penyelidikan yang dijalankan, kami mendapati bangsa ­bangsa lain berlumba-lumba mengejar kemajuan, membesarkan empayar perniagaan, menguasai ilmu perniagaan dan bidang ekonomi. Sedangkan anak bangsa Melayu melepak, melangut, bersembang kosong hingga dini hari di restoran­-restoran mamak, cyber cafe, gerai makanan segera di kaki lima, Bintang Walk, Bangsar Walk, Mount Kiara Walk, KLCC Walk dan entah apa-apa walks lagi, membuang masa. Mamak juga yang kaya raya, dapat balik ke India setiap bulan hantar belanja pada sanak saudara mereka.
 kenapa, tak percaya? Cuba lihat sendiri selepas jam 12.00 tengah malam di tempat-tempat yang dinyatakan ini, di mana majoriti pengunjungnya adalah di kalangan remaja dan belia orang kita Melayu. Cuba lak teropong tengok di kelab­ kelab malam atau dangdut, orang kita Melayu juga ada di situ. Di mana sahaja ada keramaian seperti konsert, pertunjukan pentas, kebudayaan pawagam, kompleks membel belah ­yang pasti paling ramai pengunjung  orang kita Melayu juga. Ini kah ­kemajuan yang kita ingin kan? jika gejala ini tidak ditangani , boleh ke Impian Kita untuk melihat Kaum bumiputera Melayu ini menguasai sekurang-kurangnya 30% bidang perniagaan atau ekonomi menjelang tahun 2020 tercapai?

Tiadanya satu agensi khusus untuk memberikan pinjaman mudah amat menyukarkan para peniaga bumiputra untuk membuat pinjaman. Agensi seperti Mara dan Sme bank dan agrobank tertakluk di bawah beberapa Akta  yg mengekang pinjaman diberikan kepada mereka yg disenaraihitam oleh CTOS,CRISS dan lain-lain agensi.  Setiap pemberi pinjaman leih memilih  mereka yg baru dan bersih sahaja layak untuk mendapat pinjaman  sedangkan mereka ini tiada pengalaman dan kemahiran yg akhirnya gagal untuk membayar semula pinjaman. Ini akan menambah lebih byk lagi rakyat Malaysia yg bangkrup dan di senaraihitamkan.

Melalui pantauan dan kajiselidik yang dijalankan oleh pihak persatuan, rata-­rata para pemohon pinjaman terdiri daripada kalangan orang-orang kita  Melayu, tiada kemahiran langsung dalam bidang keusahawanan. Mereka tiada pengetahuan asas perniagaan pengurusan pentadbiran, pengurusan pemasaran dan juga pengurusan kewangan yang sistematik. Bagaimana kita nak lahirkan ahti-ahl korporat yang berjaya, contohnya Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad kalau Unjuran Aliran Wang Tunai pun tidak difahami jauh sekali untuk menyediakan cadangan 'Kertas Kerja Perancangan Perniagaan' yang berdaya maju. Pihak persatuan begitu prihatin tentang permasalahan yang membelenggu peniaga-peniaga or­ang Melayu kita ini. Kami rasa terpanggil atas dasar tanggungjawab untuk membantu memberi bimbingan serta latihan, jika perlu mengadakan kursus khas bagi menangani kelemahan peniaga-peniaga orang kita Melayu ni. Siapa pula yang nak bantu persatuan kami, menyumbang kewangan bagi menampung kos pengurusan bagi mengendalikan kursus-kursus ini? Persatuan tiada sumber kewangan, kalau adapun usaha dilakukan untuk memohon bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan, jawapan yang sering kami terima ialah "Kementerian Belia dan Sukan tiada peruntukan untuk disalurkan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan persatuan keusahawanan". Jadi dana berjumlah RM70 juta tu untuk apa? Adakah nak dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti sukan, riadah dan rekreasi sahaja?

Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur dan Selangor suka mencadangkan kepada kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini supaya menambah pengisian kandungannya dengan memberi pendedahan dan bimbingan asas bidang keusahawanan kepada peserta-peserta yang terdiri daripada remaja lepasan SPM ini. Pihak persatuan sedia bekerjasama dengan menyediakan modul-modul sesuai yang akan memimpin para remaja ini menaruh minat ke bidang perniagaan, tidak terlalu bergantung harap kepada kerja makan gaji semata, apabila tamat latihan dan memilih hala tuju bidang kerjaya mereka nanti. Bayangkan 100 ribu belia (Melayu mungkin?) akan lahir sebagai usahawanan baru dalam pelbagai bidang perniagaan yang akan menjana ekonomi negara dan tidak mustahil akan turut melahirkan tokoh korporat suatu hari nanti?
  
Bila persatuan menganjurkan pro­gram kursus keusahawanan dan mengenakan sedikit bayaran perkhidmatan bagi menampung sebahagian daripada kos atau perbelanjaan perlu, yang disasarkan kepada orang kita Melayu ni, sambutan daripada peserta amatlah mengecewakan, walhal tujuan kursus atau seminar adalah untuk kebaikan mereka juga. Masalahnya, orang kita Melayu ni masih lagi bergantung kepada `tongkat' untuk berpaut. Kalau 'orang lama' zaman awal kemerdekaan memerlukan 'tongkat' tidaklah menghairankan sangat, sudah gitu lumrahnya, ni `orang muda belia' zaman ICT pun nak bergayut juga dengan 'tongkat' (lain le ceritanya 'Tongkat Ali' ye!). Bila ke gamaknya orang kita Melayu ni, nak sedar dari lamunan mimpi indah di siang hari. YAB Perdana Menteri kita yang hebat tu (dah pencen pun pada hujung bulan Okrober 2003 lalu, merajuk kerana gagal untuk menyedarkan bangsa Melayu yang mudah lupa ni.


Banyak NGO di Malaysia yang mempunyai ahli terdiri daripada golongan remaja dan belia (termasuk yang 'terbeliak') ratusan ribu bilangannnya, seharusnya mengambil inisiatif sebagai peneraju utama dengan mengemukakan kertas cadangan pelaksanaan mengwujudkan Kementerian Belia yang baru dengan mengambil kira pandangan persatuan-persatuan belia lain. Gerak kerja harus dimulakan dari sekarang untuk mendapatkan resolusi terbaik yang boleh dikemukakan ke kabinet untuk dipertimbangkan. Kita seharusnya bergerak pantas kerana anak bangsa Melayu kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa-­bangsa lain. Jangan dipersalahkan sistem pendidikan sedia ada, kerana sistem yang sama digunapakai oleh bangsa Cina, India dan suku kaum lain di Malaysia. Mengapa bangsa lain boleh maju kenapa tidak bangsa Melayu? Budaya gengsterisme dikalangan pelajar-pelajar Melayu di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan malahan juga di sekolah-­sekolah berasrama penuh sejak akhir­-akhir ini amat membimbangkan pihak pentadbir sekolah dan juga ibubapa sendiri. Mari le kita duduk sama-sama bersembang, berbincang bagaimana nak merubah minda anak bangsa Melayu agar mempunyai jatidiri dan berjiwa kental, mengharungi segala ombak dan badai yang bergelora menuju Wawasan 2020. Impian Kita.

Parlimen Belia telah di wujudkan bagi memberi platform untuk belia bersuara, tetapi cara pemilihan ahli parlimen itu sendiri masih menjadi tanda Tanya.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab bersama untuk menangani permasahalahan ini. Jangan biarkan bangsa melayu ­terus menerus layu dibawa arus pembangunan.Kita lah yang bakal mencorakkan  GENERASI PEWARIS”  Mahukah kita dipersalahkan ­oleh generasi akan datarg kerana ketidakmampuan kita meryediakan ­pemimpin pelapis bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini ? "Jika takut dengan kepayahan kepahitan dan kegagalan maka jangan angankan kejayaan kemewahan dan kebahagiaan" ®

Impian kita untuk renungan bersama.

Sunday 7 August 2011

SURAT PADA PM


Salam Datuk Seri,

Mohon wujudkan kembali satu kementerian khusus untuk membantu usahawan. sekarang nie semua kementerian menjaga dana bagi usahawan telah ketiadaan dana kerana terpaksa berkongsi dana tersebut dengan aktiviti kementerian tersebut. Banyak usahawan yag terpaksa gulung tikar semasa krisis ekonomi 2008. ketiadaan dana telah mengakibatkan kebanyakan usahawan gagal untuk meneruskan perniagaan mereka. hanya mereka yg mempunyai jaringan politik sahaja yg terus hidup.

Agensi seperti mara, sme bank, tekun dan berbagai agensi lagi telah ketiadaan dana semenjak awal tahun lagi. untuk meneruskan ikhtiar hidup ramai di antara mereka terpaksa menggunakan khidmat peminjam haram ( ah-long) dan kini kehidupan mereka di rundung kerisauan lantaran kadar bunga yg melampau. mereka tiada pilihan. jika perkara ini tidak di bendung saya percaya kita akan kehilangan sokongan mereka bagi PRU yg akan datang.

Sistem senarai hitam seperti CCRISS, CTOS,FIS, dan berbagai sistem lagi ternyata telah membuatkan ribuan warga malaysia gagal untuk mendapatkan pembiayaan. oleh itu kerajaan harus melihat perkara ini dengan lebih serius lagi agar tidak di nafikan hak mereka kerana sitem senarai hitam tersebut. sebagai contoh, mereka yg berhutang sebanyak RM 500 kepada telekom malaysia juga akan gagal untuk mendapatkan apa-apa pembiayaan. Pihak pembiaya hanya berminat untuk membiaya org yg tiada senarai-hitam (new comer atau anak dara). Sedangkan yg baru nie belum cukup pengalaman lagi untuk berniaga dan akhirnya mereka juga akan di senarai-hitamkan.

Birokrasi yg terdapat di semua pejabat menteri juga wajar di ambik tindakan. Sebagai contoh, segala surat menyurat kepada menteri terbabit akan di tapis oleh pegawai-pegawai di pejabat tersebut. sekiranya  bernasib baik maka surat tersebut akan sampai ke pengetahuan menteri terbabit. jika tidak maka akan di tong sampahkan surat tersebut. Sekiranya kita mengenali seseorang pegawai di pejabat tersebut maka anda adalah org yg bertuah dan segala perkara akan di ambil perhatian atau sekadar untuk mengambil hati saja. Ada juga perkara yg di sampaikan atau di cadangkan tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak berkenaan.  Sekurangnya satu surat jawapan pun sudah memadai . oleh itu slogan "rakyat di utamakan" tak perlu lah digunakan lagi.

Datuk seri sememangnya tiada masa, tapi cari lah masa untuk menjengok ke FACEBOOK pemuda umno, dan segala page penyokong kerajaan. mereka ini bertungkus lumus untuk menangkis segala komen yg di luahkan oleh rakyat. segala kerja keras mereka ini akhirnya orang lain yg mendapat nama. 

Sekian
Yang Menjalankan Tugas 


Norazam Nordin